Home Movie 11 Filem Seram Thriller Tayang Oktober Ini, Dari Pelbagai Negara

11 Filem Seram Thriller Tayang Oktober Ini, Dari Pelbagai Negara

0

Pada bulan Oktober ini nampaknya banyak filem seram thriller yang akan ditayangkan. Filem-filem seram ini dihasilkan di pelbagai negara.

Buat anda yang meminati filem genre seram thriller, berikut ini adalah senarai filem-filem seram thriller yang akan menemui anda bulan ini.

 

1. Woman Of The Hour (2024)

IMG 5729

Merupakan filem debut yang menyaksikan Anna Kendrick sebagai pengarah, Woman of the Hour (2024) bakal menampilkan gangguan penuh suspens dengan konflik yang realistik.

Filem ini dibintangi oleh Daniel Zovatto ini mengusung elemen jenayah dengan balutan misteri yang kental dan disahkan oleh Netflix bahawa filem ini akan ditayangkan pada 18 Oktober 2024 akan datang di platform digital mereka.

Mengisahkan tentang seorang pelakon tahun 70-an di Los Angeles yang digandingkan dengan pembunuh bersiri sebagai pasangan untuk rancangan televisyen.

 

2. Your Monster (2024)

IMG 5728

Filem arahan Caroline Lindy berjaya ditayangkan di banyak festival filem ternama dan dibintangi oleh Melissa Barrera dan juga Edmund Donovan.

Disahkan oleh pihak penerbitan, filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 25 Oktober 2024 akan datang. Jalan cerita mengisahkan tentang seorang pelakon yang kehilangan suaranya. Semasa dia mendapat semula suaranya, dia bertemu dengan raksasa yang tinggal dalam almarinya.

 

3. It’s What’s Inside (2024)

IMG 5727

Diwarnai sains fiksyen, It’s What’s Inside (2024) ditayangkan di Netflix pada 4 Oktober 2024. Jalan ceritanya mengisahkan tentang pesta sebuah majlis perkahwinan berakhir penuh mimpi buruk apabila salah seorang dari tetamu datang dengan perkara misteri. Keadaan menjadi penuh huru hara, di samping itu mereka cuba menyiasat apakah yang sedang terjadi.

 

4. Hold Your Breath (2024)

IMG 5726

Dibintangi Oleh Sarah Paulson, Hold Your Breath (2024) bakal membuatkan penonton terpukau dengan elemen seran psikologikal yang hebat. Film arahan Will Joines dan Karrie Crouse ini juga mengusung konflik realistik dengan latar yang anti-mainstream.

Filem ini dibintangi oleh Amiah Miller dan Bill Heck dan disahkan oleh Searchlight Pictures bahawa filem ini ditayangkan secara digital pada 3 Oktober 2024 baru-baru ini. Jalan cerita mengisahkan tentang seorang ibu muda yang dihantui oleh masa lalunya. Selain itu, dia terperangkap oleh ribut debu dan mula yakin bahawa keluarganya didiancam oleh sosok misteri.

 

5. Terrifier 3 (2024)

7f1cad56 c427 4e54 a74c e5436e47f697

Filem arahan Damien Leone ini menyajikan elemen slasher dengan balutan torture porn yang epik. Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 11 Oktober 2024 akan datang.

Jalan cerita mengisahkan tentang seorang badut pembunuh yang menyebabkan kekacauan di sebuah kawasan perumahan semasa malam krismasa. Selain itu, seorang remaja perempuan mula cuna menghentikan kembali gangguan dari badut tersebut sebelum terlambat.

 

6. Salem’s Lot (2024)

IMG 5722

Ditunda selama bertahun-tahun hingga akhirnya ditayangkan pada tahun ini, Salem’s Lot (2024) diangkat dari novel karya Stephen King. Filem seram supernatural arahan Gary Dauberman ini akan menampilkan sentuhan gangguan segar dengan balutan drama yang intens.

Selain itu, filem yang dibintangi Lewis Pullman dan Makenzie Leigh ini telah ditayangkan secara digital pada 3 Oktober 2024 oleh Max Originals. Mengisahkan tentang seorang lelaki yang kembali ke kampung halaman masa kecilnya hanya untuk mendedahkan bahawa kampungnya tersebut dikuasai oleh vampire yang hauskan darah. Namun keadaan tidak semudah yang dibayangkan apabila dia akhirnya mula menyedari ada sesuatu yang membahayakan nyawanya.

 

7. The Platform 2 (2024)

IMG 5720

Terbitan Netflix original Sepanyol, The Platform 2 (2024) adalah filem seram thriller penuh satira politik. Filem arahan Galder Gaztelu-Urrutia ini merupakan sekuel dan filem pertama. Selain itu, filem yang dibintangi Hovik Keuchkerian dan Milena Smit ditayangkan pada 4 Oktober 2024 di Netflix.

Mengisahkan tentang kehidupan yang terjadi di sebuah penjara dengan sistem brutal. Keadaan menjadi penuh kerakusan dan menyeramkan dengan kedatangan ketua baru yang misteri, hingga mereka perlu mencari cara untuk tetap bertahan hidup.

 

8. Smile 2 (2024)

b43e61dc 8c1e 4c2e 97f1 bcad98cfa38f

Menjanjikan visual epik dengan ganguan intens, Smile 2 (2024) tampilkan konsep berbeza dari filem seran thriller yang biasa. Filem arahan Parker Finn ini dihasilkan dengan balutan misteri. Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 18 Oktober 2024 akan datang.

Mengisahkan tentang seorang bintang pop yang sedang melakukan lawatan konsert, tetapi dia mula mendapat gangguan yang mengerikan hingga membuatkan psikologinya terganggu. Selain itu, dia tetap bertahan dengan segala ancaman yang hadir, terutamanya dari masa lalunya.

 

9. Don’t Move (2024)

IMG 5719

Diterbitkan oleh Sam Raimi, Don’t Move (2024) membawa genre seram dengan konflik penuh ketegangan yang khas dari visi Sam Raimi. Filem arahan Adam Schindler dan Brian Netto ini telah lama dinantikan peminat filem seram. Selain itu, filem yang dibintangi oleh Kelsey Asbille dan Finn Wittrock ini akan ditayangkan secara digital pada 25 Oktober 2024 nanti.

Mengisahkan tentang seorang wanita yang terasing di hutan dan mendapat suntikan dari orang asing dan tubuhnya tidak boleh bergerak.

 

10. Time Cut (2024)

IMG 5717

BertemaKan remaja, Time Cut (2024) yang merupakan filem arahan Hannah Macpherson ini menjanjikan cerita segar dengan gangguan anti-mainstream. Selain itu, filem ini dibintangi oleh pelakon-pelakon muda seperti Madison Bailey dan juga Griffin Gluck. Disahkan akan ditayangkan secara digital pada 30 Oktober 2024 nanti.

Mengisahkan tentang seorang wanita menemui mesin menjelajah masa. Dia kembali ke tahun di mana saudara kandungnya dibunuh untuk menangkap dan memecahkan misteri tentang pembunuhan tersebut. Namun, keadaan tidak semudah yang dibayangkan apabila dia berhadapan banyak ancaman.

 

11. Caddo Lake (2024)

Filem seram

Dibintangi oleh Dylan O’Brien, Caddo Lake (2024) menjanjikan ketegangan penuh suspens dengan jalan cerita yang segar. Filem seram psikologikal arahan Celine Held ini juga sangat dinantikan para peminat filem seram. Filem ini akan ditayangkan pada 10 Oktober 2024 secara digital.

Jalan cerita fokus pada seorang gadis yang berumur 8 tahun yang hilang di Tasik Caddo. Selepas keadaan berubah dan kematian mula muncul dan segalanya saling berkaitan. Seorang wanita mula menyedari wujud perkara yang aneh, terutamanya dengan sejarah keluarga yang hancur.

Demkian senarai 11 filem seram thriller yang boleh anda tonton pada bulan Oktober ini. Filem-filem ini dihasilkan dari para pengkarya seluruh dunia. Nantikan tayangan pawagam di Malaysia dan juga platform digital yang ada ya. Selamat menonton!

Baca lagi: What Comes After Love Viral Kerana Kentaro Sakaguchi, Ini 16 Drama Lakonan Kentaro Sakaguchi Dengan Rating Tinggi
Baca juga: India Keluarkan 5 Filem Seram Menarik pada Tahun 2024 Ini, Meremang Bulu Roma

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here