Walau memiliki jalan cerita menarik dan dibintangi oleh para artis top, tapi banyak juga drama Korea yang kurang mendapat perhatian dari penonton. Termasuklah beberapa drama Korea genre romantik komedi.
Drama dengan genre seperti itu sangat diminati ramai kerana selain jalan ceritanya ringan, dramanya juga manis dan menghiburkan.
Jika anda sudah menonton banyak Kdrama romcom popular, mungkin sepuluh Kdrama romcom yang kurang mendapat perhatian berikut ini boleh menjadi tontonan anda kerana memiliki jalan cerita yang tidak kurang hebatnya.
1. My Strange Hero (2018)
Dibintangi oleh Yoo Seung Ho dan Jo Bo Ah, My Strange Hero merupakan Kdrama tentang seorang lelaki bernama Bok Soo (Yoo Seung Ho) yang dibuang secara tidak adil dari sekolahnya kerana dia dituduh sebagai pembuli. Apabila dewasa, dia kembali ke sekolahannya itu untuk membalas dendam.
Tetapi, di sana Bok Soo kembali bertemu dengan cinta pertamanya lagi iaitu Son Soo Jung (Jo Bo Ah) dan menghadapi banyak kes yang tidak dijangka. Selain bergenre misteri dan romantik, drama ini juga menyelitkan adegan dan lawak lucu yang dapat membuatkan penonton tertawa!
2. Cinderella and the Four Knights (2016)
Jika anda menyukai Kdrama seperti Boys Over Flowers (2009) dan The Heirs (2013), drama Cinderella and the Four Knights sesuai untuk ditonton. Drama ini ialah tentang seorang wanita (Park So Dam) yang diberi tugas untuk menguruskan tiga orang lelaki chaebol tampan dengan tinggal di rumah agam mereka.
Menawarkan jalan cerita yang menarik, ringan dan manis, dan tentunya lucu, drama ini sesuai ditonton untuk menemani waktu santai anda!
3. High Society (2015)
Menggandingkan Uee, Sung Joon, Park Hyung Sik dan Im Ji Yeon sebagai pelakon utama, High Society merupakan drama tentang kisah cinta antara seorang anak perempuan keluarga konglomerat dan seorang lelaki yang berusaha untuk menaikan status sosialnya dengan usaha terbaik darinya.
4. Modern Farmer (2014)
Memerlukan tontonan lucu dan menghiburkan? Kdrama Modern Farmer sesuai untuk anda. Drama yang dibintangi oleh Lee Hong Ki, Honey Lee hingga Kwak Dong Yeon ini menceritakan tentang persahabatan dan kisah cinta empat anggota band rock yang datang ke sebuah kampung untuk bertani.
5. Personal Taste (2010)
Dibintangi oleh Lee Min Ho, Son Ye Jin dan Kim Ji Suk, Personal Taste merupakan Kdrama tentang seorang lelaki gay palsu dan seorang wanita yang selalu gagal dalam cinta. Walau tidak sepopular drama Lee Min Ho yang lain, namun drama ini mempunyai jalan cerita yang lucu dan membuatkan penonton ketagih. Secara keseluruhan, Personal Taste adalah Kdrama romantik komedi yang bagus!
6. The Beauty Inside (2018)
Jalan cerita yang menarik untuk diikuti, drama yang dibintangi oleh Lee Min Ki dan Seo Hyun Jin ini mengisahkan tentang pelakon terkenal yang tubuhnya dan wajahnya berubah selama satu minggu dalam sebulan, dan seorang lelaki yang merupakan eksekutif di sebuah syarikat penerbangan yang menderita penyakit Prosopagnosia atau tidak mampu untuk mengenali wajah.
7. The Package (2017)
The Package merupakan Kdrama yang menceritakan tentang peristiwa dan komunikasi yang terjadi ketika sekumpulan manusia dengan cerita berbeza pergi ke Perancis menggunakan pakej pelancongan. Yang lebih menariknya drama yang dibintangi oleh Lee Yun Hee, Jung Yong Hwa, Yoon Park dan Choi Woo Sik ini adalah sebahagian besar dramanya mempersembahkan pemandangan indah di Perancis.
8. Thirty But Seventeen (2018)
Drama yang dibintangi oleh Shin Hye Sun dan Yang Se Jong ini mengisahkan tentang seorang gadis pakar biola yang berusia 17 tahun yang bernama Woo Seo Ri (Shin Hye Sun) yang akan memasuki sekolah muzik di Jerman, namun tiba-tiba mengalami kemalangan dan koma. Dia terbangun kembali apabila dirinya sudah berusia 30 tahun.
Secara mental, usia Seo Ri masih 17 tahun, tapi secara fizikal dia adalah wanita berusia 30 tahun. Drama ini juga tentang seorang lelaki yang bernama Gong Woo Jin (Yang Se Jong) yang tidak mahu menjalin hubungan dengan orang lain kerana trauma yang dialaminya 13 tahun lalu. Akhirnya, mereka berdua bersama-sama mencari kebahagiaan yang mereka sangka tidak akan wujud lagi bagi mereka.
9. Where Stars Land (2018)
Menampilkan Chae Soo Bin dan Lee Je Hoon sebagai pasangan, Where Stars Land merupakan drama Korea yang mengikuti kisah para pekerja di Lapangan Terbang Incheon, dan khususnya interaksi antara seorang pekerja wanita yang ceria (Chae Soo Bin) dan seorang pekerja lelaki yang tampak dingin dan suka menyendiri (Lee Je Hoon).
10. 7th Grade Civil Servant (2013)
Jika anda menyukai drama romantik komedi yang diwarnai sedikit aksi, maka 7th Grade Civil Servant sesuai dijadikan tontonan anda. Kdrama yang dibintangi oleh Joo Won, Choi Kwang Hee dan Changsung 2PM ini menceritakan tentang kisah cinta antara ejen baru NIS yang menyembunyikan identiti sebenar mereka.
Jika anda adalah peminat drama Korea dengan genre romantik komedi, sepuluh Kdrama di atas yang jarang dibincangkan ini boleh dijadikan bahan tontonan anda. Walau kurang mendapat perhatian, tapi drama-drama di atas mempunyai jalan cerita menarik yang tidak kurang hebatnya.