Memandangkan Sukan Olimpik 2024 sedang berlangsung di Paris, inilah masa yang sesuai untuk menonton KDrama dengan jalan cerita berkaitan Olimpik, dalam artikel ini terdapat beberapa buah KDrama yang menerokai sejarah menarik Korea dengan Sukan Olimpik.
Pada tahun 1988, Seoul menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pertamanya. Dalam KDrama Reply 1988, pelajar sekolah menengah Deok-seon (dilakonkan oleh Lee Hye-ri) dipilih untuk menjadi gadis piket iaitu salah seorang gadis muda cantik yang membawa sepanduk negara yang mengambil bahagian. Walaupun Reply 1988 bukan sepenuhnya mengenai Sukan Seoul, siri popular itu memaparkan era penting dalam sejarah sukan Korea Selatan.
Sempena Sukan Olimpik Paris yang sedang berlangsung kini, berikut ini ialah 11 KDrama yang menggunakan sukan dengan genius dalam jalan cerita mereka untuk menunjukkan ketabahan dan kemahuan yang tidak putus-putus setiap watak untuk meneruskan hidup dan menggapai impian mereka.
All of Us Are Dead
Selepas pihak berwajib dan kerajaan gagal menyelamatkan mereka daripada wabak virus, pelajar sekolah menengah berjuang sendiri dalam drama ngeri zombie ini. Dalam kebanyakan drama, wanita selalu kelihatan lemah dan perlu diselamatkan oleh lelaki. Tetapi dalam KDrama All of Us Are Dead, Ha-ri (lakonan Ha Seung-ri) ialah salah seorang heroin yang paling tenang dan pintar dalam bertahan hidup.
Jurulatihnya telah memusnahkan harapan pemanah remaja itu untuk muncul sebagai seorang Olympian. Tetapi dia membuktikan keberaniannya, membunuh zombie dengan busur dan anak panahnya dan benar-benar menyelamatkan nyawa rakan-rakannya yang lain.
Kebiasaannya, pasukan kebangsaan Korea Selatan mendominasi sukan memanah ini. Sejak penampilan sulung Olimpik memanah di Sukan 1988 di Seoul, pasukan wanita Korea Selatan kekal tidak pernah tewas dalam temasya sukan itu, pasukan lelaki telah memenangi emas pada tujuh daripada 10 Sukan Olimpik. (Netflix)
Revenge of Others
Sukan menembak adalah satu lagi sukan yang dikuasai oleh warga Korea Selatan. Pasukan wanita Korea memperoleh emas dan perak dalam pertandingan pistol udara 10 meter di Olimpik Paris 2024.
Dalam KDrama ini, bintang The Glory Shin Ye-eun menggambarkan penembak pistol udara yang kompetitif dan sangat handal. Dia berusaha membongkar tentang misteri kematian saudara kembarnya. Selepas berpindah ke sekolah menengah, Chan-mi menyertai pasukan menembak sekolah, di mana kemahirannya sangat luar biasa.
Selepas bergandingan dengan rakan sekelas Soo-hyeon (All of Us Are Dead Park Solomon), pasangan itu meneroka dunia psikologi yang penuh dengan liku-liku yang akan membuatkan penonton sentiasa waspada. (Disney)
W
Lee Jong-suk membintangi KDrama ini sebagai pemenang pingat emas remaja dalam menembak pistol Olimpik. Pada mulanya dituduh sebagai orang jahat, dia kemudian dituduh membunuh secara kejam seluruh keluarganya.
Pengarah Jung Dae-yoon menggambarkan W sebagai kisah seorang lelaki dan seorang wanita “yang menemui sebab musabab kewujudan mereka, semasa tinggal dalam dimensi yang berbeza di Seoul,” dan itulah cara terbaik untuk mengekalkan keunikan plotnya. Kdrama yang genius ini menambah kelainan pada genre alam semesta selari tentang perjalanan masa dengan melontarkan idea luar biasa manhwa (komik Korea). (VIU)
Lovely Runner
Dengan pingat gangsa dalam acara 400 meter gaya bebas lelaki pada 27 Julai 2024, Kim Woo-min menjadi perenang Korea Selatan kedua yang pernah mendapat pingat dalam renang dalam Sukan Olimpik.
Pemenang pingat emas pertama bagi negara itu ialah pemenang pingat empat kali Park Tae-hwan yang juga membuat cameo dalam Lovely Runner. Park memenangi emas (400m gaya bebas) dan perak (200m gaya bebas) pada tahun 2008, dan dua pingat perak pada tahun 2012.
Sukan renang memainkan peranan penting dalam drama ini kerana sebelum Sun-jae (Byeon Woo-seok) menjadi bintang idola K-pop, dia ialah bintang sukan renang sekolah menengah yang gigih bersaing dengan Park.
Walaupun kecederaannya menghalangnya daripada mara ke Sukan Olimpik, ketampanan dan bakatnya membolehkannya beralih ke dunia muzik. Kim Hye-yoon membawa watak sebagai Sol, seorang gadis peminat tegar Sun-jae. Gadis ini mengembara ke masa lalu untuk menyelamatkan Sun-jar daripada kematian. (VIU)
Twenty Five Twenty One
Hee-do (Kim Tae-ri) ialah pemain lawan pedang elit sekolah menengah dan Yi-jin (Nam Joo-hyuk) ialah bekas pelajar kejuruteraan yang terpaksa berhenti dari kolej kerana keluarganya muflis. Salah satu keindahan dalam Kdrama ini ialah selain daripada fokus pada kisah percintaan, Twenty Five Twenty One menggambarkan kepentingan pemerkasaan wanita dan juga persahabatan.
Saingan Hee-do ialah saingan lawan pedangnya (dilakonkan oleh Bona), yang mendorongnya untuk menjadi lebih baik. Siri ini adalah perumpamaan untuk wanita muda memilih dan mencintai diri mereka terlebih dahulu. Dalam kehidupan sebenar, Oh Sang-uk memenangi emas dalam pedang individu lelaki di Sukan Paris. (Netflix)
Weightlifting Fairy Kim Bok-joo
Isu body shaming diterokai dengan baik dalam drama bertemakan sukan ini, yang berpusat pada atlet kolej yang berdaya saing. Walaupun atlet angkat berat wanita seperti Bok-joo (Lee Sung-kyung) diejek kerana “bersukan seperti lelaki”. Bok-joo dan kawan-kawannya gembira dengan kekuatan mereka. Tetapi apabila dia bertemu dengan seorang doktor yang kacak, dia cuba menurunkan berat badan untuk kelihatan lebih feminin.
Adik lelaki doktor (Nam Joo-hyuk) ialah kawan Bok-joo. Dia kejam terhadapnya, menggambarkannya sebagai gemuk dan badan seperti khinzir. Kdrama ini berdasarkan kisah atlet angkat berat Jang Mi-ran, yang memenangi emas di Sukan Olimpik Beijing 2008. (Kocowa+)
Fight for My Way
Pada tahun 2018, kerajaan Korea Selatan menyatakan bahawa suka taekwondo sebagai sukan kebangsaan negara itu. Korea telah mendominasi seni mempertahankan diri, memenangi pingat Olimpik terbanyak dalam sukan itu. Jadi tidak hairanlah banyak Kdrama yang memasukkan sukan taekwondo ke dalam plot cerita tersebut.
Dalam Fight for My Way, Dong-man (Park Seo-joon) ialah juara sekolah menengah yang kelihatan sangat berpotensi untuk membawa kejayaan kepada pasukan taekwondo kebangsaan Korea. Tetapi selepas dia dituduh cuai dalam perlawanan penting, dia berikrar tidak akan bertanding lagi. Dia mempunyai hubungan yang pelik dengan kawan baik zaman kanak-kanaknya iaitu Ae-ra (Kim Ji-won Ratu Air Mata), yang mempunyai impian untuk menjadi penyampai berita TV. (Kocowa+)
Bloodhounds
Dalam Kdrama lapan episod ini, watak protagonis adalah dua orang petinju yang bertemu sebagai pesaing dan akhirnya menjalin persahabatan yang bertukar menjadi salah satu bromance yang paling diingati dalam sejarah Kdrama.
Geon-woo (Woo Do-hwan) dan Woo-jin (Lee Sang-yi) mempunyai minat yang mendalam terhadap suka tinju. Mereka masih muda dan kuat, mereka juga mempunyai kemahiran dalam sukan tinju, bersama-sama, mereka cuba untuk cuba menjatuhkan lintah darat paling berbahaya di bandar itu. Pada Sukan Olimpik Paris 2024, Korea Selatan mempunyai dua atlet yang bersaing dalam tinju dan kedua-duanya adalah wanita. (Netflix)
Racket Boys
Dalam Kdrama slice of life ini yang berlatarkan jauh dari Seoul, badminton adalah pemangkin utama untuk plot cerita. Apabila seorang remaja iaitu Hae-kang (Tang Joon-sang) terpaksa berpindah dari bandar ke luar bandar dan meninggalkan rakan sepasukan besbolnya untuk bertanding dalam pasukan badminton yang tiada harapan, pastinya dia tidak gembira.
Tetapi dia sangat kompetitif dan yakin dengan dirinya. Akhirnya, dia boleh menyesuaikan diri dan mula prihatin terhadap para penduduk kampung yang unik, serta dia juga perlahan-lahan berjaya menghadapi pasukan badminton yang mempunyai pelbagai ragam. Kemahuan untuk terus hidup dan melakukan perkara yang betul diterokai pada setiap episod, menjadikan Racket Boys lebih daripada sekadar drama bertemakan sukan lain. An Se-young dari Korea Selatan ialah pemain badminton wanita bertaraf dunia dan kini sedang bertanding di Sukan Olimpik Paris. (Netflix)
Prison Playbook
Besbol sangat popular di Korea Selatan, merekq memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Beijing 2008. Prison Playbook fokus pada Je-hyuk (Park Hae-soo dari Squid Game), seorang bintang besbol terkenal yang secara tidak sengaja membunuh seorang perogol dan dijatuhi hukuman penjara setahun.
Dia mengetahui dengan cepat bahawa status superstar yang dimilikinya menjadikan dirinya sebagai sasaran mudah. Dia bijak ketika berada dalam penjara, belajar bagaimana berurusan dengan pengawal penjara yang menuntut wang dan rakan banduan yang melihat ‘mayatnya’ sebagai hadiah untuk dimenangi.
Walaupun cerita Je-hyuk yang mendominasi Kdrama ini, terdapat banyak sub plot yang menarik untuk diterokai, termasuk kisah seorang penagih dadah yang berulang kali dikurung daripada dirawat kerana ketagihannya. Sukan besbol yang menjadi sukan Olimpik pada tahun 1992 tidak dipertandingkan di Sukan Olimpik Paris. Sukan ini akan kembali pada Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles. ( Netflix)
Like Flowers in Sand
Sebuah drama thriller misteri dan juga kisah tentang suka gusti, Like Flowers in Sand berlatarkan sebuah bandar kecil di mana semua orang taksub dengan ssireum, gusti tradisional Korea. Pernah menjadi atlet harapan dalam sukan ini, Baek-doo (Jang Dong-yoon) sukar untuk berjaya kerana keluarganya sendiri. Kini dalam usia awal 30-an, dia perlu membuat keputusan sama ada untuk bersara, seperti yang dia janjikan dalam keadaan mabuk, atau cuba lagi untuk kemenangan yang sukar.
Walaupun ssireum secara khusus bukan sukan Olimpik, orang Korea adalah peminat fanatik sukan gusti. Kwon Sim-ho menjadi wira negara pada tahun 2000 selepas menjadi satu-satunya ahli gusti Korea Selatan yang memenangi dua pingat emas Olimpik. (Netflix)