Terdapat beberapa sebab untuk mengapa “Happiness Battle” harus ditonton oleh peminat drama genre thriler misteri.
Pertama sekali, “Happiness Battle” mengingatkan kita kepada karya-karya terdahulu seperti “Sky Castle” dan “The Lady in Dignity” kerana ia berkaitan dengan keinginan para suri rumah yang tidak pernah merasa puas dengan apa yang telah dimiliki dan sifat bersaing yang sengit kerana masing-masing ingin menjadi yang terbaik.
Drama siri ini mengisahkan sekumpulan ibu kaya dari golongan elit yang akan melakukan apa sahaja untuk memusnahkan pengaruh media sosial ibu lain. Sehinggalah berlaku pembunuhan ganas terhadap salah seorang dari kumpulan mereka.
Happiness Battle dibintangi Lee El, Jin Seo Yeon, Cha Ye Ryun, Park Hyo Joo dan Woo Jung Won. Diarahkan oleh PD Kim Yoon-chul ( The Witch Is Alive, Woman of Dignity ) dengan skrip oleh pengarang novel asal Joo Young-ha, ENA’s Happiness Battle.
Drama siri sebanyak 16 episod ini telah mulai ditayangkan pada 31 Mei, bersiaran setiap hari Rabu dan Khamis. Bagi penonton di Malaysia, anda boleh menikmati drama siri ini dengan melanggan aplikasi platform striming Prime Video.
Diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama, beberapa watak wanita memainkan peranan sebagai sekumpulan wanita elit, yang juga merupakan ibu dan suri rumahtangga.
Disebalik pertunjukkan persahabatan yang begitu manis di sosial media, rupanya semua itu hanyalah indah khabar dari rupa apabila masing-masing didorong oleh rasa cemburu dan persaingan yang sengit.
Meskipun berasal dari keluarga kaya dan cukup dari segalanya, ternyata itu tidak menjamin kebahagiaan serta kesejahteraan batin mereka. Hakikatnya, mereka justeru sibuk menghancurkan kebahagian orang lain hanya untuk mencapai kebahagiaanya sendiri.
Masing-masing bersaing untuk mendapatkan kehidupan yang paling sempurna di media sosial, dan sepertinya tiada garis yang tidak akan mereka lalui untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna.
Tetapi sudah tentu “sempurna” dalam istilah media sosial adalah mengenai persepsi, bukan realiti, dan wanita ini semua berada dalam landasan liar apabila kematian misteri terjadi di tengah-tengah ketaksuban mereka.
Pada mulanya, pergaduhan mereka telah dimanifestasikan melalui pertunjukan dan cerita setiap orang di media sosial. Tetapi keadaan menjadi sangat serius apabila salah seorang daripada kumpulan mereka tiba-tiba mati dalam keadaan misteri dan dibunuh dengan kejam bersama suaminya.
Konflik semakin memanas apabila satu daripada kumpulan itu mahu menemui kebenaran, manakala yang lain berusaha menyembunyikannya. Banyak rahsia yang mengejutkan untuk didedahkan, segala-galanya mula berada di luar kawalan.
Jangkakan drama siri ini akan menyajikan lebih banyak konflik dan liku-liku sepanjang perjalanan.
11 Fakta Menarik Lain
1. Lee El sebagai watak utama, Jang Mi Ho
2. Jang Mi Ho yang mengetahui sahabatnya mati kerana dibunuh nekad menyiasat dan mencari kebenaran misteri disebalik kematian tersebut
3. Jang Mi Ho tidak suka jaga tepi kain orang, tetapi terpaksa melibatkan diri demi misinya sendiri
4. Song Jung Ah (Jin Seo Yeon) berperanan sebagai ketua komuniti ibu-ibu elit, dia juga CEO syarikat kecantikan, Inner Spirit
5. Song Jung Ah memiliki keluarga yang sempurna. Anaknya bersekolah di TK Herinity, bersama anak-anak kepada ibu-ibu elit lain.
6. Karakter lainnya adalah Kim Na Young (Cha Ye Ryun) yang anaknya juga bersekolah di TK Herinity. Dia berasal dari keluarga kaya
7. Kim Na Young merupakan anak yang manja dan disayangi oleh ayahnya. Kini dia juga begitu dicintai sang suami dan kerap mempamerkan kebahagiannya di media sosial
8. Oh Yoo Jin (Park Hyo Joo), dia adalah sahabat Jang Mi Ho dari kecil yang mempunyai rahsia gelap silam dan trauma sehinggakan merasa “insecure” terhadap kehidupannya sendiri.
9. Oh Yoo Jin juga tergabung dalam komuniti ibu-ibu elit. Dia memiliki kehidupan sempurna bersama suami dan anaknya dan sentiasa menunjuk-nunjuk kebahagiaannya di sosial media demi mendapat pengikut yang ramai. Dia jugalah penyebab tercetusnya “persaingan media sosial” dikalangan komuniti ibu-ibu elit.
10. Dia juga kerap memuatnaik dan berkongsi kehidupan sempurnanya ke media sosial. Hal ini yang menjadi awal mala petaka sehingga membahayakan nyawanya sendiri
11. Hwang Ji Ye (Woo Jeong Won) yang mepunyai taraf kehidupan berbeza dari kalangan ibu-ibu TK Herinity, tetapi mempunyai keinginan untuk menjadi sebahagian dari komuniti ibu-inu elit.
Rating “Happiness Battle”
Drama siri baharu ENA “Happiness Battle” yang dibintangi oleh Lee El, Jin Seo Yeon, dan Cha Ye Ryun ditayangkan pada purata penarafan seluruh negara sebanyak 0.92 peratus. Peningkatan sebanyak 0.22 peratus berbanding episod pertama drama itu setelah episod 2 disiarkan di Korea Selatan, baik di seluruh negara mahupun di Seoul.
Malangnya, untuk penonton antarabangsa, ENA belum memperoleh pelesenan untuk drama misteri pembunuhan ini di kebanyakan wilayah di dunia, jadi nampaknya drama ini akan menjadi drama yang kurang ditonton secara keseluruhan.
Happiness Battle sememangnya menyajikan aksi “persaingan kebahagiaan” cukup sengit dan menakutkan di media sosial, nampak relevan dengan keadaan sosial kita masa kini.
Peminat drama Korea bergenre thriller saspens misteri, wajib menjadikan Happiness Battle ini dalam senarai tontonan yang paling dinantikan setiap minggu!
Baca Lagi: Filem “Sympathy for Lady Vengeance” kisah pembalasan dendam Ibu yang dianiaya
Baca Juga: 12 Kdrama Baharu Menarik Jun Ini