Home Kdrama/Kmovie 10 Pelakon ini Pernah Bawa Watak Saudara Kembar Seiras, Bawa 2 Watak...

10 Pelakon ini Pernah Bawa Watak Saudara Kembar Seiras, Bawa 2 Watak Berbeza dengan Baik

0

Kini nama pelakon terkenal Ji Sung menjadi hangat sekali lagi kerana dia membintangi drama terbaru SBS yang bertajuk Connection.

Pelakon ini pernah membintangi drama Adamas dan dipilih untuk membawa karakter utama dengan melakonkan watak berganda sebagai saudara kembar seiras yang merupakan seorang penulis novel dan pendakwa raya. Kedua-dua watak yang dilakonkannya itu bekerja sama untuk mengungkapkan kebenaran di sebalik kes kematian bapa mereka.

Beberapa orang pelakon lain juga pernah menunjukkan bakat lakonan mereka yang sangat berkesan sebagai saudara kembar dalam drama Korea. Buat anda yang ingin tahu, mari sama-sama kita lihat siapakah pelakon-pelakon yang pernah membawa watak berganda saudara kembar seiras berikut.

 

Watak
1. Yoon Shi Yoon berlakon sebagai saudara kembar yang mempunyai sikap yang sangat berbeza iaitu seorang pembuat onar dan seorang lagi adalah hakim dalam drama Your Honor (2018)

Baca juga: 10 Watak Lelaki Idaman Dalam Drama Korea 2024, Buat Penonton Jatuh Cinta

 

6c3396a3 f3c2 4adf 89be 6c55f4d4acea
2. Memiliki watak yang jauh berbeza, Kim So Hyun menjadi saudara kembar seiras yang terpisah sejak kecil dalam Who Are You: School 2015 (2015)

 

 

 

3d5ae9e0 4fdc 4f37 890f 8217b2154441
3. Merupakan anak kembar, Uhm Ki Joon membunuh saudara kembarnya sendiri dan menggunakan identiti kembarnya itu dalam Defendant (2017)

 

 

 

b69b3ec9 f76b 4fb1 ad8a f9c8cc376fc5
4. Walau jenis jantina berbeza, Park Shi Hye menjadi saudara kembar seiras dengan wajah yang sama dalam drama You’re Beautiful (2009)

 

 

 

19da14ee dcdf 4a1d 8231 af23ea0c69d8
5. Moon Geun Young mambawa peranan saudara kembar yang sangat berbeza dalam Catch the Ghost (2019), iaitu seorang kembar penghidap autisme dan seorang lagi adalah anggota polis yang berani

 

 

 

018710e1 9161 4c50 80fc 4f6c695098c2
6. Drama yang menampilkan pelakon terkenal, Ji Sung tampilkan lakonan karakter berganda sebagai saudara kembar yang merupakan penulis dan pendakwa raya yang menyiasat kes bersama-sama dalam Adamas (2022)

 

 

 

167aff4d 4ad6 4764 bd31 4e5b5b9094b1
7. Mempunyai nasib yang berbeza, Han Bo Reum membawa watak saudara kembar yang mana salah seorang dari mereka iri hati hingga membunuh sanggup kembarnya sendiri dalam The Master’s Sun (2013)

 

 

 

1dad0b8b 0a7c 4145 acf6 6f9541be789d
8. Song Joong Ki menampilkan plot twist dimana Eunseom dan Saya yang dilakonkannya ternyata adalah saudara kembar dalam Arthdal Chronicles (2019)

 

 

 

f29c8509 d2bb 46ef 9aef 414b30d5e8b4
9. Dalam drama The Good Witch (2018), Lee Da Hae sebagai saudara kembar yang merupakan seorang pramugari dan seorang suri rumah tangga

 

 

 

fff0bc03 0877 437d a0b6 f0a4c3189845
10. Bawa 3 watak berbeza, Yang Se Jong menjadi saintis yang bercita-cita tinggi yang membuat cloning anak kembar yang juga dilakonkan olehnya dalam Duel (2017)

Sepuluh orang pelakon Korea hebat di atas terbukti sangat berbakat dalam berlakon dengan membawa watak sebagai saudara kembar seiras dengan watak yang sangat berbeza dalam drama Korea yang dibintangi mereka. Bagi anda, lakonan siapakah yang paling berkesan?

Baca lagi: Baru Ditayangkan, “Connection” Drama Baru Angkat Genre Jenayah Thriller dan Penyiasatan
Baca juga: Yang Ditunggu-tunggu, Bitter Sweet Hell, Drama Komedi Thriller Misteri Dah Keluar! Korang Boleh Layan Di Viu