Home Dari Kisah Benar 10 Pilihan Filem Tentang Pengorbanan Ibu, Menyayat Hati

10 Pilihan Filem Tentang Pengorbanan Ibu, Menyayat Hati

0

Dalam kehidupan, ibu menjadi figura yang tidak akan dapat digantikan dengan apa jua bagi setiap anak di dunia. Sifatnya yang tabah dan kuat saat menghadapi pelbagai rintangan hidup membuatkan kehadiran seorang ibu sangat dikagumi dan dihormati.

Terbukti, perjuangan dan pengorbanan seorang ibu memberikan kesan yang mendalam kepada setiap insan yang bergelar anak.

Nah, bagi menghargai dan memperingati perjuangan dan kepayahan ibu, berikut beberapa cadangan filem Korea yang memfokuskan tentang pengorbanan ibu.

Pastikan anda sediakan tisu, kerana anda akan banjir air mata saat menonton filem-filem tersebut. Jom kita lihat senarainya dibawah ini!

 

1. Mother (2009)

IMG 8610

Plot ini mengikuti kisah seorang ibu, Hye Ja yang selepas anak lelakinya Doo Joon yang ada masalah mental dituduh membunuh seorang pelajar perempuan. Namun, naluri seorang ibu mengatakan kepadanya bahawa anaknya itu tidak bersalah. Sang Ibu berusaha mencari pembunuh sebenar untuk membebaskan anaknya.

Malangnya, maklumat yang dimiliki pihak polis menunjukkan sang anak dipihak yang salah. Perjuangan Hye Ja pun bermula untuk mencari para pelaku dan bukti bagi membebaskan anaknya dari penjara atas tuduhan palsu ini.

Hye Ja sanggup mengupah peguam terbaik dan termahal, tetapi tidak mendapatkan layanan seperti yang diharapkan. Situasi semakin genting ketika anak tersebut telah menandatangani surat pengakuan yang diatur oleh pihak polis.

Dengan bantuan sahabat Doo Joon yang bernama Ji Tae (Jin Goo), Hye Ja menyelidiki latar belakang kehidupan gadis yang dibunuh itu.

 

2. Birthday (2019)

IMG 8612

Filem ini mengambil latarbelakang tragedi paling menyayat hati yang dialami oleh Korea Selatan, tenggelamnya kapal feri Siwol pada tahun 2014. Tragedi ini telah mengorbankan 304 penumpang yang sebahagian besar membawa pelajar sekolah.

Filem dokumentari ini mengajak penonton untuk menyelami kisah pasangan Jung II dan Soon Nam yang berjuang untuk menerima kematian anak mereka kerana menjadi korban dari kejadian tersebut.

Soon Nam, karakter ibu yang dilakonkan oleh Jeon Do Yeon, sering berhalusinasi bahawa anaknya masih hidup dan membelikan pakaian cantik untuk anaknya, dengan harapan sang anak masih boleh memakainya nanti.

Keluarga ini juga sering merayakan ulang tahun anak perempuan yang telah meninggal dunia. Sememangnya memerlukan kekuatan, ketabahan dan lebih banyak masa serta perjuangan bagi Jung II dan Soon Nam untuk menerima kematian anak mereka.

Filem ini telah mendapat penghargaan berprestij dari Canne’s Critics Prize.

 

3. Harmony (2010)

IMG 8613

Jeong-hye (Kim Yoon-jin) ialah seorang wanita hamil yang disabitkan bersalah membunuh suaminya yang kejam dan kaki pukul, dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun. Dia kemudian melahirkan seorang bayi lelaki sejurus selepas dipenjarakan.

Saat anaknya sudah besar dan diberi nama Min Woo, Jeong-hye harus menerima kenyataan pahit saat harus berpisah dengan anaknya. Min Woo harus dikeluarkan dari penjara dan memiliki ibu angkat baru.

Setelah kepergian Min Woo, hari-hari Jeong-hye dipenuhi dengan kesedihan dan merasa hari-harinya sangat kosong. Kesedihan mendalam yang dirasakan Jeong-hye menggambarkan betapa luar biasanya kasih sayang seorang ibu kepada anak.

 

4. A Long Visit/ Mom (2010)

IMG 8614

“Cinta ibu sepanjang waktu, cinta anak sepanjang jalan”. Pepatah ini mungkin ada benarnya ketika menonton filem Korea ini, kerana filem ini menggambarkan kasih sayang seorang ibu yang tidak pernah putus.

Filem ini mengisahkan tentang seorang ibu yang mencintai dan menyayangi anak perempuannya yang bernama Ji Suk yang sering berkasar dan marah ibunya kerana pelbagai hal.

Walaupun sering mendapat layanan kasar dari anaknya, sang ibu tidak pernah berdendam atau benci kepada anaknya. Justeru bagi sang ibu, kehadiran Ji Suk memberi makna yang dalam untuk hidupnya.

Menonton filem ini membuatkan kita berfikir untuk tidak menyakiti hati orang tua kita, terutama ibu.

 

5. Cart (2014)

IMG 8615

Cart merupakan debut D.O EXO di layar perak. Filem ini menceritakan tentang pekerja kontrak yang sebahagian besarnya adalah pekerja wanita yang tiba-tiba diberhentikan dan cuba untuk melawan eksploitasi syarikat.

Diinspirasikan dari kisah benar tahun 2007, filem ini mengangkat isu wanita yang sukar mendapat pekerjaan sepenuh masa di Korea Selatan dan kebanyakkan dari mereka adalah kaum wanita yang telah bergelar ibu. Dalam filem ini, D.O membawa watak sebagai Taeyoung, anak kepada salah seorang pekerja kontrak yang memperjuangkan haknya.

Melalui filem Cart, D.O dicalonkan sebagai pelakon baru terbaik di Asian Film Awards ke-9. Bukan hanya itu, dia juga menyumbangkan suaranya menerusi lagu Scream yang menjadi soundtrack filem tersebut.

 

6. Wedding Dress (2010)

IMG 8617
Sibuk dengan pekerjaannya sebagai perancang busana pengantin, Seo Go Eun yang memiliki seorang anak kecil perempuan tetapi sering mengabaikan anak tunggalnya itu.

Sehinggalah suatu hari, dia didiagnos menghidap sejenis penyakit mematikan, dan dia mula menyedari betapa pentingnya menghabiskan waktu bersama sebelum semuanya berakhir dan menyesalinya. Kenyataan pahit ini membuat Go Eun memilih untuk menghabiskan waktunya bersama So Ra, sang anak. Dia juga berusaha menyembunyikan penyakit kroniknya dari anaknya agar anaknya tidak merasa sedih.

Meskipun pada akhirnya, So Ra juga mengetahui kondisi ibunya yang semakin nazak. Sebelum meninggalkan So Ra, Go Eun sempat memberikan So Ra hadiah istimewa terakhir agar dia dapat memakainya di hari perkahwinannya kelak, iaitu gaun pengantin yang dibuatnya.

 

7. Way Back Home (2013)

IMG 8618

Berdasarkan kejadian sebenar, 765 hari dipenjara tanpa diadili! Dijadikan mangsa seksual di penjara. Terasing, berseorangan, dipisahkan dari suami dan anaknya. Dianiaya, dihukum untuk kesalahan yang dia tak lakukan!

Filem Korea bertajuk “WAY BACK HOME (2013)” ini mengisahkan seorang ibu dan isteri yang menjadi mangsa aniaya dan diperangkap kerana membawa dadah. Berlaku pada tahun 2004 di lapangan terbang Orly France.

Song Jeong-yeon (lakonan Jeon Do-yeon) seorang ibu dan isteri yang sangat bahagia bersama suaminya, Jong Bae (lakonan Go Soo) dan anaknya, Hye Rin. Namun kebahagiaan itu tidak berkekalan apabila rakan baik Jong Bae bunuh diri dan meninggalkan banyak hutang atas nama Jong Bae.

Mereka menjadi papa kedana sekelip mata sahaja dan hidup mereka mula berubah, mereka kehilangan segala-galanya, simpanan semakin susut dan terpaksa pindah dan menyewa bilik yang kecil dan sempit.

Suatu hari kawan Jong-bae menawarkan pekerjaan kepada dia namun pekerjaan itu hanya boleh dilakukan oleh perempuan sahaja. Jong Bae terpaksa menolak tawaran itu dan diketahui oleh isterinya. Disebabkan desakan hidup, tanpa pengetahuan Jong-bae, Jeong-yeon menerima pekerjaan itu bagi wakil suaminya.

Setiba sahaja di lapangan terbang France, Jeong-yeon di tahan kerana menyeludup dadah. Jeong-yeon diheret masuk untuk disoal siasat. Yang lebih menyedihkan lagi, ketika dia harus diadili dan ditahan di Perancis tanpa adanya bantuan dari negaranya. Selain itu, dia juga harus berjuang untuk menemui anaknya, dan mencari jalan untuk pulang ke pangkuan suami dan anaknya.

 

8. Kim Ji Young: Born 1982 (2019)

IMG 8620
Filem ini diangkat dari novel populae dengan tajuk sama, yang menceritakan tentang seorang ibu muda bernama Ji Yeong (Jung Yu Mi) yang merupakan suri rumahtangga.

Sebelum mendirikan rumahtangga dan memiliki anak, Ji Yeong adalah seorang wanita berkarier yang cemerlang dalam kerjanya. Namun setelah berumahtangga, dia harus meninggalkan kerjayanya dan memberi tumpuan menjadi suri rumahtangga yang mengurus anak-anaknya setiap hari. Hari demi hari, tugasan rumahtangganya yang begitu banyak dan tanpa henti membuatkan keseimbangan mental Ji Yeong terganggu.

Saat menonton filem ini, anda akan diajak bersama menyelami betapa beratnya tanggungjawab seorang ibu dalam menjalankan semua tugasan dalam kehidupan rumah tangga, bermula dari mengasuh anak, mencuci, menjemur, memasak, hingga melipat pakaian. Sehingga tidak ada waktu untuk dirinya sendiri.

Dijamin anda akan menitiskan air mata saat melihat pengorbanan Ji Yeong dalam menghadapi semua yang ada di dalam filem ini.

 

9. Little Forest (2018)

Filem

Filem yang diadaptasi dari manga Jepun ini menceritakan kisah Hye Won yang memilih untuk kembali ke kampung halamannya, di sebuah desa terpencil setelah mengalami kegagalan dan kekecewaan besar saat cuba mengejar impian di bandar besar.

Siapa sangka ketika dia kembali ke rumah kecilnya, dia merasa begitu tenang dan bahagia. Walaupun kelihatan bahagia, ada perkara yang tidak dapat dia lupakan, iaitu “perginya” sang ibu ketika Hye Won akan belajar di bandar besar, dan itu juga yang membuatnya merindukan ibunya.

 

10. Thread of Lies (2014)

IMG 8625

Filem ini menceritakan tentang Hyun Sook (Kim Hee-ae) yang merupakan seorang ibu tunggal dengan kedua anaknya yang masih sekolah dan kini sudah remaja. Namun, sebuah peristiwa tragis terjadi, anak perempuannya yang berusia 14 tahun itu mengambil jalan pintas dengan bunuh diri.

Walaupun kehilangan anaknya, Hyun Sook berusaha menjadi kuat dan meneruskan kehidupannya bersama anak sulungnya. Namun, disebalik ketabahannya, Hyun Sook merasakan sedikit rasa bersalah dan kerinduan yang mendalam terhadap anaknya yang telah meninggal dunia.

Baca lagi: 9 Filem Korea Tentang Pembalasan Dendam Seorang Wanita, Sadis
Baca juga: Filem Dr. Cheon and the Lost Talisman: Penjelasan Babak Post-Credit