Watak-watak baik dalam drama Korea Selatan biasanya digambarkan baik hati dan memiliki jalan kehidupan yang lurus. Jangan terkejut ya, ada kalanya, mereka juga terpaksa berakhir bertindak dengan sangat kejam kerana alasan-alasan tertentu.
Sepanjang tempoh awal tahun 2023, terdapat beberapa watak protagonis (baik) dalam pelbagai Kdrama yang mempunyai ciri-ciri tersebut. Sebilangan mereka bertindak kejam kerana balas dendam hingga terpaksa oleh sebab situasi yang mendesak.
Baca Lagi: Park Hae Jin Park Sung Woong dan Lim Ji Yeon Membintangi Drama Jenayah Thriler Terbaru
Berikut merupakan sepuluh watak protagonis dalam drama siri Korea terbaru yang bertindak melakukan kekejaman!
1. Demi melindungi anak perempuannya, Ha Do Yeong (Jung Sung Il) dalam The Glory Part 2 menolak Jeon Jae Jun (Park Sung Hoon) ke dalam kolam simen hingga terbunuh!
2. Moon Dong Eun (Song Hye Kyo) dalam drama siri yang sama (The Glory Part 2) memanipulasi dan mereka cerita untuk tujuan menghasut musuh-musuh yang telah menyakitinya supaya saling menghancurkan satu sama lain.
3. Pernah dipengaruhi oleh darah iblis di tubuhnya, Van (Kim Nam Gil) dalam drama siri Island pernah membunuh manusia, termasuklah buah hatinya sendiri.
4. Pastor Johan (Cha Eun Woo) dalam drama siri yang sama (Island), akhirnya membunuh saudara kandungnya yang telah bertukar menjadi iblis durjana.
5. Kang Hyeon Nam (Yeom Hye Ran) sanggup memastikan suaminya yang sering menderanya mati dalam satu kecelakaan dalam The Glory Part 2.
6. Kim Do Ki (Lee Je Hoon) dalam Taxi Driver 2 beberapa kali bertindak kejam tetapi tidaklah sampai membunuh, tujuannya adalah untuk menghukum semua penjahat yang melakukan jenayah dan menganiaya orang lain.
7. Shim Woo Joo (Lee Sung Kyung) nekad mahu membalas dendam terhadap perampas ayahnya dengan mendekati saudara tirinya dalam Call It Love.
8. Yeo Mi Ran (Kim Ok Vin) dalam siri Love to Hate You sanggup bertukar pasangan dan mengenakan tindakan kejam kepada lelaki toksik demi untuk membela nasib wanita.
9. Akibat sakit hati kepada sahabatnya, Jo Eun Kang (Seo Ji Hye) nekad untuk merebut suami sahabatnya itu dalam Red Balloon.
10. Kim Gyeong Ran (Ahn So Yo) yang menjadi mangsa buli dalam The Glory Part 2 akhirnya membunuh salah seorang pembulinya kerana terdesak!
Semua sepuluh karakter di atas pada awalnya merupakan watak protagonis yang lurus dan mulus sahaja. Namun, oleh kerana sering dikhianati dan disakiti oleh orang lain, mereka sanggup bertindak kejam untuk membela diri ataupun melindungi seseorang yang berharga buat mereka!
Baca Juga: 12 Karakter Yang Salah Faham Dengan Keluarga Sendiri Dalam Kdrama