Home Artis Korea 10 Watak Kdrama 2023 Yang Dipinggirkan Rakan Sekerja

10 Watak Kdrama 2023 Yang Dipinggirkan Rakan Sekerja

0

Im Yoon Ah sedang hangat menjadi bahan bualan sekarang ini kerana wataknya sebagai Cheon Sa Rang dalam kdrama siri King the Land. Dia berubah menjadi pekerja hotel yang berjaya menjadi pekerja terbaik.

Bahkan, dia juga berjaya masuk ke area King the Land yang diimpikan oleh semua pekerja. Namun, dia tidak disukai kerana dia dianggap sebagai penjilat pegawai atasan oleh rakan-rakan setugasnya yang lain.

Cheon Sa Rang dan beberapa watak lain dalam drama siri 2023 juga mengalami rasa tidak selesa kerana dipinggirkan dan dipulaukan oleh rakan sekerja mereka. Mengapakah mereka dipulaukan? Jom kita lihat ulasan selengkapnya di bawah ini!

1. Dianggap sebagai penjilat dan kaki kipas pihak atasan, Cheon Sa Rang (Im Yoon Ah) telah dipulaukan oleh rakan sekerjanya. Padahal, dia memang merupakan seorang pekerja yang berbakat dalam kdrama siri King the Land

3665dc8f 8414 44bd a745 f81be58b07e0
2. Pernah melaporkan pejabatnya sebelum dia berpindah, Kim Jin Hee (Choi Soo-young) dalam drama Not Others juga dipulaukan oleh rakan sekerjanya sejak awal lagi semasa dia berpindah

8365e26e 3c39 41bf 977d a04e3a659215
3. Walaupun bekerja di sebuah syarikat yang besar, Jang Ho Woo (Kim Myung Soo) direndahkan oleh rakan sekerjanya, kerana dia hanyalah lulusan sekolah menengah dalam Kdrama Numbers

c4fed65c 4550 4c74 bd79 69872d3758d6
4. Mempunyai cara berfikir yang berbeza membuatkan Kang Dong Ju (Yoo Yeon Seok) pernah diboikot oleh orang bawahannya dalam kdrama siri Dr. Romantic 3

bd8511b1 d5c3 4668 98a9 604765735c06
5. Genius namun selalu mementingkan diri sendiri, Shin Ha Ru (Jung Yong Hwa) juga tidak disukai oleh rakan sekerjanya dalam kdrama siri Brain Works

5df9868a 645a 44b5 a29d 795b0fa13670
6. Sim Woo Joo (Lee Sung Kyung) semakin dipulaukan oleh rakan sekerjanya kerana dia dianggap sebagai pengintip dalam kdrama siri Call It Love

e7ae5ecc 948e 4814 8913 f250a18fc57e
7. Menjadi doktor pelatih di usia tua, Cha Jeong Suk (Uhm Jung Hwa) juga tidak disukai pegawai atasan dan rakan seangkatannya dalam kdrama siri Doctor Cha

1799e992 03f6 4076 90be 811e7529a7dc
8. Rakan pasukan Park Yoon Jo (Lee Yeon Hee) juga pada awalnya tidak mempercayai kebolehannya dalam kdrama siri Race

9863febb 8f15 46a6 b8f3 311e39f5cf3d
9. Woo Yeon Woo (Kim Min Kyu) yang tidak disukai oleh rakan sekerja kerana sikapnya dan dianggap mengharapkan wajahnya sahaja dalam drama siri The Heavenly Idol

5a62bab2 687c 4e98 b459 1035ad85a9ce
10. Walaupun seorang primadona, sikap dingin Ahn Su Yeong (Moon Ga Young) membuatkan dirinya tidak disukai oleh rakan sekerjanya dalam drama siri The Interest of Love

Kdrama

Sesiapa sahaja tentu tidak ingin dipinggirkan, dipulaukan dan dibuli oleh orang sekeliling. Namun, berbagai-bagai alasan membuatkan setiap watak dalam Kdrama 2023 yang tersenarai di atas tidak disukai oleh rakan sekerja mereka. Untungnya, mereka berjaya membalas perbuatan rakan sekerja mereka dengan meraih kejayaan besar dalam kerjaya. Kebanyakan dari mereka juga berakhir diterima oleh rakan sekerja mereka.

Yang mana satu watak kegemaran anda?

Baca lagi: Kdrama 2023 – 8 Watak Wanita Hidup Sebatang Kara
Baca juga: 10 Nasib Akhir Watak-Watak Dalam D.P. Musim 2, Akan Ada Musim 3?