Home Kdrama/Kmovie 11 Drama Korea 2024 Mengisahkan Tentang Aksi Berpasukan, Jalan Cerita Menarik

11 Drama Korea 2024 Mengisahkan Tentang Aksi Berpasukan, Jalan Cerita Menarik

0

Setelah sekian lama dinantikan, The Player 2: Master of Swindlers akhirnya membuka tirai dengan episod perdananya. Drama Korea tersebut merupakan musim kedua dari drama Player yang ditayangkan pada tahun 2018.

Kisah drama Korea ini berpusat pada sebuah pasukan penipu yang menyasarkan para penjahat dan mereka akan ‘merompak’ para penjahat ini.

Beberapa buah drama Korea yang ditayangkan pada tahun ini juga fokus pada kisah aksi kerjasama sebuah pasukan. Mari sama-sama kita lihat senarai drama Korea tersebut di bawah ini.

 

Drama korea1. Baru mula ditayangkan,The Player 2: Master of Swindlers meneruskan aksi sekumpulan penipu yang memerah harta penjahat dan mereka-mereka yang rasuah

Baca juga: The Player 2: Master of Swindlers, Misi Merompak Orang Kaya dan Korup Diteruskan Lagi

 

55cfc58a 35ba 4f21 ae90 9f5aaa576443 12. Dibintangi oleh Lee Min Ki, Crash menceritakan tentang pasukan penyiasatan jenayah trafik yang bekerjasama. Drama ini juga menampilkan adegan komedi

 

 

 

90eb3255 5044 4351 aad8 327211430db23. Berlatarkan tahun 1958, Chief Detective 1958 mengisahkan tentang sekumpulan detektif yang selalu dipandang remeh, namun mereka berjiwa kental dan sangat memuja keadilan

 

 

 

9017cad5 80ce 47c9 b6bf 5fce36855c8b4. A Shop for Killers mengikuti kisah seorang gadis yang menjadi target pembunuhan. Dia dibantu oleh rakan-rakan seperjuangan bapa saudaranya yang sangat setia

 

 

 

5d3a5906 5488 44d3 9372 869df43c5df9 15. Tayang di SBS, Flex X Cop bermula dari kisah anak chaebol yang tiba-tiba menjadi detektif. Dia menyiasat kes jenayah bersama rakan-rakan dan pengaruhnya

 

 

 

d3741b9a 3101 4791 bb9b e8937867fdd36. Sementara itu, Gyeongseong Creature Part 2 menceritakan tentang para detektif persendirian dan pemilik pajak gadai dalam melawan kekejaman tentera Jepun

 

 

 

97f3361a e5bc 4670 95c7 a4f9bde381157. Menampilkan Lee Ji Ah, Queen of Divorce mengisahkan tentang kerja sama peguam dan pasukan pakar ahli penyelesai masalah penceraian

 

 

 

0c0f58e9 abea 4b84 9385 0dab3f38dd778. Meneruskan kisah sebelum ini, Sweet Home Musim 2 tampilkan kemunculan para survivor yang bertahan hidup dari evolusi raksasa

 

 

 

4bc57a13 53c9 494f 9869 17b90e8ce2ca9. Begitu juga dengan The Escape of the Seven: Resurrection menceritakan tentang aksi balas dendam sekumpulan watak antagonis

 

 

 

ff979874 b157 4239 8ade b57159db53c0 110. Bertemakan dunia kerjaya, The Impossible Heir menyoroti kisah tiga orang anak muda yang berjuang untuk merebut jawatan tertinggi di syarikat konglomerat

 

 

 

f8274c54 14a3 4313 afdf 93824da36fd911. The Midnight Studio mengisahkan tentang sebuah studio foto hantu. Drama Korea ini menampilkan kerja sama antara juru gambar, peguam dan para hantu

Aksi dan kerjasama berpasukan setiap watak dalam drama Korea 2024 di atas pasti akan menghiburkan anda dan tidak akan membuat anda bosan. Watak-watak ini kerap berada dalam situasi menegangkan yang pasti membuatkan anda sama-sama merasakan perkara yang sama.

Baca lagi: Bakal Muncul Dalam Kdrama Baru, Ini 7 Kdrama Popular yang Pernah Dibintangi Han Sunhwa
Baca juga: 4 Sebab Drama Romcom ‘Dreaming of a Freaking Fairytale’ Patut Ditonton, Lucu dan Sangat Menghiburkan