Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 11 Drama Korea Sageuk Yang Diselangi Babak Aksi dan Penuh Konfilk, Anda...

11 Drama Korea Sageuk Yang Diselangi Babak Aksi dan Penuh Konfilk, Anda Sudah Menonton?

0

Queen Woo sedang menjadi perbincangan hangat kini, sebab utamanya ialah kerana drama Korea ini menampilkan adegan yang sangat ‘berani’.

Dalam sisi lain, jalan cerita yang dipersembahkan juga sangat menarik iaitu tentang kisah hidup permaisuri di zaman Dinasti Goguryeo yang berjuang untuk mengekalkan kuasa selepas kematian mendiang raja yang merupakan suaminya.

Jika anda sukakan drama saeguk bertemakan sejarah yang diselangi dengan babak aksi pertarungan, berikut ini adalah beberapa pilihan drama Korea untuk anda.

 

1. Empress Ki (2013)

Drama

Drama Korea ini dibintangi oleh Ha Ji Won dan Ji Chang Wook. Drama ini menggambarkan perjuangan seorang wanita bangsawan yang perlu meninggalkan negara dan lelaki yang dicintainya. Dia berkahwin dengan raja Mongolia. Kemudian, dia menjadi permaisuri pada zaman Dinasti Yuan.

 

2. The Red Sleeve (2021)

Drama korea

Diangkat dari kisah benar Raja Jeong Jo yang juga dikenali sebagai Yi San. Drama Korea ini mengisahkan tentang cinta Raja Jeong Jo dan Sung Deok Im, seorang dayang yang akhirnya menjadi gundik. Adakah hubungan cinta mereka berakhir bahagia? Bagaimanakah Deok Im bertahan hidup di istana yang penuh peraturan?

 

3. The Great Queen Seondeok (2009)

75f6b2df 4555 411a abaf 1ad63d435eb8

Para peminat drama Korea pasti sudah biasa dengan drama ini. The Great Seon Deok adalah drama Korea yang diangkat dari kisah benar. Cerita tentang permaisuri pertama pada masa kerajaan Silla.

 

4. Kingdom (2019)

bf0e9958 43b5 41f8 9766 dfb269560074

Drama Korea saeguk bertemakan zombie ini berjaya menggabungkan aksi pertarungan, fantasi, dan survival. Jalan ceritanya juga sangat menarik. Seorang putera mahkota kembali ke istana. Dia mendapati bahawa negara sedang berhadapan dengan wabak penyakit yang menakutkan yang mengubah manusia menjadi zombie.

 

5. Scholar Who Walks the Night (2015)

dacdef85 624b 40bb 8ce3 cd14581feb6b

Drama Korea ini menggabungkan genre saeguk dengan fantasi. Kerajaan pada masa dinasti Joseon melakukan perjanjian dengan sekumpulan vampire. Drama ini juga menampilkan kisah cinta antara vampire dan manusia.

 

6. Captivating the King (2024)

eb84fa92 9736 44d8 b0b6 4f4188ebbe7c

Captivating the King menceritakan tentang seorang raja yang kesepian. Dia tidak mempunyai seorang pun yang boleh dipercayainya. Di tengah-tengah kemelut perebutan kuasa, raja bertemu dengan wanita yang ingin menipunya demi balas dendam.

 

7. Queen for Seven Days (2017)

9754aaf5 43fb 429a b87c 3bf8973963a1

Kuatkan hati anda semasa menonton Queen for Seven Days. Drama yang diinspirasikan dari kisah benar ini sangat menyayat hati. Pada zaman dinasti Joseon, seorang wanita bangsawan berkahwin dengan Putera Mahkota. Namun, hanya dalam jangka masa tujuh hari menjadi permaisuri, dia digulingkan.

 

8. The Crowned Clown (2019)

b801b2a0 5309 4061 9540 8ee9ee5b6e92

Ceritanya fokus pada seorang lelaki yang sangat mirip dengan raja. Dia menggantikan tempat raja yang mahu menghindari ancaman pembunuhan. Raja pengganti itu ternyata sangat bersikap adil dan sangat prihatin dengan kesejahteraan rakyat jelata.

 

9. Our Blooming Youth (2023)

9372f189 104c 4edf ba39 c631f1038e6b

Jalan cerita yang diangkat dalam drama Korea ini sangat menarik. Seorang Putera Mahkota mendapat sumpahan misteri. Dia bertemu dengan wanita yang tiba-tiba menjadi suspek atas kes pembunuhan keluarganya.

 

10. Iljimae: The Phantom Thief (2008)

IMG 1003

Drama Korea Iljimae: The Phantom Thief bermula dari pembunuhan Lee Won Ho (Jo Min Gi). Raja Injo (Kim Chang Wan) melakukan hal itu kepada Lee Won Ho yang tidak lain adalah adiknya sendiri kerana merasa takhtanya tergugat. Lee Gyeom (Yeo Jin Goo), anak dari Lee Won Ho yang masih kecil melihat kematian sang ayah di depan matanya.

Lee Gyeom kemudian hidup bersembunyi dan juga kehilangan ingatannya. Dia dirawat oleh Na Soe Dol (Lee Moon Shik) dan menjalani kehidupan baru dengan nama Na Yong (Lee Joon Gi). Hingga suatu hari, Yong mendapatkan kembali ingatannya dan menjadi Iljimae atau pencuri yang mengambil harta bangsawan untuk diberikan pada rakyat. Yong melakukan hal itu untuk menemukan orang yang telah membunuh ayahnya.

 

11. My Dearest (2023)

IMG 1004

My Dearest merupakan drama Korea yang ditayangkan pada Ogos 2023. Berlatarbelakang ketika Dinasti Qing melakukan penjajahan kedua ke atas Dinasti Joseon. Kejadian tersebut terjadi pada tahun 1636 saat Raja Injo (Kim Jong Tae) bertakhta.

Cerita dimulakan dengan sebuah adegan yang berlatar tahun 1659. Saat itu Putera Mahkota So Hyun (Kim Mu Jun) telah meninggal dunia dan terdapat draf catatan sejarah yang seharusnya dihapus dari sejarah. Nama Lee Jang Hyun (Nam Goong Min) kerap muncul pada draf yang berisi kata-kata ketidaksetiaan pada mendiang Putera Mahkota So Hyun tersebut.

Misteri dari karakter Lee Jang Hyun adalah salah satu teka-teki dalam drama sejarah ini. Kisah romansa antara Lee Jang Hyun dengan Yoo Gil Chae (Ahn Eun Jin) yang hidup di Desa Neunggun pada tahun 1636 juga akan menjadi fokus cerita yang membawa genre sageuk-romantik.

Semua drama Korea sageuk di atas boleh anda jadikan tontonan anda semasa waktu senggang. Sesuai ditonton semasa anda memerlukan hiburan untuk melepaskan penat dan lelah. Selamat menonton ya!

Baca lagi: 10 Cadangan Filem Aksi Korea Rating Tinggi Yang Dibalut Dengan Komedi
Baca juga: Knetz Kecam Drama Queen Woo Tidak Tepat dan Meniru Drama Cina, Ini Jawapan Pengarah Jung Se Kyo

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here