Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 10 Watak dalam Kdrama yang Dijadikan Anak Angkat Keluarga Kaya, Watak Mereka...

10 Watak dalam Kdrama yang Dijadikan Anak Angkat Keluarga Kaya, Watak Mereka Timbulkan Misteri Sepanjang Cerita

0

Latar belakang watak-watak utama dalam Kdrama biasanya menyelitkan cerita masa lalu yang sangat berkaitan dengan kehidupan.

Menariknya antara masa lalu watak-watak dalam Kdrama itu adalah mereka diambil sebagai anak angkat oleh keluarga kaya Walau dilimpahi harta dan kehidupan mewah, namun tidak semua watak anak angkat dalam drama Korea dapat hidup bahagia.

Kebanyakan watak mereka membawa nuansa misteri sepanjang cerita berjalan, keunikan dan keanehan watak mereka menambah tarikan dalam drama-drama ini.

 

Kdrama1. Lee Joon Gi pernah mempunyai sifat psikopat dalam Kdrama Flower of Evil (2020) sebelum akhirnya dia diambil sebagai anak angkat dan hanya digunakan oleh keluarga kayanya

 

 

198b805c 6d3b 4aeb a20c 8107e75e5362

2. Watak yang sangat malang, Ha Seok Jin dalam drama Blind (2022) dijadikan perisai supaya perlakuan jenayah pada kanak-kanak di bawah umur boleh bebas dari hukuman undang-undang

 

ddaff696 05c1 491c a9fd 2f95a34589d43. Sementara dalam drama terbaru Perfect Family (2024), Park Ju Hyun yang hidupnya dipenuhi kasih sayang ibu bapa angkatnya telah terlibat dalam kes pembunuhan sahabatnya sendiri

Baca juga: Peminat Thriller Misteri Harus Tonton Kdrama Perfect Family, Kisah Keluarga Yang Menyimpan Rahsia Gelap

 

ad77bd8e 651b 483a 8538 777698ca20564. Kisah sedih Jang Da Ah yang dibuli sejak kecil dalam Pyramid Game (2024) dan diambil sebagai anak angkat dalam keluarga kaya tidak dapat dilupakan, namun trauma dalam diri menyebabkan dia melakukan kejahatan

 

1ee64c0c 8ef3 4336 978f 33727140d04e5. Dia bukanlah Gang Nam Soon yang sebenar, tapi kehidupan Choi Hee Jin dalam Strong Girl Nam Soon (2024) penuh fantasi apabila diberi kemewahan oleh ibu angkatnya hingga akhirnya berlaku tragedi

 

183e6423 cf68 4192 bccd 2c883fe139b36. Watak Min Seol A dalam Penthouse (2020) sangat menyedihkan, dia dijadikan penderma saraf tunjang untuk saudara angkatnya yang berasal dari keluarga chaebol

 

d45e499e 5ec5 49a0 b23b dd6e2d1754e97. Tanpa disangka, pada awalnya Jung Hae In meminta bantuan tetapi akhirnya dia bertemu ayah angkatnya sendiri yang merupakan seorang pegawai tinggi kerajaan Korea Utara dalam Snowdrop (2021)

 

b242d507 5001 4caa 96dc 5779286a542d8. Kewujudan Seol In Ah sebagai Choi Se Gyeong dalam Twinkling Watermelon (2023) sebenarnya untuk menggantikan anak kepada ibu bapa angkatnya yang telah tiada

 

f8c5c3d4 5edc 46c6 a609 58e18a7af3319. Sebelum kembali ke Korea, Song Joong Ki dalam Kdrama Vincenzo (2021) digambarkan pernah menjadi sebahagian dari keluarga mafia yang terkenal sangat kejam

 

0389c16e 396f 43cb 8ccd b86757ceb1d610. Im Siwan yang berstatus sebagai anak angkat dalam Kdrama Triangle (2014) sengaja dibesarkan oleh ibu bapanya untuk dijadikan pewaris kasino

Liku-liku kehidupan watak-watak dalam drama Korea yang menjadi anak angkat keluarga kaya raya ini mengajar kita bahawa tidak semestinya yang kelihatan bahagia itu benar-benar menikmati kehidupan mereka tanpa sebarang kesukaran. Melalui suka duka cerita mereka, kita juga dapat memahami tentang makna kebahagiaan yang tidak selalu datang dari kemewahan, setiap insan mempunyai cabaran hidup masing-masing.

Sudahkah anda tonton drama-drama Korea diatas?

Baca lagi: Your Honor Makin Mendebarkan, Tuan Hakim Gagal Pertahankan Anaknya?