Home Kdrama/Kmovie 11 Drama Korea Ini Tonjol Watak Kaki Lantak, Buat Terliur

11 Drama Korea Ini Tonjol Watak Kaki Lantak, Buat Terliur

0

Watak-watak dalam drama Korea biasanya dicipta khas dengan watak istimewa yang lain dari yang lain atau unik. Contohnya watak yang ‘kaki lantak’ atau suka makan dalam kuantiti yang banyak dengan bersungguh-sungguh.

Semasa menonton drama Korea yang menampilkan watak kaki makan ini, anda bukan hanya melihat adegan romantik sahaja. Anda juga seolah-olah melihat rancangan mukbang.

Tertanya-tanya drama Korea manakah yang menampilkan watak kaki makan? Mari sama-sama kita lihat pilihan drama di bawah ini!

 

Drama korea

1. Drama yang sangat lagenda! Coffee Prince (2007) mengisahkan tentang Go Eun Chan yang ingin menjadi barista. Dia juga kuat makan hingga membuatkan penonton meleleh air liur

 

 

 

 

2. Pertemuan yang tidak disengajakan dan sekejap sahaja, tetapi membuatkan Yoo Mi yang suka makan bertemu dengan anak chaebol dalam My Secret Romance (2017)

 

 

 

 

3. My Roommate is A Gumiho (2021) adalah drama Korea yang menampilkan watak kaki makan. Lee Hye Ri tidak pernah gagal melakukan aksi mukbang

 

 

 

 

4. Kim Tae Hee menunjukkan lakonan berjaya sebagai wanita yang suka makan dalam Hi Bye, Mama (2020). Buat penonton terliur dan ingin makan bersama-sama!

 

 

IMG 6973

5. Berlatarkan restoran Cina, Wok of Love (2018) adalah tentang Seo Woo yang makan jajangmyeon dan mengalami perubahan. Cerita yang penuh inspirasi!

 

 

 

6. Weightlifting Fairy Kim Bok Joo (2016) juga perlu anda tonton. Anda perlu melihat betapa lahapnya Bok Joo setiap kali ada adegan makan

 

 

 

7. Drama tentang detektif ini adalah tentang seorang gadis yang boleh makan hingga 10 hidangan makanan dalam sehari. Bagaimana mungkin? Jika anda ingin tahu, anda perlu menonton Girl Who Sees Smells (2015)

 

 

 

 

8. Anda pasti akan menelan air liur setiap kali menyaksikan adegan me time yang diisi dengan makanan dan minum dalam drama Korea Drinking Solo (2016). Terus terasa ingin makan juga!

 

 

 

 

9. Jika berbicara tentang drama Korea yang menonjolkan watak kaki makan, pasti teringat dengan duo Song Hwa dan Jun Wan dalam Hospital Playlist (2020)

 

 

 

IMG 6974

10. Menggabungkan unsur fantasi, Oh My Ghost (2015) adalah tentang roh gadis yang merasuk pembantu dapur di sebuah restoran. Mukbang mengiurkan!

 

 

 

 

11. Terbahagi kepada 3 musim, Let’s Eat (2013 – 2018) penuh dengan adegan makan yang mengiurkan. Tampak lazat dan membuatkan sesiapa yang menonton berasa lapar!

Demikian sahaja drama-drama Korea yang menampilkan karakter kaki lantak dengan plot yang pelbagai dan sangat menarik. Anda paling tertarik untuk menonton drama yang mana? Cepat-cepat masukkan dalam senarai tontonan anda ya!

Baca lagi: 10 Drama Korea Kisah Vampire dari dua Zaman Berbeza, Menghiburkan dan Penuh Fantasi
Baca juga: 4 Filem Korea Baru Yang Akan Ditayangkan Pada Bulan Jun 2024, Pelbagai Genre Menarik