Menjadi satu kebiasaan dan fenomena yang selalu berlaku di Korea Selatan apabila para selebriti Korea mendirikan rumah tangga pada usia lewat 30an dan juga pada usia 40an. Bahkan, ada juga antara selebriti terkenal negara tersebut yang baru mempunyai pasangan hidup apabila usia mereka mencecah 50an.
Tidak seperti norma di negara kita yang biasanya jarang melihat selebriti yang sudah lama membujang mendirikan rumah tangga pada usia 40an dan 50an, di negara Korea Selatan semua ini adalah perkara biasa bagi para selebriti.
Beberapa orang pelakon wanita Korea Selatan ini turut melahirkan anak pada usia 40an. Paling terbaru adalah Lee Min Jung yang baru sahaja mengumumkan kehamilan anak keduanya bersama suami, pelakon terkenal Lee Byung Hun.
Jom sama-sama kita lihat senarai 10 orang selebriti Korea Korea Selatan yang melahirkan anak pada usia 40an seperti di bawah ini!
1. Kelihatan awet muda sentiasa, ternyata Lee Young Ae melahirkan anak kembar pada usia 42 tahun dan diberi nama Jeung Seung Kwon serta Jeong Seung Bin
2. Pada usianya yang ke-41 tahun, Son Ye-jin, melahirkan anak lelaki pertama dengan suami tercinta iaitu Hyun Bin pada tahun 2022
3. Pelakon wanita veteran Choi Ji Woo juga melahirkan anak pertamanya di usia 44 tahun pada tahun 2020
4. Berkahwin dengan pasangan bukan selebriti, Kim Ha Neul melahirkan anak pertamanya tepat pada usia 40 tahun
5. Pelakon wanita, Ham So Won yang mendirikan rumah tangga dengan Jin Hua melahirkan anak perempuan pertama mereka pada usia 42 tahun
6. Sudah lama menanti khabar bahagia, pelakon jelita Hong Ji Min juga melahirkan anak pertamanya di usia 42 tahun
7. Manakala Sung Yu Ri melahirkan anak kembar perempuan di usianya yang ke-41 tahun ini
8. Berkahwin selama tiga tahun, Ahn Sun Young baru sahaja dikaruniakan anak pertamanya pada usia 40 tahun
9. Dianugerahkan seorang bayi perempuan, Honey Lee melahirkan anak pertamanya ini di usia 40 tahun
10. Terbaru, Lee Min Jung yang merupakan isteri kepada Lee Byung Hun turut mengumumkan kehamilan anak kedua mereka di usia 41 tahun
Walaupun menjadi ibu di usia yang sudah tidak muda lagi, semua pelakon wanita yang tersenarai ini ternyata juga masih aktif bekerja. Menjadi ibu bukan penghalang buat mereka kekal aktif dalam dunia hiburan!