Home Artis Korea 10 Pelakon “Bitch X Rich”, Jom Berkenalan Dengan Mereka

10 Pelakon “Bitch X Rich”, Jom Berkenalan Dengan Mereka

0

Bitch X Rich telah menyiarkan episod perdana pada 31 Mei 2023 yang lalu

Membawa genre thriller dengan berlatarkan kisah pelajar sekolah menengah, drama siri ini mengisahkan tentang perbezaan status sosial di Cheongdam International High School.

Pada suatu hari, terdapat satu tragedi berlaku apabila secara mengejut ada seorang pelajar yang terjatuh dari bumbung sekolah. Pelajar itu dikatakan cuba membunuh diri, padahal ada seorang saksi melihat kelibat seorang lagi pelajar perempuan di bumbung atas sekolah berkenaan.

Bukan hanya jalan cerita yang menarik, drama siri ini juga dibintangi oleh para artis muda. Sudah pasti, ramai penonton pasti ingin tahu tentang usia sebenar mereka beserta akun Instagram peribadi para artis ini.

Semua pelakon kelihatan seperti berusia belasan tahun, sesuai dengan umur pelajar sekolah menengah, jangan terkejut, kebanyakan mereka berusia 20-an dan ada juga sudah mencecah usia 30-an.

Berikut adalah usia sebenar para pelakon Bitch X Rich dan akaun Instagram mereka. Jom sama-sama kita lihat:

Bitch X Rich

1. Lee Eun Saem (@2eunsaem) yang berusia 23 tahun lahir pada 10 Oktober 1999. Dia berlakon sebagai Kim Hye In, pelajar yang pintar tapi miskin

5ef32532 773c 4a49 b4ad 1590bcbd3046

2. Yeri Red Velvet (@yerimiese) berusia 24 tahun. Gadis yang dilahirkan pada 5 Mac 1999 ini membawa watak sebagai Baek Je Na, pelajar kelas pertama di kelab Diamond

c6eea239 21b8 48c2 a2eb 73b0551f1add

3. Lahir pada 23 Jun 1997, Lee Jong Hyuk (@zonyuk_) kini berusia 25 tahun. Dia membawa watak sebagai Seo Do Eun, anak lelaki kepada ketua Sekolah Antarabangsa Cheongdam

6f41ec83 798f 4b27 b367 3541361b165d

4. Sama umur dengan Lee Jong Hyuk, Yoo Jung Hoo (@u_junghoo) dilahirkan pada 27 Oktober 1997. Dia membawa watak sebagai Lee So Mang

7b117e85 8310 449c bb12 f0155da69e52

5. Jang Deok Su (@jangdeoksu_) lahir pada 2 Mac 2000 dan kini berusia 23 tahun. Dia menjadi Park Woo Jin, pelajar kelas ketiga kelab Diamond

8e504d74 99f7 4b30 9236 0eea1489dcb5

6. Park Shi Woo (@siwoo_chou) kini berusia 26 tahun. Dia membawa watak sebagai Min Yul Hee, pelajar kelas kedua kelab Diamond dan tunang kepada Park Woo Jin

6a27dc16 81f4 4a57 afc2 5f2765434ca8

7. Han Da Sol (@dsolisolisoli) dilahirkan pada 13 Mei 1995 dan kini berusia 28 tahun. Dia berlakon sebagai Oh Si Eun, seorang pelajar pemalu dan pendiam

a5fe6326 1277 4860 90af bd11c2df06e9

8. Lahir pada 17 Februari 1998, Jang Sung Yoon (@syoonee2) kini berusia 25 tahun pada tahun ini. Dia membawa watak sebagai pelajar yang terjatuh dari bangunan iaitu Kim Hae In

59e0a085 dfd8 40c2 84a1 aa9a575fd092

9. Ko Ju Hee (@bibianajh_) ternyata dilahirkan pada 23 Disember 2000 dan kini telah berusia 23 tahun. Dia membawa watak sebagai Kang Na Yeon

e993a1ac 0fd5 4279 959e d196e132b279

10. Berusia 30 tahun, Kwon Se Eun (@kwonsedong) adalah pelakon wanita yang dilahirkan pada 11 Januari 1993. Dia membawa watak sebagai Lee Sun Joo iaitu kawan kepada Kim Hye In

Majoriti pelakon Bitch X Rich yang tersenarai di atas berusia 20-an. Walaupun begitu, mereka masih sesuai membawa watak sebagai pelajar sekolah bukan? Bagi anda yang belum mengetahui akaun Instagram mereka, cepat-cepat follow setiap akaun Instagram di atas!

Baca lagi: 2 Bintang Utama “Bitch X Rich” Mempromosikan Drama Mereka Di Singapura
Baca juga: Bitch X Rich – 7 Nasib Malang Baek Je Na