Home Entertainment 10 Kdrama Sageuk Tampilkan Heroin Wanita Menyamar Sebagai Lelaki

10 Kdrama Sageuk Tampilkan Heroin Wanita Menyamar Sebagai Lelaki

0

Drama sageuk biasanya menjadi salah satu genre drama siri Korea yang sangat disukai pencinta Kdrama. Jalan cerita yang menarik dan penuh dengan kisah sejarah, membuatkan drama siri ini selalu menarik untuk diikuti.

Buat anda yang menyukai dengan warna warni Kdrama dengan hidangan cerita sageuk, disini kami rangkumkan 10 drama sageuk yang mana pelakon utama wanita menyamar menjadi lelaki!

 

1. Our Blooming Youth (2023)

e5457516 d00a 41b8 a9a9 dc6833cffdf4Our Blooming Youth mengisahkan tentang Putera Mahkota Lee Hwan (Park Hyun Sik) yang terkena sumpahan misteri. Dia perlu meyiasat kes pembunuhan misteri keluarga Min Jae Yi (Jeon So Nee). Dituduh menjadi pembunuh keluarganya, Min Jae Yi menyamar sebagai pengawal kerajaan.

 

2. The King’s Affection (2021)

SageukThe King’s Affection mengisahkan tentang Putera Mahkota Lee Hwi (Park Eun Bin) yang sebenarnya adalah seorang wanita. Dia perlu menggantikan tempat saudara kembar lelakinya yang telah meninggal dunia. Park Eun Bin, sebagai pelakon utama wanita dalam drama ini menyamar menjadi lelaki. Anda boleh menonton drama siri ini di Netflix.

 

3. Love in the Moonlight (2016)

28d035e1 59bf 4761 8e84 a50233001537Love in the Moonlight mengisahkan tentang Putera Mahkota Lee Young (Park Bo Gum). Dalam perjalanannya, dia bertemu dengan Hon Ra On (Kim Yoo Jung) yang bekerja sebagai sida. Kim Yoo Jung diberi kepercayaan untuk membawa watak utama utama wanita yang menyamar menjadi sida. Anda boleh menonton drama siri ini di Netflix.

Baca juga: 7 Filem Sageuk Korea Yang Lucu Dan Menghiburkan

4. Splash Splash Love (2015)

19cd0692 49a1 4d28 8c66 bda56010c1d4Splash Splash Love mengisahkan tentang Dan Bi (Kim Seul Gi) yang terdampar di masa lampau. Dia bertemu dengan seorang raja muda bernama Lee Do (Yoon Doo Joon).
Supaya tidak dicurigai, Dan Bi menyamar sebagai seorang sida.

 

5. Empress Ki (2014)

b51bd8a1 c8aa 426b a0ea ceaccf50f4dbEmpress Ki menceritakan tentang Ki Seung Nyang (Ha Ji Won) yang berjaya menjadi permaisuri di tengah-tengah konflik kerajaan. Sebelum ini, dia perlu menyamar sebagai lelaki untuk bertahan hidup. Drama siri ini juga dibintangi oleh Ji Chang Wook yang dipilih sebagai raja Huizong of Yuan.

Baca lagi: 7 Escape, Kdrama Thriller Misteri Tentang Balas Dendam, Menampilkan Uhm Ki Joon

6. Scholar Who Walks the Night (2013)

3c71abdd dc03 4cf5 a1e3 f14b941e71ecScholar Who Walks the Night mengisahkan tentang Jo Yang Sun (Lee Yoo Bi), anak kepada keluarga bangsawan yang telah jatuh muflis. Dia bertemu dengan vampire yang dilakonkan oleh Kim Sung Yeol (Lee Joon Gi).
Jo Yang Sun perlu menyamar sebagai lelaki dan menjual buku untuk bertahan hidup.

 

7. Sungkyunkwan Scandal (2010)

b6434392 8c31 4c01 bff9 aa5c15d6e1b1Sungkyunkwan Scandal mengisahkan tentang Kim Yun Hee (Park Min Young), wanita bijak dan sangat berdikari. Sebagai wanita, dia tidak boleh masuk ke Universiti Sungkyunkwan. Akhirnya, Kim Yun Hee menyamar sebagai lelaki dan bertemu dengan Lee Seon Joon (Yoochun).

 

8. The Great Queen Seondeok (2009)

5984a077 5915 4de0 9379 e5a307ffda7eThe Great Queen Seondeok mengisahkan tentang ratu (Lee Yo Won) yang dilahirkan kembar. Dia diasingkan sewaktu baru lahir dari kerajaan dan bergabung dengan kumpulan Hwarang. Untuk bergabung dengan Hwarang, kumpulan yang dididik menjadi pemimpin masyarakat, Ratu Seondeok perlu menyamar sebagai lelaki.

Baca juga: 15 Kdrama Sageuk Tentang Tokoh Sejarah Sebenar Era Joseon

9. The Painter of Wind (2008)

d4e3b962 5ef6 40cc 9504 f95a81f6e684The Painter of Wind mengisahkan tentang pelukis di era Dinasti Joseon bernama Shin Yun Book (Moon Geung Young). Dia bertemu dengan pelukis Kim Hong Do (Park Shin Yang) yang menjadi mentor Yun Book.
Dalam perjalanannya, Yun Book menyamar sebagai lelaki.

 

10. Gu Family Book (2013)

1b07e0cd 207a 43e9 863c ea56513845b0Gu Family Book menceritakan tentang kisah cinta antara siluman serigala (Lee Seung-gi) dan seorang wanita yang menyamar menjadi lelaki bernama Dam Yeo Wol (Bae Suzy). Kedua-duanya mula jatuh cinta sewaktu penyamaran Dam Yeo Wol terbongkar.
Namun, setelah mereka bertunang terjadi sebuah insiden yang mengakibatkan Dam Yeo Wol mati untuk mempertahankan cinta hatinya. Bagaimanakah kisah cinta mereka berdua?

Demikian sahaja 10 drama sageuk yang menampilkan heroin wanita tetapi menyamar sebagai lelaki. Jangan lupa masukkan ke senarai tontonan anda semua ya!

Baca lagi: 5 Kdrama Sageuk Berlatarkan Pertumpahan Darah dan Perperangan
Baca juga: 7 Escape, Kdrama Thriller Misteri Tentang Balas Dendam, Menampilkan Uhm Ki Joon