Home Entertainment 10 Watak Kdrama 2023 Terpaksa Membayar Hutang Keluarga

10 Watak Kdrama 2023 Terpaksa Membayar Hutang Keluarga

0

Selain kehidupan konglomerat, Kdrama siri Korea juga sering menampilkan karakter dari ekonomi kelas pertengahan dan ke bawah. Mereka ditonjolkan perlu bekerja keras untuk menanggung diri mereka dan keluarga.

Selain itu, ada yang makin gila bekerja kerana mereka dituntut untuk melunaskan hutang keluarga mereka.

Pada separuh pertama tahun 2023 ini, beberapa watak dalam Kdrama diceritakan perlu berjuang untuk membayar hutang keluarga mereka. Ada yang memang dari keluarga miskin. Namun, ada juga yang mempunya hutang setelah keluarga mereka muflis. Adakah mereka boleh melunaskannya?

Jom sama-sama kita lihat kisah sepuluh karakter Kdrama 2023 berikut ini!

1. Setelah keluarganya muflis, Seo A Ri (Park Gyu-young) berhenti dari pengajiannya untuk menyara hidup dan membayar hutang keluarganya dalam drama siri Celebrity

Kdrama

2. Berjaya dengan usaha sendiri, Ban Ji Eum (Shin Hye Sun) telah dimanfaatkan dan diambil kesempatan oleh keluarga toksiknya untuk membayar hutang mereka dalam Kdrama See You in My 19th Life

5c2997c8 10ea 4f44 aa83 4e3dd68178f3

3. Ibunya telah ditipu oleh lintah darat, Kim Gun Woo (Woo Do Hwan) terpaksa masuk ke dunia pinjaman wang untuk membayar hutang ibunya dalam drama siri Netflix iaitu Bloodhounds

105cb6ec 696f 4a62 bb35 d53b2d59c334

4. Setelah ayahnya meninggal dunia, Oh Jung Shin (Seol In Ah) memilih untuk bekerja untuk membayar hutang keluarganya dalam drama siri Oasis

4d44aae7 9d6a 492d a0af d67c72ee370a

5. Sama juga dengan Seo Young Min (Yoon Chan Young) dalam drama siri Delivery Man. Dia rela menjadi pemandu teksi untuk membayar hutang keluarganya

374e0bad b949 400c b92f a60daf75c426

6. Sementara itu, Han Ba Da (Hong Soo Hyun) jadi gilakan kerja demi untuk melunaskan hutang ayahnya tanpa bantuan suaminya dalam drama siri Red Balloon

2773b9fd 7bf6 4099 a85a aa82fa05fe46

7. Dalam drama siri Dr. Romantic 3, Seo Woo Jin (Ahn Hyo Seop) berjaya melunaskan hutang keluarga agar dia boleh diterima oleh keluarga kekasihnya

13e25426 18d8 418a aadb 6d05ccc7420f

8. Di akhir kisah, Seo In Ho (Kim Byung Chul) berusaha membayar hutang ibunya tanpa meminta kembali bangunan milik isterinya dalam drama siri popular, Doctor Cha

dbaf0f4d 6045 434d 89a1 eb6caf79856e

9. Yoon Dan Oh (Shin Ye Eun) hampir kehilangan rumah dan tempat tinggalnya kerana hutang ayahnya dalam drama siri The Secret Romantic Guesthouse

bac46637 204d 4519 b78d 143a500a86e9

10. Demi menyelesaikan masalah ibunya, Han Dong Jin (Kim Young Kwang) berhenti kerja dan menjual semua sahamnya dalam Call It Love

017fe6c4 144b 4333 8c0d c82ccc81261e

Selain bekerja keras untuk memenuhi keperluan mereka, setiap karakter dalam Kdrama tahun 2023 yang tersenarai di atas juga berjuang untuk melunaskan hutang keluarganya. Nasib baik kebanyakan dari mereka berjaya dalam pekerjaan sehingga boleh membayar lunas hutang-hutang tersebut. Kerja keras dan kasih sayang mereka pada keluarga patut dicontohi!

Baca lagi: Heartbeat – Mengapa Joo In Hae istimewa bagi Woo Hyul?
Baca juga: 10 Watak Detektif Dalam Kdrama 2023