Home Kdrama/Kmovie 11 Kdrama 2024 Tampilkan Kisah Rancangan Rapi Balas Dendam

11 Kdrama 2024 Tampilkan Kisah Rancangan Rapi Balas Dendam

0
Screenshot

Kdrama The Player 2: Master of Swindlers kini telah ditayangkan di Viu, meneruskan aksi para penipu dari musim pertama. Namun, Cha Ah Ryeong (Krystal Jung) meninggal dunia ditembak demi menyelamatkan rakannya.

Perkara itu membuatkan para penipu lain berusaha keras untuk menangkap pembunuh sebenar. Aksi balas dendam mereka masih dijalankan dengan melakukan penipuan terhadap watak-watak antagonis.

Beberapa buah Kdrama pada tahun 2024 ini juga menampilkan kisah balas dendam yang menarik dengan perancangan yang rapi dan mengejutkan. Mari sama-sama kita lihat senarai di bawah ini.

 

Kdrama
1. Tampilkan kisah golongan chaebol, Kdrama Hierarchy menceritakan tentang pelajar yang masuk ke sebuah sekolah elit dengan biasiswa untuk mengungkapkan kematian kembarnya

 

 

 

Kdrama
2. Meneruskan musim 1, The Player 2: Master of Swindlers tampilkan sekumpulan penipu yang ingin membalas dendam atas kematian rakan mereka

 

 

 

632a88b5 a56c 4849 b3ea fbbae8341a82
3. Disamping genre romantik komedi, Kdrama Dare to Love Me turut menampilkan aksi lelaki yang ingin mengungkapkan kes kematian ayahnya selepas berbelas tahun

 

Baca lagi: Cdrama “The Tale of Rose” Kisah Kerumitan Hidup Liu Yifei Kerana Kecantikannya

 

2b2e5197 8c72 4ce2 a603 fc484abc6ca6
4. Bertemakan pengembaraan masa, Marry My Husband mengikuti kisah seorang wanita yang membalas dendam pada suaminya selepas wanita itu mati dibunuh ditangan suaminya, menarik bukan?

 

 

 

e433dad1 d696 4997 8d86 ec6788847692
5. Kdrama The Escape of the Seven: Resurrection meneruskan aksi balas dendam seorang pemuda pada psikopat yang membunuh seluruh ahli keluarganya

 

 

 

69c62394 6152 4399 b6ae c2319a20da3d
6. Fokus pada putera mahkota, Love Song for Illusion memulakan kisah dengan gadis yang masuk ke kumpulan pembunuh upahan untuk membalas dendam

 

 

 

dc58914e 715b 43ae 9daf 9583298383e9 1
7. Bergenre aksi dan thriller, A Shop for Killers menampilkan kisah gadis remaja yang menjadi target tentera upahan yang ingin balas dendam

 

 

 

eb82fb83 079e 4ef7 a643 1ac48804d5c0 1
8. Mengangkat genre fantasi, Death’s Game mengisahkan tentang seorang lelaki yang membalas dendam walau dia terpaksa melalui kematian dan kelahiran semula berulang kali

 

 

 

c173aa20 e776 430c bda5 8c1ab6a7473c
9. Drama Korea A Good Day to Be a Dog menceritakan tentang sebuah sumpahan yang ternyata bermula dari kisah balas dendam dewa gunung selepas kehilangan pujaan hatinya

 

 

 

41608380 94c8 42c4 bbf6 ef0c830ae20d
10. Dibintangi oleh Cha Eun Woo, Wonderful World menyoroti kisah pakar psikologi yang meringkuk dalam penjara kerana balas dendam pada pembunuh anaknya

 

 

 

IMG 9992

11. High School Return of a Gangster mengisahkan ketua gangster yang rohnya masuk dalam jasad seorang pelajar yang sering dibuli, dan membantunya membalas dendam kepada semua yang berbuat jahat kepadanya

Aksi balas dendam yang dilakukan oleh setiap karakter dalam Kdrama 2024 di atas tidak semuanya dilakukan dengan cara yang baik. Ada yang menjalankan aksi mereka dengan cara yang salah dan memang tidak patut dicontoh. Namun, cara mereka yang baik pula oleh dijadikan pedoman untuk menegakkan keadilan dengan mengikut saluran undang-undang yang betul.

Baca lagi: Episod Akhir High School Return of a Gangster, Menyajikan Plot Twist Yang Sangat Mengejutkan. Anda Puas Hati?
Baca juga: Ji Hye Won Makin Meningkat Naik, Ini 6 Kdrama Popular Lakonannya

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here