Jatuh cinta memang tidak mengenal usia atau rupa paras! Walaupun perbezaan umur mencapai sehingga 15 tahun atau lebih.
Tetapi buktinya pasangan artis Hollywood ini boleh menjalin hubungan cinta dan asmara. Bahkan, mereka juga bahagia membina keluarga dengan mengikat tali perkahwinan.
Terbaru, pelakon terkenal Hollywood Chris Evans dan pasangannya juga membuat para peminat gempar kerana mereka berdua mempunyai jarak usia lebih dari 15 tahun.
Siapakah pasangan artis Hollywood yang berbeza usia lebih dari 15 tahun yang lain? Jom sama-sama kita lihat senarainya seperti di bawah ini:
1. Tidak ada apa-apa berita tentang pertunangan, Chris Evans dan Alba Baptista baru sahaja mendirikan rumah tangga secara tertutup. Usia mereka mempunyai jarak 16 tahun!
2. Rosie Huntington-Whiteley dan Jason Statham dikhabarkan sudah bertunang. Pasangan artis ini mempunyai beza usia lebih dari 15 tahun iaitu beza 20 tahun
3. Berbeda umur 17 tahun, Heidi Klum dan Tom Kaulitz bahagia hingga sekarang. Bahkan, hubungan mereka berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan
4. Pasangan artis ini beza usia lebih dari 15 tahun seterusnya adalah Michael Douglas dan Catherine Zeta-Jones. Umur mereka berbeza 25 tahun
5. Umur George Clooney lebih tua 17 tahun dari Amal Alamuddin. Ini bukti cinta memang tidak kenal usia bukan?
6. Umur Harrison Ford dan Calista Flockhart ternyata berbeza 22 tahun. Mereka adalah pasangan artis terkenal yang masih kekal bahagia dan dicemburui ramai
7. Berbeza umur 39 tahun tidak menghalang Dennis Quaid dan Laura Savoie untuk bersama. Hubungan mereka malah semakin bahagia!
8. Mereka tidak terikat dengan sebarang pertalian perkahwinan, tapi Eddie Murphy dan Paige Butcher telah hidup bersama. Perbezaan umur kedua-duanya adalah sekitar 17 tahun
9. Umur Emilie Livingston dan Jeff Goldblum berbeza 30 tahun. Mereka kelihatan sungguh bahagia bersama dua anak mereka
10. David Foster dan Katharine McPhee adalah salah satu pasangan artis Hollywood yang mempunyai beza usia yang agak jauh. Jarak usia mereka adalah 34 tahun!
Selain pasangan baru Chris Evans dan Alba Baptista, ternyata pasangan artis Hollywood lain juga masih kekal bahagia walaupun mereka mempunyai beza umur yang agak jauh. Nampaknya mereka masih bahagia hingga sekarang.