Akhir-akhir ini, banyak drama Korea yang berjaya mendapat perhatian para penonton. Sebab utama Kdrama-Kdrama ini mendapat perhatian adalah kerana para pelakon membintangi drama tersebut. Nama mereka muncul menjadi perbincangan para penonton.
Bukan hanya pelakon utama, nama-nama second lead dan pelakon pembantu juga turut melambung tinggi. Salah seorang pelakon yang makin bersinar adalah Shin Eun Soo yang melakonkan watak Yoon Chung A dalam Twinkling Watermelon.
Populariti serupa juga dialami oleh para pelakon Korea berikut ini yang membintangi Kdrama 2023. Nama mereka berjaya dikenali ramai walau hanya membawa watak sebagai second lead dalam drama siri yang dibintangi.
1. Sudah membintangi banyak projek, Shin Eun Soo baru dikenali ramai dan mendapat banyak pujian sebagai pelajar yang pekak dan bisu dalam drama Twinkling Watermelon
2. Sudah lama terjebak dalam dunia seni lakon, Kim Hyo Jin meraih populariti hasil wataknya sebagai penyanyi dalam drama Castaway Diva
3. Walau diberi watak sebagai pengedar dadah, Bibi hangat menjadi perbincangan penonton dengan wataknya yang meyakinkan dalam drama The Worst of Evil
4. Cuba memikat hati lelaki kesukannya secara terang-terangan, Ha Yoon Kyung yang baik dalam drama See You in My 19th Life juga disukai oleh para penonton
5. Selepas meraih populariti sejak membintangi di The Glory, Lim Ji Yeon kembali menjadi bualan sebagai mangsa keganasan suaminya dalam Lies Hidden in My Garden
6. Baru melakukan debut, Woo Hyun Jin terus mencuri perhatian apabila digandingkan dengan Kim Bum sebagai puteri duyung dalam Tale of the Nine Tailed 1938
7. Pernah mendapat kritikan teruk sewaktu berkahwin, Lee Da In mendapat pujian dengan wataknya sebagai wanita bangsawan yang anggun dalam drama My Dearest
8. Lee Yoo Bi berjaya membuatkan penonton dimamah emosi dengan watak antagonisnya sebagai idol KPop dalam The Escape of the Seven
9. Dianggap sebagai karakter antagonis, Lee Chung Ah disukai ramai penonton kerana karakternya yang disebut-sebut sebagai malaikat tanpa sayap dalam drama Celebrity
10. Berjaya melalui Our Blues (2022), Roh Yoon Seo kembali menjadi subjek perbincangan dengan lakonan hebatnya sebagai pelajar sekolah dalam Crash Course in Romance
Watak second lead bukan menunjukkan bahawa lakonan mereka tidak bagus. Ramai artis Korea di atas yang mendapat pujian penonton, walaupun mereka hanya dipilih sebagai second lead. Ada yang muncul sebagai second lead protagonis dan juga antagonis yang membuatkan emosi penonton naik turun. Penampilan siapakah yang paling berbekas dihati anda?