Min Woo Hyuk sedang meniti populariti hasil penampilan dan lakonannya dalam Kdrama siri Doctor Cha.
Dalam kdrama Doctor Cha, dia membawa watak seorang doktor yang baik budi pekerti, berjiwa bebas dan sangat ramah, dia terjerat cinta yang bertepuk sebelah tangan dengan rakan sekerjanya.
Mereka terus bertemu secara tidak sengaja seperti sebuah takdir yang tidak dapat dipisahkan. Namun, cintanya langsung ditolak oleh wanita pujaan hati di akhir kisah drama siri tersebut. Lelaki ‘green flag’ seperti Roy Kim (Min Woo Hyuk) juga rupanya turut merasakan cinta yang tidak berbalas.
Perkara sama juga turut berlaku terhadap beberapa watak yang berikut ini yang juga mengalami cinta tidak berbalas. Jom sama-sama kita lihat senarainya seperti di bawah ini:
1. Diharapkan jodoh mereka bersama, Roy Kim (Min Woo Hyuk) ternyata ditolak oleh pujaan hatinya yang merupakan rakan sekerjanya dalam drama siri popular Doctor Cha
2. Selama bertahun-tahun, Bang Sam Sik (Yoo In-soo) tetap mengejar cinta kawannya walaupun dia tahu bahawa dia hanya bertepuk sebelah tangan dalam drama siri The Good Bad Mother
3. Terjerat dengan cinta tiga segi, Ko Jun Hee (Jo Joon Young) terpaksa menempuh perasaan cinta ditolak kerana pujaan hatinya lebih menyukai kawannya dalam drama siri All That We Loved
4. Kim Sin Woo (Park Sun Ho) berusaha menyatakan cintanya kepada temannya yang menjadi hantu, tapi ditolak dalam drama siri Delivery Man
5. Walaupun sudah bertunang, cinta Yoo Ji Sun (Cha Hak Yeon) kepada tunangnya hanya bertepuk sebelah tangan dalam Joseon Attorney
6. Sayang seribu kali sayang, Choi Cheol Woong (Choo Yeong Woo) menjadi jahat kerana pujaan hatinya memilih sahabatnya dalam drama siri Oasis
7. Dalam drama siri Oh! Young Sim, Lee Chae Dong (Lee Min Jae) bertepuk sebelah tangan, seniornya di tempat kerja menolak cintanya
8. Orangnya sangat setia, Han Sung Oh (Yun Jong Seok) ditolak oleh tunang kesayangannya dalam drama siri Our Blooming Youth
9. Sudah menyatakan cinta di depan kelas, Seo Geon Hu (Lee Min Jae) tidak medapat balasan cinta yang diharapkan daripada pujaan hatinya dalam Crash Course in Romance
10. Walaupun dia merupakan seorang lelaki green flag yang sememangnya baik, Jung Yoo Ha (Jung Gun Joo) kalah dalam perihal cinta dengan abangnya dalam drama siri The Secret Romantic Guesthouse
Perasaan cinta yang tidak berbalas boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tidak terkecuali buat mereka yang baik hati dan penyabar. Mereka-mereka yang menghadapi cinta bertepuk sebelah tangan tentunya perlu menerima dengan berlapang dada jika ditolak. Lebih-lebih lagi jika sudah melakukan segala cara untuk memikat hati pujaan mereka. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor bukan?
Baca lagi: Park Hyung Sik – 5 Kdrama Terbaik Lakonannya
Baca juga: 8 Kdrama Terbaik Mengenai Kasih Sayang Ibu