Filem seram yang pasti membuatkan anda bulu roma anda meremang!
Selain drama siri Korea yang romantik, Korea Selatan rupanya cukup banyak mengeluarkan filem dengan genre seram. Filem seram Korea ini juga tidak kurang hebatnya dan setanding dengan filem-filem seram dari Hollywood.
Bagi anda yang sedang ingin menonton filem seram (horor), anda boleh menonton pilihan filem seram Korea berikut ini untuk menemani malam anda. Awas pasti terbayang-bayang ngerinya!
1. Dalam filem Whispering Corridors (1998) hantu pelajar sekolah kembali untuk melaksanakan balas dendam yang belum selesai
2. Jurnalis yang bernama Ji Won (Ha Ji-won) yang menulis artikel tentang skandal pedofilia menerima banyan panggilan misteri dalam filem Phone (2002)
3. A Tale of Two Sister (2003) fokus kepada cerita adik beradik Su Mi dan Su Yeon yang tinggal bersama ayah dan ibu tiri mereka
4. Lima orang anak muda pergi ke muzium anak patung di daerah terpencil dan mengalami perkara mengejutkan dalam filem The Doll Master (2004)
5. Kehidupan tenang bekas pemain cello yang bernama Min Ju suatu hari tiba-tiba berubah secara drastik menjadi kacau-bilau dalam filem Cello (2005)
6. Seorang wanita diganggu roh jahat setelah menemui sepasang kasut tumit tinggi di sebuah landasan kereta dalam filem The Red Shoes (2005)
7. Dalam filem Cinderella (2006) seorang anak doktor bedah plastik mengalami kejadian-kejadian aneh yang menyeramkan
8. Sekumpulan pelajar dan guru mereka perlu menyelesaikan teka-teki demi untuk menyelamatkan diri daripada maut dalam filem Death Bell (2008)
9. Dalam filem The Cat (2011), So Yeon yang bekerja sebagai groomer membawa pulang kucing bernama Bidanyi ke rumahnya dan mula mengalami banyak kejadian aneh
10. Sekumpulan gadis yang bergabung sebagai kumpulan penyanyi menerima sumpahan dari lagu yang berjudul ‘White’ dalam filem White: The Melody of the Curse (2011)
11. Seorang kakak cuba untuk menyelamatkan adiknya yang hilang setelah menonton video klip terkutuk dalam filem Don’t Click (2012)
Semua sebelas filem seram Korea Selatan yang tersenarai di atas walaupun telah ditayangkan sekitar 10-24 tahun lalu, tapi masih lagi sangat relevan untuk ditonton hingga kini. Suasana dan vibe seram yang ditampilkan tidak lekang dimakan waktu.