Home Entertainment 8 Kdrama Terbaik Tentang Ibu dan Anak

8 Kdrama Terbaik Tentang Ibu dan Anak

0

8 Kdrama Terbaik tentang Ibu dan Anak, selain daripada The Good Bad Mother!

The Good Bad Mother merupakan salah satu kdrama terbaik tentang ibu dan anak 2023 genre slice of life bertemakan kisah kasih sayang ibu yang sangat mengharukan. Kisah drama siri ini berkisar kepada seorang ibu tunggal yang bernama Jin Young Soon (Ra Mi-ran).

Kdrama terbaik tentang ibu dan anak

Walaupun berhati lembut, dia terpaksa menerapkan cara yang kasar dan sangat tegas dalam membesarkan satu-satunya anak lelaki yang dia ada iaitu Choi Kang Ho (Lee Do Hyun). Drama siri JTBC ini tamat pada 8 Jun 2023 yang lalu.

Walaubagaimanapun, bukan hanya “The Good Bad Mother” sahaja yang mengangkat kisah hubungan antara ibu dan anak.

Buat anda yang masih lagi sukar untuk move on dengan kdrama terbaik tentang ibu dan anak seperti siri The Good Bad Mother, Kdrama berikut ini boleh anda tonton.

1. Was It Love? (2020)

Was It Love? (2020)/ Dok.

Mengisahkan Noh Ae Jung, seorang ibu tunggal yang berhenti belajar kerana memiliki anak di usia muda. Kini dia bekerja sebagai penerbit untuk sebuah syarikat perfileman.

Dia tidak mempunyai kekasih dalam 14 tahun terakhir, tetapi secara tiba-tiba dikelilingi oleh empat jejaka kacak. Mereka diantaranya adalah Oh Dae Oh seorang penulis novel terlaris yang misteri, Ryu Jin seorang aktor popular, Koo Pa Do seorang CEO dari syarikat kewangan Nine Capital dan Oh Yeon Woo adalah seorang guru sukan di sebuah sekolah.

  • Jumlah episod: 16 episod
  • Genre: komedi, romantis, drama
  • Rating Mydramalist: 7.3
  • Pelakon utama: Song Ji Hyo, Son Ho Jun, Song Jong Ho, Koo Ja Sung, Kim Min Joon, Kim Da Som
  • Platform menonton: Netflix

2. When the Camellia Blooms (2019)

When the Camellia Blooms (2019)/ Dok.

Drama ini mengisahkan seorang ibu tunggal bernama Dong Baek yang pindah ke sebuah daerah bernama Ong San. Namun kehadiran Dong Baek ternyata tidak disambut baik oleh jiran-jirannya.

Dia dipandang hina kerana memiliki anak luar nikah bernama Kang Pil Gu. Dong Baek akhirnya membuka sebuah bar minuman. Namun, kerana kecantikan dan statusnya yang belum menikah, ramai lelaki yang datang ke bar hanya untuk bertemu Dong Baek dan mendekatinya.

Drama ini juga mengisahkan Pil Gu yang tidak menerima kehadiran lelaki lain di kehidupan sang ibunya.

  • Jumlah episod: 40 episod
  • Genre: thriller, komedi, romantis, drama
  • Rating Mydramalist : 8.5
  • Pelakon utama: Gong Hyo Jin, Kang Ha Neul, Kim Kang Hoon, Kim Ji Seok, Son Dam Bi, Yeom Hye Ran
  • Platform menonton:  Netflix

3. Mother of Mine (2019)

Mother of Mine (2019)/ Dok.

Mother of Mine adalah cerita tentang dua wanita dan anak perempuan mereka. Park Sun Ja adalah seorang ibu tunggal yang memiliki tiga anak perempuan diantaranya Mi Sun, Mi Ri, dan Mi Hye.

Dia memiliki restoran sup daging dan membesarkan anak-anaknya hingga dewasa. Setelah itu, anak-anaknya memiliki kehidupan masing-masing, seperti Mi Sun yang menikah dan fokus pada keluarga. Mi Ri dan Mi Hye masih membantu ibu mereka di restoran sambil menjalankan karier masing-masing.

  • Jumlah episod: 108 episod
  • Genre: perniagaan, romantis, slice of life, melodrama
  • Rating Mydramalist: 7.8
  • Pelakon utama:  Kim Hae Sook, Kim So Yeon, Yoo Sun, Kim Ha Kyung, Hong Jong Hyun, Ki Tae Young
  • Platform menonton: KBS Youtube

4. Angry Mom (2015)

Angry Mom (2015)/Dok.

Kang Ja dahulu terkenal sebagai kaki buli paling berbahaya dan ditakuti di sekolah menengahnya di Busan. Setelah hamil di usia muda, dia berhenti sekolah dan mencuba menjadi ibu tunggal yang bertanggung jawab pada anak perempuannya bernama Oh Ah Ran.

Ah Ran menjadi sasaran buli di sekolahnya. Kang Ja memutuskan menyamar sebagai pelajar di Sekolah Menengah Myungsung dengan nama samaran Jo Bang Wool untuk memberikan pelajaran kepada para pembuli tersebut.

Namun, dia menemukan masalah yang lebih besar seperti korupsi di Sekolah Menengah Myungsung. Dengan bantuan Ah Ran dan wakil guru kelas, Park No Ah. Kang Ja bertekad menghentikan kekerasan di sekolah dan membanteras korupsi.

  • Jumlah episod: 16 episod
  • Genre:  komedi, drama, melodrama
  • Rating Mydramalist : 8.3
  • Pelakon utama:  Kim Hee Sun, Kim Yoo Jung, and Ji Hyun Woo.
  • Platform menonton: –

5. Mama (2014)

Mama (2014)/ Dok. MBC

Mama adalah drama yang menceritakan cinta dan pengorbanan seorang ibu selama enam bulan yang sakit parah. Seorang ibu tunggal yang selama ini hanya berfokus pada menghasilkan wang dan mencari ketenangan tiba-tiba mengetahui bahawa hayatnya tak panjang akibat sebuah penyakit yang kronik.

Sepanjang hidupnya, dia telah mengabaikan satu-satu anaknya. Namun, kini dia ingin menghabiskan sisa hidupnya untuk menyatukan kembali anaknya dengan ayah kandungnya sehingga dia dapat hidup dalam lingkungan keluarga yang stabil. Sayangnya, sang ayah sudah berkahwin dengan orang lain.

  • Jumlah episod: 24 episod
  • Genre: romantis, drama, melodrama
  • Rating Mydramalist : 8.3
  • Pelakon Utama: Song Yoon Ah, Yoon Chan Young, Moon Jung Hee, Jung Joon Ho, Hong Jong Hyun
  • Platform menonton: –

6. Mother (2018)

Mother (2018)/ Dok.TVN

Drama siri Mother mengisahkan tentang Kang Soo Jin yang merupakan seorang guru sambilan yang mengajar di sebuah sekolah rendah. Namun, dia melihat salah satu muridnya bernama Hye Na tampak tak terurus dan seringkali menemukan luka lebam di tubuhnya.

Soo jin mengetahui bahawa ibunda Hye Na lah yang melakukan hal itu. Soo-jin awalnya ingin mengambil Hye Na sebagai anak angkat kerana kondisi Hye Na yang semakin memburuk, namun dia malah mendapat tuduhan penculikan dari ibu Hye Na.

  • Jumlah episod: 16 episod
  • Genre: thriler, misteri, psychological, melodrama
  • Rating  Mydramalist : 9.0
  • Pemain utama: Lee Bo Young, Heo Yool, Lee Hye Young
  • Platform menonton: tvN, VIU

7. Children of Nobody (2018)

Children of Nobody (2018)/ Dok.MBC

Mengisahkan Cha Woo Kyung, seorang kaunselor anak yang bekerja di pusat penjagaan anak-anak. Hidupnya tampak sempurna sejak dia berkahwin dengan suami yang hebat, lalu dia hamil.

Namun, kehidupannya yang sempurna tidak bertahan lama. Satu tragedi malang tiba-tiba mengubah kehidupannya. Dia kemudian mengalami kemurungan dan merasa dihantui dengan bayangan seorang anak.

  • Jumlah episod: 32 episod
  • Genre:  thriller, misteri, psychological, drama
  • Rating Mydramalist : 8.3
  • Pelakon utama: Kim Sun Ah, Lee Yi Kyung, Nam Gyu Ri, Cha Hak Yeon
  • Platform menonton: VIU

8. Wanted (2016)

wanted 2016/ Dok.SBS

Jung Hye In adalah seorang artis cantik terkenal atas di Korea yang menguasai industri drama, filem, dan iklan di Korea. Namun, suatu hari anak lelakinya diculik sejurus di hari dia mengumumkan persaraannya.

Dengan bantuan penerbit filem Shin Dong Wook dan detektif polis Cha Seung In, dia akhirnya mengambil bahagian dalam reality show secara langsung di mana dia mengikuti setiap arahan penculik, untuk mengungkap dan menangkap pelaku penculikan dan menemukan anaknya.

  • Jumlah episod: 16 episod
  • Genre: misteri, drama, melodrama
  • Rating mydramalist: 7.7
  • Pelakon utama: Kim Ah Joong, Ji Hyun Woo, Uhm Tae Woong, Park Hae Joon
  • Platform menonton: –
Demikianlah 8 Kdrama Terbaik Korea tentang ibu dan anak selain daripada “The Good Bad Mother”. Setiap drama memiliki jalan cerita yang unik dan menghiburkan, serta dapat membuatkan kita tertawa, menangis, dan terinspirasi.

Baca lagi: “Lies Hidden In My Garden” – 2 Sebab Kim Tae Hee & Lim Ji Yeon Membintangi Kdrama Ini

Baca juga: Choi Jin Hyuk – 6 Kdrama Misteri Thriller Terbaik Lakonannya