Home Artis Korea 10 Pelakon Wanita Korea Ini Makin Terkenal Selepas Membintangi Kdrama 2024

10 Pelakon Wanita Korea Ini Makin Terkenal Selepas Membintangi Kdrama 2024

0

Salah sebuah kejayaan drama Korea boleh dilihat dari popularitinya di kalangan penonton. Tentu sahaja nama para pelakon juga turut melonjak dan banyak dibincangkan, baik pelakon utama mahupun pelakon pembantu. Bahkan, ramai pelakon yang terus menerima projek baru sebagai pelakon utama. Bertuah bukan?

Perkara yang sama turut dialami oleh para pelakon Korea Selatan yang mendapat perhatian dan mengecapi populariti selepas membintangi drama Korea pada tahun 2024 ini.

Berikut ini adalah sepuluh orang pelakon wanita yang dimaksudkan.

 

 

30dfe1b6 3958 428c af77 7003bfa9078b
1. Dulu dia merupakan bintang cilik, Roh Jeong Eui menjadi perbincangan hangat kerana lakonannya yang berkesan sebagai pelajar dan anak dari keluarga chaebol dalam Hierarchy

 

 

 

fbfb358b bcbd 4000 8eb4 db3f7844f670
2. Begitu juga dengan Ji Hye Won yang berlakon sebagai kawan rapat Roh Jeong Eui dalam drama Hierarchy. Wataknya bermain dengan emosi demi status sosial

 

 

 

7f36fef5 e57f 4da7 84b5 f52dd6fb5006
3. Sebagai watak tambahan, Jang Gyu Ri mendapat pujian hasil lakonannya sebagai pemandu yang handal dalam drama The Player 2: Master of Swindlers

 

 

 

ea969a96 bc30 4444 b1d0 dc0e8dd5c1a9
4. Tampilkan kehidupan rumah tangga dengan Kim Soo Hyun dalam Queen of Tears, Kim Ji Won yang menjadi chaebol ini meraih populariti yang tinggi

 

 

 

d6700fed 33b3 434f 82d8 8008a45f0e6e
5. Merupakan second lead wanita, Lee Joo Bin berjaya meraih perhatian selepas menunjukkan jalinan romantik suami isteri dengan Kwak Dong Yeon dalam Queen of Tears

 

 

 

Pelakon
6. Selain berlakon dalam The 8 Show, Chun Woo Hee juga menuai perhatian sebagai penipu dalam drama The Atypical Family bersama Jang Ki Yong

 

 

 

bb24b57f c023 4e5b ae17 ce5b9364b795
7. Drama yang dibintanginya sering berjaya, nama Kim Hye Yoon kembali melonjak hasil lakonannya dalam Lovely Runner. Dia bergandingan dengan Byeon Woo Seok

 

 

 

6c6698cf 9b3f 4ac9 bce2 310ce8ffa561
8. Pada masa kini, Pyo Ye Jin juga sedang mengecapi populariti kerana membintangi Dreaming of a Freaking Fairy Tale bersama Lee Jun Young

 

 

 

5fbde969 48b5 4408 9c7a 8d3e6ac4604e
9. Berjaya menempa nama walaupun menjadi antagonis, lakonan Song Ha Yoon mendapat banyak pujian kerana wataknya membuatkan penonton emosi dalam Marry My Husband

 

 

Pelakon wanita korea
10. Bergandingan bersama Song Kang, Kim Yoo Jung menjadi konglomerat yang dingin dan gilakan kerja dalam My Demon. Kisah romantiknya membuatkan ramai penonton jatuh hati

Kejayaan drama-drama Korea yang dibintangi membuatkan bintang-bintang wanita Korea di atas semakin dikenali dan bersinar. Mereka terus menjadi bahan perbincangan para peminat Kdrama. Anda paling suka siapa?

Baca lagi: Rindu Dr Cha? Tonton 7 Kdrama yang Dibintangi Pelakon-Pelakon Drama Tersebut pada Tahun Ini
Baca juga: 11 Cadangan Filem Seram Korea dengan Rating Tertinggi