Home Entertainment 10 Watak Yang Fasih Bertutur Bahasa Asing Dalam Kdrama

10 Watak Yang Fasih Bertutur Bahasa Asing Dalam Kdrama

0

Jika anda peka dan memerhatikan bait dialog yang dilontarkan oleh para pelakon Kdrama, terdapat beberapa watak antaranya sangat mahir menuturkan bahasa asing. Salah satu contohnya adalah drama siri yang ditayangkan pada awal tahun 2023.

Tersenarai 8 buah drama siri Korea yang mana watak-watak tersedia telah menggunakan bahasa asing walau hanya dalam beberapa patah perkataan. Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat Korea sangat menyanjung bahasa mereka dan jarang-jarang kita dapat melihat ataupun mendengar mereka bertutur dalam bahasa asing.

Siapakah karakter yang mahir menggunakan bahasa asing dalam Kdrama? Jom kita lihat senarai seperti di bawah ini:

3cca8fea 48cc 452e 95e6 5fded8372784

1. Belajar di negara Itali, Han Ba Da (Hong Soo Hyun) fasih berbahasa Itali dalam drama siri Red Balloon. Dia juga menjalin kerja sama dengan syarikat daripada negara Itali

42d0c799 c8fd 4b5e ad12 91cdabe39c1b2. Mempunyai sebuah casino di Filipina, Cha Moo Sik (Choi Min Sik) menggunakan bahasa Inggeris sewaktu bertemu dengan penduduk setempat dan orang asing dalam drama siri Big Bet

58d61874 725d 43e7 8ea3 5c1bd7f13fbe3. Masih lagi membicarakan drama siri Big Bet, Oh Seung Hoon (Son Suk Ku) yang merupakan seorang anggota polis juga fasih berbahasa Inggeris. Filipina adalah negara penempatan pertama buatnya

Baca Lagi: 11 Watak Misteri Yang Menjadi Buruan Dalam Kdrama

4bc1654a 42d8 4bb1 8be4 9b5f87c7f84d4. Diambil sebagai anak angkat dan tinggal lama di negara Itali, Johan (Cha Eun Woo) fasih berbahasa Itali dalam drama siri Island

7990e2fd 230c 46af 8167 d98386ebc0d55. Eun Yong (Lee Sun Kyun) boleh bercakap dengan menggunakan bahasa Mongol sewaktu tinggal di Mongolia dalam drama siri Payback: Money and Power

59654eab 759b 49d4 9538 6687be972dd36. Shin Ha Ru (Jung Yong Hwa) mempamerkan kepetahannya berbahasa Inggeris sewaktuenghadiri sebuah mesyuarat dengan para doktor warga asing dalam drama siri Brain Works

52703c5b e5d6 4ed2 889d 99f5a266c1277. No Sang Cheon (Heo Sung Tae) mengubah identitinya menjadi penduduk negara Cina. Dia pandai berbahasa Mandarin dalam drama siri The Bait: Part 2

96de4216 dd97 4c55 bae3 fdcfa68ae81a8. Lee Du Hak (Jang Dong Yoon) yang diselamatkan oleh pengusaha Jepun sangat mahir berbahasa Jepun dakam drama siri Oasis

07b03fae 7508 42ac b929 9153d0e348669. Hong Tae Ra (Lee Ji Ah) boleh berbahasa Perancis sewaktu bercakap dengan rakannya yang menemani anaknya dalam Pandora: Beneath the Paradise

4349d16d 7c26 410d b1f3 84304faf878210. Go Hae Soo (Jang Hee Jin) lancar berbahasa Perancis sewaktu ingin mengetahui identiti asal Hong Tae Ra dalam Pandora: Beneath the Paradise

Drama siri yang dihiasi dengan dialog bahasa asing tentu sahaja adalah satu perkara yang biasa buat masa ini. Tambahan pula drama siri Korea sudah dikenali di serata dunia.

Baca Juga: 5 Skandal Kim Sae Ron Yang Merosakkan Kariernya Sendiri