10 Kdrama pembunuhan buat penonton pening dengan teka-teki. Jika anda peminat kdrama dengan plot yang penuh “plot twist”, jom baca artikel bawah ini!
Drama siri Korea selalu menampilkan pelbagai jalan cerita yang unik dan berbeza-beza, tentunya ada banyak genre drama yang boleh dinikmati oleh para peminat drama siri Korea.
Salah satunya adalah kdrama pembunuhan yang bergenre thriller, yang pastinya menyajikan cerita tentang kes jenayah dan misteri yang turut membuatkan penonton terlibat untuk meneka dan memikirkan siapakah dalang dan penjahat sebenarnya di sebalik semua kejadian jenayah.
Contohnya para penonton memang pening dan pusing dengan setiap petunjuk misteri yang diberikan tentang kes pembunuhan bersiri daripada setiap karakter dalam sesebuah drama siri.
Di bawah ini adalah sepuluh kdrama pembunuhan yang berjaya membuat para penontonnya pening meneka-neka siapakah penjahat dan pembunuh yang sebenar! Jom sama-sama kita lihat senarainya di bawah ini:
1. Dibintangi Kim Dong-wook dan Jin Ki-joo membawa tema pengembaraan masa dan thriller, My Perfect Stranger (2023) membuatkan para peminat sakit kepala kerana perlu menyiasat dan meneka semua watak yang menjadi tertuduh
2. Blind (2022) sangat menarik dan berjaya membawa vibe misteri kerana menyajikan banyak plot twist di akhir episod untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan penonton tentang dalang kejahatan yang sebenarnya
3. Para penonton semuanya tercengang dengan cerita Beyond Evil (2021). Mereka perlu memikirkan siapakah pembunuhan di antara kalangan penduduk desa
4. Setiap watak dalam drama siri 365: Repeat the Year (2020) mengalami nasib buruk kerana psikopat. Dalam sisi lain pula, para penonton pening kepala kerana terpaksa mencurigai semua watak
5. Mouse yang ditayangkan di tvN pada tahun 2021 menjadi sangat viral sewaktu musim penayangannya kerana berjaya membuatkan penonton pening meneka siapakah dalang sebenar pembunuhan bersiri
6. Big Mouth (2022) yang dibintangi oleh Lee Jong Suk dan Yoona menjadi sangat hits kerana membawa jalan cerita yang berlatarkan penjara dengan penjahat sebenar yang sukar untuk diteka
7. Dalam drama siri Tunnel (2017), Choi Jin Hyuk kembali ke tahun 1986 untuk menyelesaikan kes pembunuhan bersiri yang sangat sukar untuk dipecahkan
8. Seperti tajuknya juga, Trap (2019) yang bererti perangkap ini turut memerangkap penonton dengan jalan ceritanya untuk meneka siapakah pembunuh keluarga Kang Woo Hyun
9. Bukan hanya memikirkan jalan ceritanya yang rumit dengan misteri yang berlapis-lapis, penonton juga perlu memecahkan misteri tentang siapakah psikopat sebenar dalam drama siri Flower of Evil (2020)
10. Jika anda mahu menonton Revenge of Others (2022), anda perlu bersedia untuk memerah otak memikirkan siapakah pembunuh kepada kembar Ok Chan Mi yang di antara terdiri daripada pelajar-pelajar di sekolah
Sepuluh Kdrama pembunuhan yang tersenarai di atas memang berjaya memaksa para penontonnya meneka-neka siapakah watak jahat sebenarnya di dalam jalan cerita. Memang berjaya buat mereka pening kerana setiap petunjuk yang diberikan cukup banyak.
Daripada semua sepuluh Kdrama pembunuhan di atas, Kdrama manakah yang membuat anda melekat depan skrin tontonan anda?
Baca lagi: 5 Kdrama Adaptasi Webtoon Paling Popular
Baca juga: 8 Watak Villain Paling Jahat Dalam Kdrama 2023