Watak Mo Seul Hee yang dibawa oleh pelakon senior Lee Mi Suk dalam Kdrama Queen of Tears (2024) berjaya membuatkan emosi penonton turun naik. Selain menggunakan nama palsu selama bertahun-tahun, Mo Seul Hee juga tidak rasa bersalah melibatkan anaknya dalam rancangannya merebut aset Queens Group. Dibutakan oleh harta, segala cara sanggup dilakukan oleh Mo Seul Hee untuk mendapat segala kemahuannya.
Baca juga: 59 Drama dan Filem Lee Mi Sook, Bawa Watak Villain Paling Kejam dalam Queen of Tears
Selain Mo Seul Hee yang membuatkan emosi penonton tidak keruan, ternyata ada banyak lagi watak ikonik yang serupa yang sukar dilupakan oleh peminat-peminat Kdrama. Jom kita lihat dibawah ini siapakah mereka!
1. Yoon Eun Seong (Park Sung Hoon) yang sama seperti ibunya, sangat obses untuk menguasai Queens Group dalam Queen of Tears (2024)
Baca juga: Sebagai Villain dalam “Queen of Tears”, Park Sung Hoon Ternyata Dari Keluarga Kaya Raya di Dunia Nyata, Putera Idaman Ramai Gadis Korea
2. Kejahatan Park Yeon Jin (Lim Ji Yeon) dalam The Glory (2022) di luar jangkauan fikiran manusia, dia kelihatan tenang dan juga sopan kerana dia mempunyai harta dan pengaruh yang kuat, dia perlu pandai berlakon!
3. Nampak baik dan sangat polos, Jung Ba Reum (Lee Seung Gi) membuatkan perasaan penonton bercampur baur, plot twist yang mengejutkan, dia adalah psikopat dalam drama Mouse (2021)
4. Baek Ha Rin (Jang Da Ah) yang sangat polos, ternyata mempunyai rahsia hitam! Dia adalah dalang si sebalik ranking game yang menyebabkan kes buli dalam Pyramid Game (2024)
5. Majikan Babel Group Jang Joon Woo (Ok Taecyeon) menyamar menjadi orang bawahan dalam Vincenzo (2021), ternyata dia adalah psikopat yang brutal, sanggup membunuh adik sendiri
6. Joo Dan Tae (Uhm Ki Joon) nyaris membunuh semua orang dalam drama The Penthouse (2020), Penonton sakit hati melihat kejahatannya!
7. Won Sang Ah (Uhm Ji Won) yang lemah lembut dan sayangkan anak, berjaya menipu semua orang dalam Little Women (2022). Ternyata psikopat!
8. Berjaya menjadi datuk bandar Gucheon, Choi Do Ha (Kim Joo Hun) seperti iblis yang sangat manipulatif dalam Big Mouth (2022)
9. Geum Ra Hee (Hwang Jung Eum) obses dengan harta hingga sanggup mengabaikan anaknya dalam The Escape of Seven (2023)
10. Putera Wang Yo (Hong Jong Hyun) merupakan saudara yang paling sadis kerana dia membunuh keluarga sendiri dalam Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo (2016).
Watak-watak antagonis jahat yang kejam ini memang selalunya berjaya membuatkan para penonton marah. Watak-watak seperti ini menambah warna dalam sesebuah Kdrama dan membuatkan jalan cerita lebih menarik. Jangan lupa untuk menonton ya!