Home Artis Korea 10 Watak Dalam Kdrama 2023 Yang Dipisahkan Dari Ibubapa Mereka

10 Watak Dalam Kdrama 2023 Yang Dipisahkan Dari Ibubapa Mereka

0

Kadang apa yang berlaku dalam Kdrama, juga berlaku dalam realiti kehidupan sebenar.

Setiap orang tentunya mempunyai orang tersayang, sama ada kawan, kekasih mahupun keluarga sendiri. Namun, kenyataannya ramai juga yang hidup terpaksa terpisah dengan keluarga mereka.

Lebih malang ada yang dipisahkan dengan ibu bapa mereka sejak kecil lagi padahal mereka masih memerlukan kasih sayang penuh dari kedua ibu bapa mereka.
Keadaan tersebut juga beberapa kali muncul dan ditonjolkan dalam Kdrama siri Korea Selatan.

Salah satu daripada watak yang menghadapi situasi malang berikut adalah Goo Won (Lee Jun-ho) yang dipisahkan oleh ibunya dalam Kdrama siri King the Land. Selain itu, ada beberapa watak lain dalam Kdrama siri lain yang juga dipisahkan dengan ibu bapa mereka.

Di antaranya adalah 10 watak dalam Kdrama siri 2023 berikut ini.

 

Kdrama
1. Dipisahkan dengan ibunya secara tiba-tiba, Goo Won (Lee Jun Ho) malangnya berakhir dengan memiliki trauma terhadap senyuman dalam drama siri King the Land

 

4e534ccf 51d2 44dd af96 dff53c854257

2. Pada mulanya ayahnya pergi untuk mencari duit, Joo In Hae (Won Ji An) putus hubungan dengan ayahnya hingga bertahun-tahun dalam Heartbeat

 

60565967 010e 401f ad09 1299a7f033ec

3. Disangka dibuang oleh ibu bapanya, On Ha Joon (Shin Jae Ha) rupa-rupanya diculik oleh orang yang membesarkannya dalam drama siri Taxi Driver 2

 

b298e8f9 bf6b 4781 9b49 0ed0f41d655a

4. Sewaktu masih kecil, Nam Hae Yi (Roh Yoon Seo) ditinggalkan oleh ibunya untuk tinggal bersama pak cik dan juga mak ciknya dalam drama siri Crash Course in Romance

 

6b87863a 426d 4f52 aa15 1bc8a822f27d

5. Jang Ho Woo (Kim Myung Soo) terpisah daripada ibu bapanya sewaktu masih kecil dalam drama siri Numbers. Namun, kedua-dua ibu bapanya sebenarnya telah mati angkara orang jahat

 

fa7aa738 019b 4a5b bf14 bd52067845f0 1

6. Mempunyai otak yang genius, Lee Ro Um (Chun Woo Hee) dipisahkan dari ibu bapanya selepas masuk ke organisasi yang memanfaatkannya dalam Delightfully Deceitful

 

956d4362 7d3d 4c34 a105 bbff6e0a8c03

7. Ibu bapanya bercerai sewaktu dia kecil, Goo San Yeong (Kim Tae Ri) telah ditipu ibunya yang menyatakan bahawa ayahnya telah meninggal dunia dalam Revenant

 

f4818ccd 8c2d 4cc1 bdec 6c6c1b4a885d

8. Sejak bayi lagi, Choi Cheol Woong (Choo Yeong Woo) dipisahkan daripada ibu bapa kandungnya apabila dia dijadikan anak angkat orang kaya dalam drama siri Oasis

 

 

Kdrama
9. Helah pak ciknya membuatkan Kang San (Ryeo Un) terpaksa hidup seorang diri tanpa kehadiran keluarga dalam drama siri The Secret Romantic Guesthouse

 

604a42a0 3803 4de6 938a 47260a00c6ab
10. Masih dalam drama siri yang sama iaitu The Secret Romantic Guesthouse, Jung Yoo Ha (Jung Gun Joo) telah kehilangan ibunya yang baru sahaja ditemui setelah terpisah sekian lama

Dipisahkan daripada ibu bapa sendiri, setiap watak dalam drama siri yang tersenarai di atas perlu menghadapi hidup tanpa kasih sayang lengkap dari ibu bapa mereka. Namun, mereka yang pernah bertemu dengan ibu bapa kandung juga terpaksa merelakan perpisahan untuk selamanya. Bahkan, ada yang menyaksikan kematian ibunya sendiri. Kisahnya membuatkan para penonton turut sama menangis.
Baca lagi: 8 Kdrama Romantik Vibe Seperti King The Land
Baca juga: 11 Kdrama Yang Dibintangi Pelakon Utama “No Way Out”