Watak Leftenan Lee dalam drama siri Duty After School Part 1 menjadi salah satu karakter kesayangan penonton drama siri ini yang mana watak ini telah dilakonkan oleh Shin Hyun Soo.
Leftenan Lee dikenali sebagai seorang pegawai tentera yang sangat tegas, dingin, berdisiplin, dan serius. Siapa sangka sebenarnya hati Leftenan Lee sangat lembut dan dia sangat prihatin terhadap kebajikan dan keselamatan para pelajar yang menjadi tentera tambahan yang berada di bawah seliaanmya.
Penampilan yang sangat berbeza antara dari Leftenan Lee dan pelakon asalnya iaitu Shin Hyun Soo!
Sudah pastilah mereka sangat berbeza, yang satu itu watak fiksyen dan satu lagi memang wujud dalam dunia sebenar sebagai pelakon yang berbakat! Dalam dunia nyata, Shin Hyun Soo mempunyai keperibadian yang lebih ceria dan wajahnya selalu dihiasi dengan senyuman. Sangat mengejutkan bukan? Shin Hyun Soo yang ceria dan gila-gila ini berubah habis dan menjadi auto serius apabila berubah kepada mode Leftenan Lee.
Baca Lagi: 10 Sebab Kdrama “Duty After School” Wajib Ditonton
Jom kita lihat beberapa gambar Shin Hyun Soo yang sangat berbeza dengan wataknya sebagai Leftenan Lee dalam drama siri Duty After School:
1. Shin Hyun Soo merupakan pelakon lelaki yang kini sudah berusia 34 tahun. Belum lagi boleh digelar ahjussi!
2. Oppa yang satu ini sangat murah dengan senyuman!! Langsung tidak sama dengan Leftenan Lee yang sentiasa serius dan dingin itu!
3. Jika dalam drama siri Duty After School jarang sekali dapat melihat senyuman manis Letnan Lee selebar ini. Kaku sahaja karakternya, melambangkan seorang pegawai tentera yang tegas yang perlu membimbing para pelajar sekolah tinggi.
4. Oleh kerana mempunyai perwatakan yang sangat ceria, Shin Hyun Soo sering mendapat watak komedi dalam projek lakonan. Siapa sangka?
5. Bukan sahaja sangat ramah, Shin Hyun Soo dan Leftenan Lee juga sangat berbeza dalam bergaya dan berfesyen. Dalam kehidupan sebenar, pelakon ini sangat stylish dan pandai bergaya!
6. Langsung tiada gaya seperti pegawai tentera yang tegas bukan?
7. Bukan sahaja sangat mahir mengenakan fesyen mix and match, Shin Hyun Soo juga berani untuk mengenakan pakaian berwarna-warni yang membuatkan penampilannya tidak pernah kelihatan membosankan!
8. Pelakon Welcome to Waikiki 2 ini juga sangat menyukai fotografi! Walau ke mana sahaja dia pergi, pasti ada potret yang diambil untuk kenangan!
9. Street photography, landscape, dan juga karya seni adalah objek yang sering menjadi keutamaan untuk koleksi fotografi Shin Hyun Soo!
10. Pelakon ini juga sangat menyukai aktiviti outdoor, aktiviti-aktiviti seperti berkhemah dan memanjat gunung menjadi satu kemestian buatnya. Walaupun sedang melakukan aktiviti outdoor, pelakon ini tetap tampil bergaya!
Shin Hyun Soo dan Leftenan Lee memang sangat berbeza karakternya. Jika Leftenan Lee selalu serius, Shin Hyun Soo sendiri dikenali lebih santai dan suka memberi senyuman. Selain itu, pastinya sangat bergaya!! Anda lebih suka mode Shin Hyun Soo atau Leftenan Lee dalam Duty After School?
Baca Juga: 3 Sebab Left. Lee “Duty After School” Akan Menjadi Teman Lelaki Hebat