Filem seram (horor) Korea memiliki ciri khas yang membuatkan filem seram mereka sedikit berbeza dari Hollywood dan filem Asia yang lain. Selain psikologikal seram, filem Korea juga kerap menggabungkan misteri, thriller, hingga budaya mistik dari negara lain.
Bukan kisahnya sahaja yang membuatkan bulu roma anda meremang, kesan visual dan kebolehan lakonan para pelakon juga sangat berjaya memberi sensasi seram yang sangat berkesan.
Bagi anda yang mencari rujukan untuk filem seram, pastikan juga filem Korea yang bertemakan gangguan dan keganasan roh jahat berikut ini masuk ke dalam senarai tontonan anda ya!
1. Diinspirasikan dari budaya bomoh Indonesia, The Cursed: Dead Man’s Prey (2021) mengisahkan tentang bomoh yang membangkitkan mayat untuk balas dendam. Dibintangi oleh Uhm Ji-won, Jung Ji-so dan Oh Yoon-ah
2. Whispering Corridors 6: The Humming (2021) menceritakan tentang gangguan roh jahat yang menghantui penghuni sekolah
3. Filem The 8th Night (2021) mengisahkan tentang pertarungan bekas sami dengan roh jahat yang mensasarkan manusia sebagai korban
4. The Closet (2020) menceritakan tentang misteri kehilangan kanak-kanak yang disebabkan oleh roh di sebalik almari
5. Warning: Do Not Play (2019) menceritakan tentang filem misteri yang mengundang kejadian mistik bagi para penontonnya
6. The Divine Fury (2019) menampilkan gangguan roh jahat yang menghantui mimpi seorang lelaki setelah kematian ayahnya
7. Gangguan roh jahat menyebabkan banyak kejadian misteri yang dialami oleh sebuah keluarga disajikan dalam filem Metamorphosis (2019)
8. The Mimic (2018) fokus menceritakan kejadian mistik yang dialami oleh sebuah keluarga kerana hadirnya roh yang boleh meniru suara dan memperdaya manusia
9. House of the Disappeared (2017) mengisahkan tentang tragedi pembunuhan dan teka-teki kes kehilangan seorang anak di sebuah rumah
10. The Wailing (2016) menceritakan tentang gangguan roh jahat yang menyebarkan penyakit misteri kepada para penduduk desa
11. The Priests (2015) menyajikan kolaborasi kekuatan mistik dan ilmu kedoktoran untuk melakukan pengusiran iblis
Bukan sekadar kisah seram biasa, sebelas filem Korea tersebut terasa semakin menegangkan kerana dipenuhi dengan gangguan roh jahat. Jumpscare yang mewarnai setiap adegan membuatkan ceritanya semakin seram!