Home Artis Korea 10 Pelakon Korea ini Berjaya Bawa watak Suami dengan Baik dalam Kdrama...

10 Pelakon Korea ini Berjaya Bawa watak Suami dengan Baik dalam Kdrama 2024 walau Mereka Masih Bujang

0

Queen of Tears yang sedang ditayangkan di tvN terus mencuri perhatian para penonton. Kim Soo Hyun dan Kim Ji Won dipilih sebagai pelakon utama drama ini yang berjaya menunjukkan kehidupan pasangan suami isteri yang berasal dari latar belakang yang berbeza. Kim Ji Won membawa watak sebagai anak chaebol, manakala Kim Soo Hyun pula adalah seorang pengarah bahagian undang-undang walau dia berasal dari keluarga biasa.

Membawa watak sebagai suami tentunya merupakan sebuah cabaran tersendiri untuk pelakon seperti Kim Soo Hyun kerana dia sendiri belum pernah merasakan kehidupan alam perkahwinan yang sebenar di dunia nyata.

Baca juga: 6 Watak Pembantu dalam Queen of Tears yang Memainkan Peranan Penting, Semua Pelakon Hebat

Sama juga dengan beberapa orang pelakon lelaki Korea berikut ini yang membawa watak suami dalam drama Korea yang ditayangkan di awal tahun 2024, walau sebenarnya mereka belum berkahwin, lakonan mereka sebagai suami sangat menjadi!

 

Pelakon1. Kim Soo Hyun menjadi pengarah bahagian undang-undang dari keluarga biasa yang berkahwin dengan anak pemilik syarikat yang memang dikenali sangat sombong dalam Queen of Tears

 

 

3c7e859d d391 4a59 a234 525eabf29ca62. Kwak Dong Yeon bersama Lee Joo Bin muncul sebagai suami isteri romantik dalam drama Queen of Tears. Dia merupakan adik kepada watak yang dibawa oleh Kim Ji Won

Baca lagi: 10 Pelakon Korea Tercantik 2024 Tanpa Solekan dan Pembedahan

 

b8c78224 4e8e 4e5e b8fe bbda733663c33. Di akhir kisah Marry My Husband, Na In Woo berkahwin dengan Park Min Young. Mereka dikurniakan tiga orang anak dan dua di antaranya adalah anak kembar!

 

 

0addafb3 4cb5 4f32 9de6 3726f12c94cf4. Dalam drama yang sama iaitu Marry My Husband, Lee Yi Kyung merupakan suami Park Min Young sebelum masa lalu berubah, lalu dia berkahwin pula dengan perempuan simpanannya yang dilakonkan oleh Song Ha Yoon

 

 

d703eea0 d6dc 4d2f 901f 364f12fc0de65. Selain menjadi iblis, Song Kang terperangkap dalam perkawinan kontrak dengan anak chaebol yang tanpa sengaja mengetahui identiti tersembunyinya dalam My Demon

 

 

52421fce 5eca 4f7a 8522 11979864c7396. Park Sung Hoon juga turut memeriahkan drama The Bequeathed dengan berlakon sebagai suami red flag Kim Hyun Joo yang suka berlaku curang

Baca juga: Tahukah Anda, 5 Peserta Physical 100 Musim 2 Ini Merupakan Pelakon Korea?

 

137743d5 d3d6 4cfa b9e3 411314ba8fbf

7. Bergandingan dengan Jang Na Ra, Son Ho Jun menjadi suami dan juga ayah penyayang dalam My Happy Ending. Namun, salah faham telah membuatnya curang

 

 

bb53edf2 3084 4750 90dd 6d0ceae5f1868. Desakan datuknya membuatkan Bae In Hyuk terlibat dalam perkahwinan kontrak dengan penjelajah masa dalam The Story of Park’s Marriage Contract

 

 

89ca7efb b7b8 443d 8b16 2811fd940052 19. Park Ji Hoon digambarkan sebagai seorang putera mahkota yang memiliki 2 identiti dalam drama Love Song for Illusion. Dia mempunyai gundik

 

 

ace668d6 fc4f 43eb 9b5a 223667204df010. Ahn Jae Hong bergandingan dengan Esom, dalam drama LTNS. Kedua-dua mereka membawa watak sebagai pasangan suami isteri yang menyiasat kes kecurangan untuk mendapatkan wang

Watak sebagai suami tidak semestinya dilakonkan oleh pelakon-pelakon lelaki yang sudah berkeluarga sahaja. Walau belum berkahwin, lakonan hebat pelakon-pelakon bujang ini tetap berjaya menunjukkan kehidupan suami isteri seperti yang biasa terjadi di dunia nyata. Bahkan, ramai penonton yang berharap bahawa kisah cinta mereka dalam drama dapat diteruskan di dunia nyata.

Baca lagi: 13 Second Lead Berbakat dalam Kdrama 2024 ini Pernah Bawa Watak Utama
Baca juga: 9 Filem Korea Sesuai Sebagai Tontonan pada Bulan Ramadhan Ini, Tiada Adegan Taboo