Home Artis Korea 10 Skandal Percintaan Idol Kpop Yang Mendapat Penerimaan Positif

10 Skandal Percintaan Idol Kpop Yang Mendapat Penerimaan Positif

0

Kebanyakan artis atau Idol Kpop Korea Selatan menyembunyikan hubungan asmara mereka kerana mereka ingin meneruskan hubungan cinta mereka secara tersembunyi, terutamanya bagi para bintang idol KPop.

Namun mereka tidak selamanya boleh tersembunyi kerana ada hubungan cinta dikalangan mereka yang akhirnya didedahkan kepada para peminat oleh pihak media tempatan. Berita percintaan tersebut biasanya terus mendapat berbagai-bagai reaksi daripada netizen di alam maya.

Walaupun ada beberapa pasangan artis dan Idol Kpop yang mendapat respons dan penerimaan negatif, ada juga antara bintang idol KPop yang mendapat penerimaan positif. Kelihatan sangat sesuai antara satu sama lain, mereka juga mendapat sokongan yang baik dari netizen dan juga para peminat.

Terbaru adalah Idol Kpop Jisoo BLACKPINK dan Ahn Bo Hyun, berikut merupakan berita skandal percintaan bintang Kpop yang mendapat penerimaan positif dari netizen.

 

Idol kpop1. Walaupun pada awalnya pernah ditentang oleh pihak agensi, Hyuna dan DAWN ternyata sudah bercinta sejak tahun 2016. Sayangnya, mereka putus pada November 2022

 

17eb3ff5 a082 44ae 95ae d97e9a5f05352. Changmin TVXQ berkahwin dengan kekasih hatinya yang bukan dari kalangan artis pada tahun 2020. Sekarang, mereka sudah dikurniakan seorang cahaya mata

 

42c5bbd0 bd91 485d b31e eca958321d363. Sudah menjalin hubungan cinta lebih dari 10 tahun, Sooyoung SNSD dan Jung Kyung Ho sering diharapkan oleh para peminat supaya cepat-cepat mendirikan rumah tangga

 

c3b625f7 608f 4afb a31a e1b4aa4079884. Berjaya menyembuhkan luka patah hati para penonton Reply 1988 (2015), Hyeri Girl’s Day dan Ryu Jun Yeol disahkan bercinta sejak tahun 2017 hingga sekarang

 

033ec394 0d1a 43cb a9b3 125024ff89685. Pada tahun 2020, Taecyeon 2PM mengaku bahawa dia sedang menjalin hubungan cinta dengan seseorang yang bukan dari kalangan artis

 

a91192ae 5ed0 4fe8 a48e 673c2e4d853c6. Bobby iKON menulis surat untuk para peminat yang menyebutkan bahawa dia berkahwin dengan pilihan hatinya dan mereka menyambut anak pertama mereka pada tahun 2021

 

33bd4f70 b229 4f5b 882e feb471b9196c7. Ryeowook Super Junior dan Ari TAHITI disahkan telah bercinta oleh Label SJ pada September 2020

 

02dedbe8 73a3 42cf af30 e8f294a982e28. Bermula dari duet dalam lagu Mayday, Joy Red Velvet dan Crush akhirnya rasmi diumumkan bercinta pada September 2021 dan pasangan ini mendapat respons positif

 

da0f1405 c593 4616 a111 2cb5482e5d309. Tidak malu-malu membicarakan tentang hubungan asmara mereka, hubungan IU dan Lee Jong Suk didedahkan oleh Dispatch pada awal tahun 2023

 

680347ff 43e9 46b8 ab85 2240d514374410. Pada awal bulan Ogos 2023, Dispatch telah mendedahkan berita tentang Jisoo BLACKPINK yang sedang hangat bercinta dengan pelakon terkenal Ahn Bo-hyun sejak Mei lalu

Walaupun ada di kalangan pasangan di atas yang sudah berpisah, netizen sangat berharap agar pasangan yang lain ini kekal bahagia dan juga dijauhi dari berita negatif. Ramai juga peminat yang mengharapkan pasangan-pasangan di atas agar segera mendirikan rumah tangga!

Baca lagi: Jisoo Blackpink dan 5 Selebriti Lelaki Yang Berdigosipkan Bersama
Baca juga: Jung Hae In & Jisoo: 3 Topik HAESOO Terus Trending Setelah Hubungan Cinta Jisoo & Ahn Bo Hyun Disahkan