Home Kdrama/Kmovie 11 Kdrama Bertemakan Politik dan Perebutan Kuasa, Kisah Tikam Belakang

11 Kdrama Bertemakan Politik dan Perebutan Kuasa, Kisah Tikam Belakang

0

Kdrama tentang politik menampilkan berbagai-bagai kisah tentang kehidupan politik di Korea, terutamanya kisah permusuhan yang tiada pengakhiran antara Korea Selatan dan Korea Utara. Konflik antara Korea Selatan dan Korea Utara selalu menjadi tema menarik bagi industri drama Korea.

Walaupun begitu, kdrama yang mengisahkan politik bukan hanya berkisar mengenai pergolakan dua negara itu sahaja. Banyak juga kdrama yang bertemakan politik menceritakan tentang dunia detektif, perniagaan, keluarga dan banyak lagi.

Berikut ini adalah beberapa buah kdrama yang mengangkat tema politik, kisah perebutan kuasa dan tikam belakang yang sangat menarik untuk ditonton.

 

1. Snowdrop (2021-2022)

e4bdf3f9 b9d5 4002 9703 13d5b62a5c57Snowdrop merupakan drama Korea yang mengambil latar peristiwa Gerakan Demokrasi 1987 yang menjadi salah satu sejarah demonstrasi terbesar di Korea Selatan. Drama ini hampir tidak boleh ditayangkan kerana dianggap menipu sejarah. Walaupun begitu, Snowdrop hingga penayangan episod 9 merupakan salah satu drama Korea yang paling hits di media sosial dan menjadi perbincangan netizen.

 

2. Designated Survivor: 60 Days (2019)

ae39e430 6ee5 4030 bfeb 5b772d37c4ceDesignated Survivor: 60 Days merupakan drama remake dari siri Amerika yang pernah meletup di Netflix pada tahun 2019. Walaupun mempunyai jalan cerita yang sama, namun dikemaskan dengan cara berbeza mengikuti budaya dan politik di Korea Selatan. Designated Survivor versi Korea menampilkan cerita tentang permusuhan politik di semenanjung Korea yang memisahkan dua negara, iaitu Korea Utara dan Korea Selatan.

 

3. Kingdom (2019-2021)

8975f3ca 15a6 4847 817d 37a655c1b3aeKingdom mengisahkan tentang perkara yang berlaku apabila seorang raja tumbang, desas-desus menunjukkan bahawa raja sudah mangkat. Kemudian Putera Mahkota Lee Chang (Ju Ji-Hoon) memulakan perjalanan untuk menyiasat kebenaran tentang keadaan ayahnya. Dia mendapati bahawa terdapat virus bahaya sedang menular dan menyebar dan mengubah manusia menjadi ‘mayat hidup’.

 

4. The Lies Within (2019)

d1bd284c d832 486b aa4c 2d4b345325e2The Lies Within mengisahkan tentang Jo Tae-sik yang terlibat dalam sebuah penyiasatan kes kematian Kim Seung-cheol, salah seorang anggota parlimen. Dia membatalkan semua rancangannya untuk berehat dan bercuti. Tae-sik bersama Kim Seo-hui, anak bongsu mendiang anggota parlimen tersebut bekerja sama untuk menyelesaikan kes tersebut.

 

5. Chief of Staff (2019)

521d4ace fa1c 4f91 ae97 62aed3d11bbcChief of Staff merupakan drama korea yang mengisahkan tentang ahli politik dan para pembantu mereka yang berjuang untuk meraih kuasa politik. Dalam drama ini, Shin Min-a tampil sebagai Kang Sun-young yang merupakan anggota parlimen tahun pertama. Sebelum itu, dia dikenali sebagai pengacara dan pembaca berita TV.

 

6. Vagabond (2019)

c9bf9317 7572 4f68 be28 27e76cd0a447Vagabond mengisahkan tentang pengalaman Cha Dal-gun sewaktu mengalami kemalangan pesawat dan Cha Hoon, anak saudaranya yang hilang dalam kemalangan tersebut. Dia bertemu dengan Go Hae-ri, seorang ejen NIS yang pernah membantu proses evakuasi kemalangan pesawat tersebut. Hae-ri menyatakan bahawa kemalangan pesawat tersebut dilakukan secara sengaja dan melibatkan jaringan pengganas antarabangsa.

 

7. Lawless Lawyer (2018)

7f33dc0d 9a91 4ed6 91ef 9504568a333bKdrama ini fokus pada dua watak yang membentuk Firma Guaman Tanpa Undang-Undang untuk menjatuhkan jabatan dan pegawai yang rasuah dan mereka yang menyalahgunakan kuasa mereka. Dalam drama ini, Bong Sang-Pil (Lee Jong-Gi), adalah bekas gangster yang dibesarkan oleh bapa saudaranya selepas ibunya dibunuh. Dia menjadi seorang peguam.

 

8. Innocent Defendant (2017)

d54b358c 5e17 4c70 babe b4f61f2f5f9dDalam kdrama ini, Park Jung-Woo (Ji Sung) tidak pernah kalah dalam sebarang kes. Namun, hidupnya kemudian berubah apabila dia dihumban ke penjara sebagai banduan akhir. Selain itu, dia mengalami amnesia dan lupa tentang semua perkara yang menimpa dirinya. Walaupun begitu, Park Jung-Woo berusaha untuk menyiasat kebenaran dan membersihkan namanya.

 

9. Stranger (2017)

bbcc173c 18ea 479f 9d4c cbb227f6bc8dKdrama Stranger mengisahkan tentang seorang pendakwa raya bernama Hwang Shi-mok (Cho Seung-woo) yang tidak mempunyai empati selepas menjalani pembedahan otak semasa kecil. Dia bekerja sama dengan seorang anggota polis yang berhati lembut iaitu Han Yeo-jin (Bae Doo-na) untuk memecahkan kes pembunuhan.

 

10. The K2 (2016)

bf496502 4e5e 4da1 b0ef 17a76490434cThe K2 menceritakan tentang kisah cinta pengawal keselamatan dengan majikannya. Ji Chang-wook membawa watak sebagai Kim Je-ha seorang bekas tentara upahan untuk PMC Blackstone yang ditugaskan di Iraq. Kemudian dia diperangkap dan dituduh telah membunuh teman wanitanya Raniya.

 

11. Six Flying Dragons (2015-2016)

KdramaSix Flying Dragons adalah drama Korea yang cukup lengkap menjelaskan tentang kemunculan kali pertama Dinasti Joseon. Sepanjang 50 episod, drama ini mengisahkan tentang Yi Bang-won dan enam orang ahli pasukan setianya. Yi Bang-won merupakan raja ketiga Dinasti Joseon yang membantu ayahnya untuk mendirikan kerajaan Dinasti Joseon. Drama ini memaparkan fakta-fakta sejarah Joseon dan fiksyen tentang Six Flying Dragons yang juga disebut sebagai pejuang yang membantu menubuhkan kerajaan Joseon.

Demikian sahaja 11 buah pilihan drama Korea yang mengangkat tema politik, permainan kotor dan licik dalam merebut kuasa. Jangan lupa menonton ya!

Baca lagi: 13 Kdrama Sageuk Kelakar dan Penuh Komedi, Sangat Menghiburkan
Baca juga: IN COLD BLOOD, Kembar Yang Terpisah Melalui 2 Kehidupan Penuh Tipu Muslihat