Filem seram merupakan tontonan kegemaran ramai orang. Tayangan filem-filem genre ini selalu mendapat sambutan hangat dan luar biasa.
Bagi anda yang gemar menonton filem seram, sudahkah anda menonton filem seram dari barat yang selalunya berjaya membangkitkan adrenalin anda?
Senarai filem di bawah ini disebut-sebut sebagai antara filem seram Barat yang paling menyeramkan sepanjang zaman. Benarkah? Jom kita lihat dibawah ya!
1. The Exorcist (1973) adalah filem seram barat yang diangkat dari kisah benar. Bakal membuatkan anda seram sejuk sepanjang menonton filem ini
2. Bermula dari bandar Dybbuk yang dikatakan berhantu, The Possession (2012) menampilkan adegan seram yang intens. Filem ini juga diinspirasikan dari kisah benar
3. The Lighthouse (2019) adalah filem garapan A24 yang sangat berjaya. Dibikin dalam konsep hitam-putih.
4. Berbeza dengan filem seram yang biasa, Get Out (2017) kurang jumpscare. Tapi, ketegangan benar-benar terasa hingga mencengkam perasaan
5. Saw (2004) bukan hanya menegangkan, beberapa adegan dari filem ini juga sangat mengerikan
6. Peminat filem seram pasti mengetahui tentang filem Hereditary (2018). Sedikit jumpscare, tetapi berjaya membuatkan para penonton ketakutan hingga susah untuk tidur
7. Filem dari A24 memang tidak perlu diragukan lagi. Salah sebuah filem A24 adalah Talk to Me (2022) yang disebut-sebut sebagai antara filem ngeri seram barat yang paling mencengkam, anda setuju?
8. IT (2017) adalah filem seram legenda yang membuatkan penonton cemas, tentang iblis yang menjelma menjadi seorang badut
9. Filem seterusnya adalah Scream (1996). Walau diwarnai juga dengan elemen komedi, tetapi filem ini berjaya membuatkan penonton seram sejuk!
10. Suasana dan plot cerita yang mencengkam perasaan, The Cabin in The Woods (2011) mengisahkan tentang percutian yang berakhir dengan tragedi kematian
11. The Conjuring (2013) perlu anda masukkan ke dalam senarai tontonan anda. Makin menyeramkan kerana kisahnya benar-benar terjadi di dunia sebenar!
Terdapat banyak lagi filem seram dari barat, tapi 11 filem di atas memiliki kesan yang sangat mendalam. Bahkan, beberapa buah filem di atas berjaya mengujakan penonton walaupun menampilkan jumpscare yang sangat sedikit. Ketegangannya juga terasa. Jangan lupa untuk menonton ya!