Kdrama memang merupakan salah satu hiburan yang paling dicari-cari dan digemari pada saat ini.
Walaupun terdapat banyak kdrama siri dengan tema jenayah, gelap dan misteri, dan juga romantik, drama siri Korea Selatan juga tidak kurang hebatnya menampilkan drama-drama yang berkisar di kamar mahkamah yang bertemakan undang-undang dengan pilihan cerita yang mampu mengundang rasa ingin tahu membuak-buak dalam hati para penonton.
Kisah yang unik, mencemaskan dengan banyak kes jenayah, misteri dan juga mendebarkan, memberikan rasa keterujaan dari penuh permainan teka teki buat para penonton.
Jom sama-sama kita lihat beberapa kdrama siri yang menampilkan jalan cerita berkaitan kes undang-undang yang sangat sesuai untuk dimasukkan ke dalam senarai tontonan anda!
1. Law School (2021)
Siri ini fokus pada para pensyarah dan pelajar-pelajar di sebuah sekolah undang-undang yang sangat yang berprestij yang menemui titik hitam dalam kehidupan mereka apabila terjadi sebuah kes pembunuhan dan salah seorang tenaga pengajar yang paling dihormati di sekolah tersebut adalah suspek utama kes pembunuhan tersebut.
2. Extraordinary Attorney Woo (2022)
Sementara menunggu musim kedua untuk siri ini ditayangkan pada tahun 2024 nanti, tonton dulu musim pertamanya yang sangat menarik! Drama ini fokus pada seorang peguam wanita muda yang menghidap autism. Dengan kebolehan IQ yang mencapai 164, peguam hebat ini berjaya menempuh kerjaya profesional sebagai seorang peguam. Walau bagaimanapun, perjuangannya sebagai peguam bukanlah sebuah jalan lurus yang mudah untuk ditempuhi.
3. Vincenzo (2021)
Kisah drama ini mengenai keadilan undang-undang yang dibawa oleh seorang peguam yang samseng dan menggerunkan. Kemunculan Song Joong Ki dalam Vincenzo sangat mencuri perhatian. Kehebatannya mendalami watak sebagai penasihat mafia bernama Vincenzo Cassano membuatkan drama siri ini meraih kejayaan besar hingga rating tertingginya mencapai angka 14.6 peratus. Konsisten mempertahankan rating tinggi, drama tvN ini mengumpulkan rating purata sebanyak 10.4 peratus. Dalam drama ini pula gandingan antara Song Joong Ki dengan Jeon Yeo Been sangat serasi dan menjadi.
4. Divorce Attorney Shin (2023)
Divorce Attorney Shin adalah Kdrama JTBC tentang peguam Shin Sung Han (Cho Seung Woo). Dia bukan hanya perlu menghadapi bermacam kes pelanggannya, dia juga mempunyai trauma yang menyebabkan dia beralih kerjaya dan menjadi seorang peguam. Dia adalah seorang peguam yang berbakat dan perlu berurusan dengan beberapa orang pelanggan yang aneh dan mempunyai bermacam ragam.
5. Juvenile Justice (2022)
Shim Eun Seok (Kim Hye Soo) merupakan seorang hakim yang dingin dan sangat benci dengan kenakalan remaja kerana dulu dia pernah menjadi mangsa kenakalan remaja. Hakim Eun Seok bersama dengan rakannya Hakim Cha Tae Joo (Kim Mu Yeol) berusaha menyelesaikan berbagai-bagai kes kejahatan remaja yang menjadi sorotan di Korea Selatan.
6. Diary of a Prosecutor (2019)
Sebuah Kdrama Korea Selatan yang mengangkat tema undang-undang, drama siri ini dibintangi oleh mendiang Lee Su Kyun dan Jung Ryeo Won, drama ini mengisahkan tentang dua orang peguam yang mempunyai sifat yang sangat berbeza, salah seorang dari mereka kelihatan kurang bercita-cita tinggi dan yang seorang lagi bersifat sebaliknya. Mereka bekerja di sebuah firma yang sama.
7. The Devil Judge (2021)
Berlatarkan zaman distopia dimana masyarakat tertindas dan dikawal dengan sistem kawalan sosial yang menyusahkan mereka. The Devil Judge mengisahkan tentang rakyat yang sudah membenci dan tidak tahan lagi dengan pemimpin-pemimpin mereka. Masyarakat hidup dalam keadaan huru-hara dengan kawalan yang amat menindas. Satu rancangan realiti televisyen dicipta oleh orang-orang politik untuk menghukum pesalah-pesalah tanpa belas kasihan. Rancangan realiti televisyen ini dijadikan seperti kamar mahkamah untuk tontonan seluruh rakyat.
8. Bad Prosecutor (2022)
Drama siri Korea Selatan ini berkisar tentang kisah seorang pendakwa raya muda yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kebenaran dan keadilan termasuklah dengan cara melanggar arahan dari ketua jabatannya. Jin Jeong (Doh Kyung-soo) ingin membanteras segala perkara tidak adil yang berlaku dalam sistem pendakwa raya. Badan pendakwa raya yang rasuah telah membuatkan ramai insan tidak berdosa dinafikan keadilan malah ada juga yang telah kehilangan nyawa.
9. Suspicious Partner (2017)
Mengisahkan No Ji-wook (Ji Chang Wook), seorang pendakwa raya dan Eun Bong-hee (Nam Ji Hyun), seorang pendakwa raya pelatih bersama mencuba menyelesaikan sebuah kes misteri yang melibatkan seorang pembunuh psikopat yang licik.
10. Lawless Lawyer (2018)
Siri ini mengisahkan tentang Bong Sang-pil dan Ha Jae-yi yang membentuk Firma Guaman Lawless. Sang-pil, bekas ahli gangster yang menjadi peguam, berusaha untuk membalas dendam untuk ibunya dan memerangi mereka yang mempunyai kuasa. Dia sering menggunakan kekuatannya serta kelemahan dalam sistem undang-undang untuk mencapai matlamatnya.
Semua kdrama siri yang tersenarai di atas mempunyai jalan cerita dan konflik yang berbeza-beza. Ada Kdrama yang membahaskan teka-teki pembunuhan, jenayah remaja, balas dendam, dan pelbagai isu lain. Setiap drama siri di atas masing-masing mempunyai bermacam-macam plot twist dan daya tarikan yang membuatkan jalan ceritanya bertambah menarik. Jangan lupa untuk menonton ya!