Home Kdrama/Kmovie 11 Drama Korea Tentang Watak yang Mempunyai Pelbagai Personaliti, Perwatakan yang Berubah-Ubah

11 Drama Korea Tentang Watak yang Mempunyai Pelbagai Personaliti, Perwatakan yang Berubah-Ubah

0

Isu psikologi sering diangkat dalam drama Korea. Contohnya cerita tentang manusia yang mengalami gangguan jiwa seperti Dissociative Identity Disorder atau biasa disebut dengan gangguan personaliti atau kepelbagaian identiti.

Penghidap gangguan ini mempunyai dua personaliti atau lebih. Perubahan identiti yang dialami oleh mereka biasanya memang tidak disedari.

Berikut dibawah ini adalah beberapa drama Korea tentang watak yang mempunyai gangguan personaliti, satu tubuh dengan pelbagai personaliti. Mari sama-sama kita lihat.

 

1. Sangat unik, drama saeguk ini bertemakan psikologi. Love Song for Illusion adalah tentang raja yang mempunyai dua personaliti berbeza

 

2. Bad and Crazy adalah drama Korea tentang k gangguan personaliti yang dipenuhi aksi. Lebih-lebih lagi jika ada babak yang melibatkan Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon

 

 

3. Drama terbaik pada zamannya, Jo In Sung mempunyai masalah gangguan personaliti dalam It’s Okay That’s Love. Dia jatuh cinta dengan Gong Hyo Jin yang merupakan seorang pakar psikiatri

 

 

 

4. Drama Korea seterusnya adalah Gabdong. Lee Joon menjadi pembunuh yang memiliki pelbagai identiti

 

 

 

Drama korea

5. Dalam drama Korea Hyde, Jekyll, Me, Hyun Bin membawa tiga watak sekaligus, dia merupakan penghidap Dissociative Identity Disorder. Lakonan yang sangat memukau!

 

 

 

6. Kadang kala seperti malaikat, watak No Min Woo ternyata sangat mengerikan dalam Partner for Justice 2. Dia adalah psikopat yang mempunyai kepelbagaian identiti

 

 

7. Meloholic adalah tentang wanita yang menghidap Dissociative Identity Disorder dan lelaki yang boleh membaca fikiran orang lain. Cerita yang menarik, terdapat adegan romantik yang sedikit sahaja

 

 

 

8. Mouse adalah drama Korea yang sangat popular. Anda pasti berteka-teki tentang siapakah pembunuh yang sebenar

 

 

 

9. Dalam Revenge of Others, personaliti lain dari watak Seok Jae Bum ternyata yang melakukan kejahatan. Sudah menonton?

 

 

 

10. Drama Korea ini juga perlu anda masukkan ke dalam senarai tontonan. Psikopat dalam Voice 4 mempunyai 4 personaliti sekaligus!

 

 

 

IMG 9222

11. Drama hits dan popular pada zamannya. Kill Me Heal Me merupakan salah sebuah drama terbaik Ji Sung dan Hwang Jung Eum

Sudahkah anda menonton drama-drama Korea di atas? Jika belum, pilihlah beberapa buah drama untuk mengisi masa lapang anda kerana drama-drama di atas pasti akan memberikan anda pengetahuan tentang penyakit Dissociative Identity Disorder yang memang wujud dalam dunia sebenar.

Baca lagi: Kdrama Connection Makin Misteri, Episod 5-6 Penuh Babak Intense

Baca juga: Suka Hierarchy? 9 Drama Korea Ini Bawa Kisah Hampir Sama Tentang Skandal Sekolah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here