Gong Tae Kyung (Ahn Jae Hyun) dalam drama siri The Real Has Come semakin mencuri perhatian penonton
Para penonton meminatinya kerana wataknya yang kelihatan sungguh sempurna. Wataknya digambarkan sebagai seorang jejaka idaman setiap gadis.
Mana tidaknya, watak pemuda kacak Gong Tae Kyung digambarkan sebagai seorang doktor yang sangat berjaya, mempunyai wajah tampan dan menawan, dan berasal daripada sebuah keluarga yang kaya raya.
Namun, di sebalik semua itu Gong Tae Kyung banyak memendam rasa dan ternyata mempunyai konflik dalaman yang menyakitkan. Jom kita lihat 10 konflik berikut dalam hidupnya:
1. Gong Tae Kyung mempunyai keluarga yang kaya raya namun dia tidak merasakan kebahagiaan dan kehangatan dalam lingkaran keluarganya
2. Oleh kerana itu, dia lebih suka memilih untuk menginap di hotel daripada pulang ke rumah bagi mendapatkan ketenangan jiwa
3. Keluarganya yang suka mengongkong membuatkan hidupnya tidak bebas, terutama neneknya yang sangat cerewet dan terlalu mengekang kehidupannya
4. Dia bukanlah anak yang lahir daripada hubungan sah, melainkan dari hubungan ibunya dengan lelaki lain
5. Dia mempunyai konsep yang agak pelik mengenai percintaan, Gong Tae Kyung hanya menginginkan sebuah hubungan untuk keluar berjanji temu (dating), tanpa sebarang ikatan percintaan
6. Jika pasangannya teringin untuk mendirikan rumah tangga, maka di situlah hubungan mereka berakhir. Dia hanya ingin mencintai, tetapi tidak untuk memiliki
7. Gong Tae Kyung merasa hubungan perkahwinan apa bukanlah yang dia inginkan. Menjadi sebagian daripada keluarga orang lain adalah perkara yang merimaskan baginya
8. Dia diminta dan dipaksa untuk mengahwini Se Jin iaitu setia usaha peribadi neneknya, sedangkan Gong Tae Kyung langsung tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin dan tidak setuju dengan perkahwinan paksa ini
9. Teman wanita Gong Tae Kyung yang merupakan seorang wartawan terkenal juga telah menyebarkan berita negatif kerana wanita tersebut telah salah faham dan berita tersebut telah menyebabkan kerugian yang besar
10. Gong Tae Kyung juga dituduh sebagai lelaki yang telah menghamilkan Yeon Doo oleh ibunya, sehingga dia telah dipukul dan dikasari oleh ibu Yeon Doo
Demikian sahaja sebahagian konflik yang dialami oleh Gong Tae Kyung dalam drama siri The Real Has Come. Apakah cabaran lain yang akan dialami oleh watak Gong Tae Kyung pada episod-episod seterusnya dalam drama The Real Has Come? Jangan lupa saksikan drama bersiri ini!
Baca Lagi: “The Real Has Come” Kdrama Dengan Rating Tertinggi
Baca Juga: 9 Kdrama Menghiburkan Sama Seperti “Dr Cha”