Ramai orang masih berfikiran bahawa para model yang berada dalam dunia peragaan memiliki sebuah dunia yang ideal dan sempurna dan cara paling mudah untuk meraih populariti, dapat mengelilingi dunia, mengenakan pakaian dari berbagai pereka fesyen terkemuka dunia, dan menghasilkan banyak wang.
Namun, tahukah anda ada banyak hal yang tidak diketahui masyarakat umum dari dunia peragaan?
Istilah nepotisme banyak dibincangkan di media sosial di seluruh dunia. Sebuah istilah yang merujuk kepada golongan yang mendapat kelebihan dan kemudahan dari keluarga mereka untuk mendapat peluang atau kesempatan dengan mudah dalam sesuatu bidang.
Tentu ramai orang yang tidak senang dengan keadaan tersebut kerana nepotisme dianggap tidak adil. Nepotisme memang biasa terjadi dalam mana-mana industri atau tempat, dalam industri peragaan juga, kejadian nepotisme sudah wujud sejak dulu.
Ramai model terkenal seperti Vittoria Ceretti pernah membangkitkan mengenai anak-anak nepotisme yang tidak mengakui kelebihan mereka yang berpengaruh dalam dunia peragaan dan perjalanan mereka jauh lebih mudah berbanding orang biasa. Ramai netizen yang setuju dengan kata-kata Vittoria dan mula mendesak model hasil nepotisme tersebut untuk mengakui segala kelebihan yang pernah mereka terima.
Beberapa orang model yang dianggap sebagai anak-anak nepotisme dalam senarai ini pasti pernah anda dengar, jika anda tertanya-tanya siapakah mereka ini yang naik disebabkan nepotisme, jom sama-sama kita lihat senarai seperti di bawah ini:
1. Hailey Bieber didakwa mendapat peluang untuk melakukan catwalk di acara jenama ternama kerana dia adalah anak kepada Stephen Baldwin dan juga anak saudara pelakon ternama Alec Baldwin
2. Kendall Jenner dianggap tidak layak menjadi model dengan bayaran tertinggi kerana dia terkenal disebabkan keluarganya adalah The Kardashian
3. Nama Johnny Depp dan Vanessa Paradis dianggap membawa peranan penting dalam membuatkan Lily Rose Depp menjadi wajah rasmi jenama Chanel
4. Menjadi anak perempuan kepada supermodel lagenda Cindy Crawford membuatkan Kaia Gerber perlu bekerja keras agar tidak disangkut pautkan dengan ibunya terus-menerus
5. Ramai orang yang mendakwa bahawa Lila Moss tidak memiliki bakat dan karisma seperti ibunya, Kate Moss, yang merupakan seorang supermodel
6. Walaupun mempunyai bakat dan karisma yang luar biasa, nama Steve Aoki yang merupakan DJ terkenal tetap disebut-sebut jika membabitkan Devon Aoki
7. Kejayaan the Hadid sister dalam menggapai banyak jenama juga sering disebut kerana nama Yolanda Hadid yang merupakan watak penting dalam kerjaya mereka
8. Walaupun Cara Delevingne merupakan model yang luar biasa, tapi ternyata datuknya merupakan penerbit ternama, perkara tersebut dianggap membuka peluang cerah bagi Cara
9. Leni Klum merupakan anak kepada model ternama Heidi Klum. Leni saat ini sudah bekerja sama dengan Dolce & Gabbana dan juga Dior Beauty
10. Anak kepada Jude Law dan Sadie Frost, Iris Law, pernah menjadi wajah rasmi untuk Burberry beauty ketika usianya masih muda iaitu 16 tahun
Mempunyai hubungan dengan seseorang yang sudah memiliki nama tentu akan mendatangkan banyak kelebihan bagi kita. Bergantung atas diri kita sendiri adakah kita boleh menggunakan kelebihan tersebut dengan baik dan membuktikan kelebihan diri kita.
Bagaimana pula pendapat anda?