Home Entertainment 11 Cabaran Watak Cha Jeong Suk Sebagai Suri Rumah Dalam “Dr Cha”

11 Cabaran Watak Cha Jeong Suk Sebagai Suri Rumah Dalam “Dr Cha”

0

Drama Doctor Cha telah ditayangkan pada 15 April lalu di saluran JTBC dan juga boleh ditonton secara striming di Netflix. Drama siri ini dibintangi Oleh Uhm Jung Hwa, Kim Byung Chul, Myung Se Bin, dan Min Wook Hyuk.

IMG 3204

Kdrama ini menceritakan tentang Cha Jeong Suk (Uhm Jung Hwa) yang merupakan seorang suri rumah tangga selama puluhan tahun dan memutuskan untuk kembali menjadi seorang doktor.

b3860ee9 d140 4e92 9ee6 ec7cd3c5084bSudah pasti banyak perkara yang dialami Cha Jeong Suk semasa menjadi suri rumah. Kata-kata sahabatnya yang mengenai gelaran doktor yang tidak digunakan lagi oleh Cha Jeong Seok selama bertahun-tahun membuatkan wanita itu mencuba nasib untuk mendaftar lagi menjadi seorang doktor pelatih walaupun usianya sudah tua.

Sebelum berjaya menjadi doktor pelatih, berikut merupakan liku-liku dah cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Cha Jeong Suk selama menjadi suri rumah.

36a411f3 0727 4e93 8125 665bdcc742981. Cha Jeong Suk yang merupakan lulusan Fakulti Perubatan memilih untuk berhenti bekerja kerana anak sulungnya sewaktu kecil mengalami kemalangan dan dia terus membuat keputusan untuk menjadi suri rumah

edf62328 d7ca 42e8 a8d6 2a582e2385d12. Setiap hari Cha Jeong Suk perlu menguruskan suami, dua anaknya, dan juga ibu mertuanya yang cerewet. Bermula dari menyiapkan makanan hingga kepada perkara-perkara kecil yang sebenarnya boleh dilakukan sendiri tanpa bantuan Cha Jeong Suk

e36bccaf d8ea 4b04 a7b0 40ab1b2d482f3. Selama menjadi suri rumah, Cha Jeong Suk tidak pernah menghabiskan waktu sendiri. Dia mendedikasikan dirinya selama puluhan tahun hanya untuk menguruskan keluarganya

5292944b 1913 4b78 bf56 4ee9e0aea7a34. Mempunyai suami kaya tidak membuatkan Cha Jeong Suk boleh membeli barang-barang mewah yang diinginkannya

Baca Lagi: 9 Sekuel Filem Korea Yang Gagal Mengatasi Filem Pertama

c5ba5cb5 ccd1 412c 93a6 e2fbc4e668095. Cha Jeong Suk hanya memakai dan menggunakan barang kepunyaan ibu mertuanya yang tidak digunakan lagi. Semua ini terjadi kerana suaminya iaitu Seo In Ho, terlalu patuh kepada ibunya

94425fae b341 4115 94bc c1c81b3cfafa6. Suatu hari, Cha Jeong Suk menderita penyakit hepatitis akut dan memerlukan penderma organ supaya hidupnya dapat diselamatkan

IMG 32057. Pada waktu itu, hanya Seo In Ho selaku suami Cha Jeong Suk yang boleh memberikannya organ yang diperlukan. Anak sulungnya tidak layak menderma organ dan perempuannya pula masih di bawah umur

IMG 32098. Kejamnya, ibu mertuanya tidak membenarkan Seo In Ho untuk mendermakan organ kepada Cha Jeong Suk. Perkara ini membuatkan Cha Jeong Suk benar-benar marah

IMG 32079. Memiliki suami kaya dan anak-anak yang pintar ternyata membuatkan hidup Cha Jeong Suk lebih kesepian. Lagi pula suaminya diam-diam menjalin hubungan sulit dengan kekasih pertamanya yang bernama Choi Seung Hi

cf5ebadf 6de6 4020 9884 5d873b45317e10. Sewaktu Cha Jeong Suk ingin memulakan kerjayanya sebagai seorang doktor semula, Seo In Ho langsung tidak menyokong isterinya itu malah merendah-rendahkannya dan mengatakan bahwa dia tidak akan penah berjaya

IMG 3208

11. Cha Jeong Suk yang tidak menyerah akhirnya berjaya menjadi doktor pelatih di tempat Seo In Ho bekerja. Menariknya lagi, dia ditempatkan di jabatan sama dengan wanita yang curang bersama suaminya iaitu Choi Seung Hi

IMG 3210 scaledMenjadi suri rumah bukanlah perkata yang mudah, lagi-lagi apabila Cha Jeong Seok adalah seorang wanita yang berpendidikan tinggi. Menguruskan rumah tangga dan keluarga tidak semudah yang disangka. Namun, perjuangan Cha Jeong Seok tidak sia-sia kerana dia berjaya mendidik anak-anaknya. Jadi, jangan anda perlekehkan suri rumah tangga! Mereka banyak berkorban untuk kebahagiaan keluarga.

Baca Juga: 5 Kdrama Yang Dari Adaptasi Filem Popular