Home Kdrama/Kmovie 10 Kdrama Komedi Gelap yang Menarik, Hiburan dalam Bentuk yang Suram dan...

10 Kdrama Komedi Gelap yang Menarik, Hiburan dalam Bentuk yang Suram dan Unik

0

Drama Korea Iron Family adalah drama komedi gelap terbaru yang ditayangkan pada bulan Oktober 2024 ini. Sejak episod pertama, drama ini telah mendapat rating tinggi. Bahkan, rating drama ini secara perlahan-lahan telah menyentuh dua digit.

Jika anda sukakan drama Korea komedi gelap seperti Iron Family, berikut ini adalah pilihan drama Korea untuk anda tonton.

 

1. The Fiery Priest (2019)

5f89f51b 107b 4c4d afef bec0a5f18f29

Cerita drama ini adalah tentang pastor yang cepat marah dah mudah beremosi yang bernama Kim Hae Il. Dia bekerja sama dengan detektif dan pendakwa raya untuk mengungkapkan kebenaran di sebalik kematian pastor senior.

Mereka membentuk sebuah pasukan yang hebat, tapi juga sering melakukan perkara-perkara tidak masuk aka. Sehingga, para penonton tertawa melihat gelagat mereka.

 

2. Inspector Koo (2021)

2accd5d1 1c2b 4316 b91e 62bb47a51030

Drama Korea dengan elemen komedi gelap ini dibintangi oleh pelakon senior Lee Young Ae. Seorang pegawai penyiasat yang bernama Koo Kyung Yi dikenali penuh semangat dan pantang menyerah kalah. Dia akan mengejar penjenayah hingga ke lubang cacing.

 

3. Under the Queen’s Umbrella (2022)

083f0594 7ea1 475a 9848 641f7cc0a5fd

Biasanya, drama Korea kerajaan saeguk mengangkat kisah politik di istana. Pastinya, cerita seperti ini sangat berat untuk ditonton. Tetapi, berbeda pula dengan drama Under the Queen’s Umbrella.

Drama Korea dengan elemen komedi gelap ini mengisahkan tentang seorang permaisuri yang tegas dan berkarisma. Selain menggambarkan peranan permaisuri sebagai tulang belakang utama raja, Under the Queen’s Umbrella menampilkan cara permaisuru mendidik keempat-empat anaknya.

Adegan-adegan dalam Under the Queen’s Umbrella diselang seli dengan komedi segar. Terutamanya adegan para gundik yang saling bersaing demi kuasa.

 

4. Prison Playbook (2017)

0ff65847 7842 4829 afa2 330c23b4fc36

Prison Playbook ditayangkan secara perdana di tvN pada 22 November 2017 dan boleh ditonton di Netflix. Drama ini hadir dengan total 16 episod dan dibintangi oleh Park Hae Soo, Jung Kyung Ho, Lee Kyu Hyung, Jung Hae In, Park Ho San, dan juga Choi Moo Sung.

Drama dengan sentuhan komedi gelap ini mengisahkan tentang Kim Je Hyuk (Park Hae Soo), pemain besbol profesional yang dipenjarakan kerana sebuah insiden. Kehidupannya di penjara berjalan lancar kerana kehadiran sahabatnya yang merupakan pengawal penjara iaitu Lee Joon Ho (Jung Kyung Ho).

 

5. Doctor Cha (2023)

1baa61ac 08e2 4787 9dea 35eb899e2f19

Doctor Cha (2023) sememangnya berjaya mencuri perhatian para peminat drama siri Korea dengan perkembangan plot menarik yang ditampilkan. Beberapa konflik dan sentuhan komedi gelap membuatkan para penonton begitu bersemangat untuk mengikuti setiap episod Kdrama ini. Sementara itu, para pelakon yang membintangi drama siri Doctor Cha juga tidak ketinggalan mendapat pujian dan perhatian daripada para peminat.

Drama siri Doctor Cha menampilkan kisah yang menarik dan menghiburkan tentang seorang suri rumah tangga yang kini mengejar kariernya kembali sebagai seorang doktor perubatan. Dibintangi oleh Uhm Jung Hwa dan Kim Byung Chul, drama siri ini mempersembahkan jalan cerita yang ringan, lucu, serta sangat segar.

 

6. Lawless Lawyer (2018)

b517eef4 8428 4a9d 8619 89c2fbd52bea

Siri ini mengisahkan tentang Bong Sang-pil dan Ha Jae-yi yang membentuk Firma Guaman Lawless. Sang-pil, bekas ahli gangster yang menjadi peguam, berusaha untuk membalas dendam untuk ibunya dan memerangi mereka yang mempunyai kuasa. Dia sering menggunakan kekuatannya serta kelemahan dalam sistem undang-undang untuk mencapai matlamatnya.

 

7. Vincenzo (2021)

0d665105 dc4d 4550 8fe9 6937722704ef

Kisah drama ini mengenai keadilan undang-undang yang dibawa oleh seorang peguam yang samseng dan menggerunkan. Kemunculan Song Joong Ki dalam Vincenzo sangat mencuri perhatian. Kehebatannya mendalami watak sebagai penasihat mafia bernama Vincenzo Cassano membuatkan drama siri ini meraih kejayaan besar hingga rating tertingginya mencapai angka 14.6 peratus.  Konsisten mempertahankan rating tinggi, drama tvN ini mengumpulkan rating purata sebanyak 10.4 peratus. Dalam drama ini pula gandingan antara Song Joong Ki dengan Jeon Yeo Been sangat serasi dan menjadi.

 

8. Good Manager (2017)

9cbc1d56 0a7d 492a b6d2 37d4f722e1e3

Drama tentang perbalahan di alam pekerjaan ini dibintangi oleh Nam Goong Min dan Lee Junho 2PM. Nam Goong Min membawa watak sebagai Kim Sung Ryeong, seorang pengurus yang dikenali sangat berani, sedangkan Junho menjadi  Seo Yool, salah seorang pemimpin teratas di syarikat tempat Kim Sung Ryeong bekerja. Kedua-duanya seperti musuh walaupun berada di syarikat yang sama.

 

9. Sky Castle (2018)

88df9c44 bacc 4aef bd38 d5ee3d16a072

Kisah tentang obsesi empat orang ibu dari keluarga kaya raya supaya anak-anak mereka boleh diterima di salah sebuah dari tiga universiti paling hebat di Korea Selatan. Untuk mencapai misi tersebut, mereka rela melakukan apa-apa sahaja, termasuk dengan menggunakan cara kotor dan manipulasi.

 

10. Taxi Driver (2021)

Komedi gelap

Kim Do Ki (Lee Je Hoon) merupakan seorang marin yang dicalonkan sebagai anggota UDT, sebuah pasukan elit tentera. Sayangnya, kejadian menyakitkan telah mengubah hidupnya 180 darjah. Ibunya dibunuh dengan kejam dan tidak mendapat keadilan. Situasi ini yang menjadi penyebab atas keputusan Kim Do Ki untuk mengundurkan diri dari kerjayanya.

Seterusnya, dia menyertai Teksi Pelangi yang menyediakan perkhidmatan balas dendam. Para mangsa atau keluarga mangsa yang ingin mencari keadilan meminta bantuan daripada pasukan Teksi Pelangi. Kim Do Ki bersama keempat-empat anggota yang lain membalas dendam untuk para pelanggan dengan cara mengungkap kejahatan para penjenayah.

10 drama Korea dengan elemen komedi gelap di atas sememangnya sangat menghiburkan tapi pada masa yang sama membuatkan para penonton tidak senang duduk. Jangan lupa untuk menonton ya, pasti anda puas hati.

Baca lagi: 3 Perkara Menarik Tentang Kdrama Baru “Iron Family”, Kisah Kekeluargaan dengan Sentuhan Komedi Gelap
Baca juga: 10 Drama Korea dengan Komedi Gelap, Penuh Gelak Tawa dan Kritikan Sosial

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here