Shin Hye Sun adalah salah seorang pelakon kebanggaan Korea Selatan yang memang terkenal dan mempunyai kumpulan peminat tersendiri.
Tahun 2023 dan 2024 menyaksikan Shin Hye Sun, pelakon kesukaan ramai ini terlibat dengan empat projek filem dan siri iaitu See You In My 19th Life, Target, Brave Citizen, dan Welcome to Samdalri yang menjadi fenomenal.
Pelakon wanita yang dilahirkan pada tahun 1989 ini memulakan kerjaya lakonan dengan membawa watak pembantu hingga menarik perhatian para penonton melalui wataknya dalam drama My Golden Life (2017).
Berikut dibawah ini adalah beberapa perkara unik tentang Shin Hye Sun yang perlu anda ketahui.
1. Sewaktu berusia sebelas tahun, dia terpukau dan tergila-gilakan watak yang dibawa Won Bin dalam Autumn of My Heart (2000). Minatnya terhadap Won Bin menjadi faktor utama dia ingin menjadi pelakon
2. Belajar di Seoul National School of Traditional Art, Shin Hye Sun rupa-rupanya sekelas dengan Lee Jong Suk dan Kang Ha Neul yang merupakan pelajar perpindahan. Mengejutkan bukan?
3. Pelakon ini adalah peminat setia anime. Hye Sun suka menonton One Piece, Gintama, Berserk, dan juga filem-filem dari Studio Ghibli
4. Shin Hye Sun dan Cha Chung Hwa adalah kawan baik. Hye Sun juga membawa Cha Chung Hwa masuk ke agensi yang sama dengannya
5. Walau mempunyai apartment sendiri, Hye Sun lebih memilih untuk tinggal di rumah ibu bapanya kerana dia tidak mahu terlepas peluang melihat anak saudaranya membesar
6. Hye Sun mempunyai ketinggian badan yang tidak mencapai standard wanita Korea Selatan iaitu 172 cm. Ketinggiannya tersebut merupakan salah satu alasan dia ditolak sewaktu casting filem sebelum debut sebagai pelakon
7. Pencinta haiwan, Hye Sun memiliki anjing peliharaan jenis Bischon Frise yang dinamakan Ijji. Anjing dengan bulu lebat berwarna putih itu setia menemaninya setiap hari
8. Sebelum memulakan penggambaran filem, dia selalu mengunyah gula-gula getah untuk menghindari mulutnya daripada kering sehingga memudahkannya untuk menyebut dialog sewaktu penggambaran
9. Kerana sangat berbakat dan sangat pakar dalam menyampaikan emosi melalui sebutannya yang dianggap luar biasa melalui watak yang dibawanya, Shin Hye Sun digelar sebagai ‘pari-pari artikulasi’ oleh para peminatnya
10. Lakonan luar biasanya juga dibuktikan melalui watak-watak hebat yang diberikan untuknya, lagi-lagi jika membawa watak gadis gila-gila. Penuh penghayatan dan sangat menghiburkan!
Demikian sahaja beberapa perkara menarik tentang Shin Hye Sun yang selalu kelihatan ceria dan awet muda. Adakah anda meminatinya?