Home Disney+ 10 Kdrama Original Disney+, Menarik dan Pelbagai Genre

10 Kdrama Original Disney+, Menarik dan Pelbagai Genre

0

Selain platform streaming Netflix, Viu, dan Prime Video salah sebuah platform menarik yang lain yang boleh menjadi sumber buat anda menonton Kdrama siri dari Korea Selatan adalah Disney+ Hotstar.

Bukan hanya memuatkan Kdrama popular dan hits, kini Disney+ juga sudah menerbitkan drama Korea sendiri dan hanya boleh ditonton di platform tersebut sahaja. Beberapa buah Kdrama siri menarik di antaranya telah berjaya menjadi sangat trending dan menjadi bualan ramai di sosial media.

Terdiri dari pelbagai genre, berikut adalah sepuluh buah Kdrama siri original Disney+ dari Korea Selatan yang wajib anda tonton. Perlu cepat-cepat masukkan ke dalam senarai tontonan anda!

 

b51eb8b3 53b6 4ea8 9fab c5fb503407161. Paling banyak ditonton, Moving mengisahkan tentang sekumpulan manusia dengan kuasa luar biasa yang menjalankan misi berbahaya

 

1fa0163a 6200 469b 9776 181a5c7725b32. Dibintangi oleh Park Solomon dan Shin Ye Eun, Revenge of Others menceritakan tentang usaha Ok Chan Mi merungkai misteri kematian saudara kembarnya

 

547f5f30 5bd7 435c ba44 2eda290002683. Connect adalah drama siri Korea bergenre thriller dan sains fiksyen yang mengisahkan tentang Ha Dong Soo, seorang manusia yang boleh memulihkan tubuhnya

 

d4f2377a 06bc 4090 ac31 b1bde1c656da4. Dibintangi oleh Kang Daniel, Rookie Cops menceritakan tentang kehidupan sekumpulan pelajar baru di akademi polis elite

 

d8cc562e 3940 4323 bd25 779c7f98d1d45. Bukan kisah romantik biasa, Kiss Sixth Sense mengisahkan tentang kebolehan unik Hong Ye Seul yang boleh melihat masa depan melalui sebuah ciuman

 

62b2a505 83c7 4f84 88b2 866e3e0c54896. Bertemakan kisah ‘friendzone’, Soundtrack#1 adalah drama yang mengisahkan tentang sepasang sahabat yang saling memendam perasaan antara satu sama lain

 

e0293200 8663 432e b55b f9ce9d700daa7. Hidup hanya sekali adalah moto untuk drama Big Bet yang menceritakan tentang kehidupan Cho Moo Sik yang selalu mempertaruhkan apa-apa sahaja dalam hidupnya

 

f7e03a94 0d05 4313 837d e57a269d80058. Shadow Detective adalah drama misteri yang menceritakan tentang usaha seorang detektif dalam mencari siapakah pemanggil misteri yang mengganggunya melalui panggilan telefon

 

Kdrama

9. Luar biasa, Grid menceritakan tentang kisah penyiasatan polis terhadap watak supernatural yang dikenali sebagai The Ghost

 

Disney10. Baru sahaja ditayangkan, The Worst of Evil mengisahkan tentang seorang polis yang menyamar sebagai anggota geng sindiket dadah

Wah, rupa-rupanya drama original Disney+ juga tidak kurang hebatnya dan sangat menarik bukan? Jangan lupa untuk menonton semua Kdrama yang tersenarai di atas! Semuanya telah tersedia di platform streaming Disney+ Hotstar!

Baca lagi: Viu Malaysia Raih 10 Anugerah “Asian Academy Creative Awards 2023”, Paling Banyak di Kalangan Semua Pemain OTT di Malaysia
Baca juga: The Worst of Evil: 5 Sebab Anda Perlu Tonton Kdrama Ini