Sesebuah drama yang menjulang kejayaan bukan hanya bergantung pada persembahan lakonan para pelakon utama, lakonan para pelakon pembantu juga turut diambil kira.
Bukan hanya diwarnai oleh para pelakon yang muda, para pelakon senior juga muncul sebagai pelakon pembantu yang membuatkan atmosfera drama lebih terasa hidup dengan kehadiran watak mereka.
Biasanya, para pelakon senior ini diberi kepercayaan untuk membawa watak ayah dan ibu di dalam drama Korea. Siapakah mereka ini? Mari sama-sama kita lihat senarai di bawah ini ya!
1. Kim Won Hae merupakan salah seorang senior yang kerap muncul dalam drama-drama terkenal seperti Start-Up (2020), Run On (2021) dan Youth of May (2021)
2. Kerap melakonkan watak seorang ibu, Jang Hye Jin telah membintangi sekurang-kurangnya 12 drama Korea hingga kini
3. Ahn Nae Sang yang memulakan debut lakonan pada tahun 90-an ini lebih dikenali sebagai antagonis dalam beberapa buah drama
4. Walau kerap muncul dalam drama Korea, Cha Chung Hwa makin dikenali sejak menjadi dayang yang menceriakan suasana dalam drama Mr. Queen (2020)
5. Lahir pada 3 Jun 1973, pelakon Yoo Jae Myung sangat identikal dengan watak lelaki separuh usia yang selalu melakonkan babak kelakar dalam pelbagai drama Korea seperti Reply 1988 dan Hospital Playlist
6. Kerap membawa watak sebagai ibu dan nenek yang baik hati dan penyayang dalam drama popular, Kim Hae Sook sudah tidak asing lagi di kalangan para peminat drama Korea
7. Walau telah menginjak usia 54 tahun, Sung Dong Il tetap muncul dalam pelbagai drama hits seperti Reply 1988, Hospital Playlist, dan juga Jirisan
8. Akan genap berusia 84 tahun pada bulan Disember akan datang, Kim Young Ok masih lagi muncul dalam dunia seni lakon dan sangat ikonik dengan figura seorang nenek
9. Jo Han Chun kerap muncul sebagai pelakon pembantu dalam drama popular hingga wajahnya terasa tidak asing lagi bagi para peminat drama Korea, anda setuju?
10. Kim Mi Kyung dikenali sebagai ‘ibu’ untuk pelbagai karakter utama dalam puluhan drama Korea seperti The Heirs (2013), Another Miss Oh (2016), Hi Bye, Mama! (2020), dan Black Out (2024).
Usia tidak menjadi penghalang bagi para pelakon Korea Selatan. Mereka semakin aktif dalam dunia lakonan di usia yang sudah tidak lagi muda. Wajah mereka juga sering menemani hari-hari anda sebagai peminat drama korea bukan?
Baca lagi: 3 Filem Korea Ini Bawa Tema Gangguan Manusia Psikopat
Baca juga: Bawa Penonton dalam Mimpi Ngeri, Tonton 8 Filem Psiko Thriller Korea yang Sukar Dilupakan Ini
Baca lagi: The Fiery Priest 2 Bakal Tayang 8 November, Tampilkan Lebih Ramai Pelakon Baru