Home Thai drama/movie 11 Filem dan Drama Thailand Oktober Ini, Pelbagai Genre Menarik

11 Filem dan Drama Thailand Oktober Ini, Pelbagai Genre Menarik

0

Oktober 2024 akan menjadi detik yang menarik untuk peminat filem dan drama Thailand.

Beberapa siri tajuk baharu dengan genre menarik sedia untuk dikeluarkan pada pertengahan bulan ini. Bermula dari genre romantik hingga seram, sedia untuk anda maraton bulan ini. Mari kita lihat senarainya dibawah ya!

 

Drama thailand

OPERATION UNDEAD, salah satu filem zombi Thailand yang kini sedang hangat diperkatakan. Apa yang berlaku jika askar bertukar menjadi zombi? Filem ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 24 Oktober 2024.

 

IMG 6185

Akan disiarkan pada 17 Oktober ini, LOVE STUCK merupakan filem adaptasi novel popular berjudul The Map of Tiny Perfect Things. Filem ini menggabungkan beberapa genre seperti fantasi, komedi dan percintaan yang wajib ditonton.

 

IMG 6640

Anda juga boleh strim Siri The Legend of Nang Nak yang telah mula disiarkan di Netflix pada 14 Oktober. Drama ini adalah versi drama bersiri filem seram komedi Thailand, PEE NAK. Kisah drama Thai ini mengisahkan tentang seorang wanita muda cantik bernama Nak, yang tinggal di tebing Terusan Phra Khanong, dan kasih sayangnya yang tidak berbelah bagi kepada suaminya, Mak. Apabila Nak mengandung, Mak direkrut dan dihantar berperang, di mana dia cedera parah. Semasa pemulihan, Nak dan anak mereka meninggal semasa bersalin. Namun, apabila Mak pulang ke rumah, dia mendapati isteri dan anaknya menunggu dengan penuh kasih sayang, tanpa menyedari mereka adalah hantu.

 

IMG 6641

Haunted Universities 3, filem seram Thai bakal ditayangkan di Netflix pada 17 Oktober 2024. Sebuah trilogi, filem Haunted Universities 3 mempunyai tiga cerita berbeza dalam satu filem yang berkait rapat dengan kehidupan kampus dan pelbagai lagenda serta ritual. Setiap kisah seram yang dipersembahkan dalam filem ini berpunca daripada tiga pantang larang iaitu jangan kongsi emas, jangan ambil apa-apa tanpa kebenaran dari kuil, dan jangan gunakan tempat suci melalui upacara penipuan. Tiga cerita dalam Haunted Universities 3 terdapat di bawah tiga tajuk, iaitu Jao Nang, Phi Tech, dan The Invisible Shrine.

 

IMG 6638Disiarkan pada 31 Oktober 2024, Don’t Come Home ialah drama seram misteri yang mengisahkan ibu dan anak perempuan yang melarikan diri ke rumah agam keluarga mereka yang ditinggalkan. Di sana mereka dihantui peristiwa paranormal yang menyebabkan seseorang hilang.

 

IMG 6636Drama Thailand bertemakan sekolah ini dibintangi oleh beberapa pelakon terkenal Thailand, seperti Nani Hirunkit, Sky Wongravee, Kay Lertsittichai dan ramai lagi. HIGH SCHOOL FRENEMY akan bersiaran pada 17 Oktober 2024.

Baca juga: Pernah Tonton Drama Seram Thailand? 10 Drama Thai Ini Mungkin Menarik Minat Anda

 

IMG 6635GOOD DOCTOR versi Thai ini ialah pembuatan semula tajuk serupa yang disiarkan pada tahun 2013. Drama Thailand ini mengisahkan seorang lelaki yang menghidap autisme tetapi mempunyai impian untuk menjadi seorang pakar bedah. GOOD DOCTOR akan mengeluarkan episod pertamanya pada 11 Oktober 2024.

 

 

IMG 6634Ditayangkan pada 8 Oktober 2024, drama Thai GAME OF LOVE mengisahkan Plubpla yang terlibat dalam konflik antara abang-abangnya dan terpaksa menjalani hubungan dengan teman wanita abangnya. Drama percintaan ini bakal melancarkan episod kedua pada 15 Oktober ini.

 

 

IMG 6191THE SWEETEST TABOO ditayangkan pada 7 Oktober 2024. Drama Thailand dengan 10 episod ini mengisahkan hubungan terlarang antara ahli perniagaan dan pelajar yang agak jauh jarak usia.

 

 

IMG 6637Drama Time mengisahkan seorang wanita yang kehilangan segala-galanya selepas melalui terowong misteri yang membawanya satu tahun ke masa hadapan. Dia mengalami pelbagai musibah bermula dari pemergian ayahnya, seluruh urusan jatuh kepada abang tirinya, hinggalah tunangnya berkahwin dan mempunyai anak dengan kawan baiknya. Drama Thailand ini akan disiarkan pada 25 Oktober 2024.

Itulah sebelas filem dan drama Thailand yang akan bersiaran pada bulan Oktober. Selain daripada di atas, ada kemungkinan cerita baru yang lain akan turut menyusul.
Baca lagi: “Gangnam B-Side”, Siri Jenayah Baharu Gandingan Semula Ji Chang Wook dan BIBI 6 Nov Ini
Baca juga: Viral Serata Dunia, 9 Filem Thailand Ini Diangkat dari Kisah Benar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here