11 Kdrama Saeguk yang tidak fokus kepada keluarga diraja, yang tiada kaitan dengan politik dan skandal istana! Semua Kdrama Saeguk yang tersenarai ini mempunyai premis cerita yang unik dan menarik!!
Drama siri bergenre saeguk biasanya tidak akan lepas dengan kisah tentang keluarga diraja, seolah-olah kisah saeguk sangat identikal dengan kisah seperti cerita tentang raja, permaisuri, putera raja, sehingga puteri raja. Selain itu, kisahnya juga terfokus kepada perebutan kuasa dan permainan politik dalam istana.
Baca Lagi: Drama Siri Terbaik Lakonan Cho Seung Woo
Walaupun begitu, ada juga Kdrama saeguk yang watak utamanya bukan terdiri anggota keluarga diraja dan pembesar kerajaan. Ceritanya juga ada bermacan-macam, dari vampire hingga kisah detektif dan tabib pada era Joseon.
Jom kita semak beberapa cadangan drama siri Korea Selatan genre saeguk yang plot ceritanya tidak berkaitan dan tidak fokus tentang keluarga diraja dan pembesar istana:
1. Kisah penuh liku dan cabaran tiga orang psikiatris pada era kerajaan Joseon menjadi tema utama Kdrama Poong, the Joseon Psychiatrist musim 1 dan 2 (2022—2023).
2. Berlatarkan awal tahun 1900-an, Mr. Sunshine (2018) mengisahkan tentang perjuangan aktivis kemerdekaan Korea melawan pendudukan dan penjajahan Jepun.
3. Hwang Jin Yi (2006) mengfokuskan tentang perjalanan hidup seorang gisaeng paling terkenal dalam sejarah Korea yang hidup di abad ke-16.
4. Seorang inspektor kerajaan dan seorang wanita menjadi rakan dalam menyiasat kes jenayah dalam drama siri Secret Royal Inspector & Joy (2021)
5. Royal Secret Agent (2020—2021) juga mengisahkan tentang inspektor kerajaan, tapi inspektor berkenaan bekerja sama dengan seorang detektif perempuan.
6. Damo (2003) menceritakan tentang kisah seorang gadis dari kelas sosial rendah pada era Joseon. Dia bekerja sebagai penyiasat kes jenayah dan misteri yang melibatkan bangsawan wanita.
7. Diinspirasikan dari kisah rakyat, Arang and the Magistrate (2012) mengisahkan tentang hantu yang mencari kebenaran berkaitan kisah kematiannya dan dibantu oleh hakim desa.
8. Nokdu Flower (2019) Siri ini menceritakan kisah dua adik beradik lelaki sebapa berlainan ibu yang sama-sama bertarung dengan pihak bertentangan dalam Pertempuran Ugeumchi yang berlaku pada tahun 1894 semasa Revolusi Petani Donghak.
9. Bukan hanya pada zaman moden, vampire juga hidup pada era Dinasti Joseon dalam Kdrama The Scholar Who Walks the Night (2015).
10. Drama bersiri Gu Family Book (2013) mengisahkan tentang seorang pemuda yang dilahirkan oleh seorang ibu manusia dan ayahnya adalah gumiho.
11. Walau berlatarkan istana, Jewel in the Palace (2003—2004) tetapi Kdrama ini tidak memfokus kepada kisah maharaja tetapi kisahnya fokus tentang dayang istana yang menjadi tabib perempuan pertama Korea.
Senarai Kdrama di atas mempunyai jalan cerita dan watak-watak menarik yang pasti membuatkan para penonton terpaku sewaktu menonton. Terdapat beberapa buah siri drama yang kita senaraikan ini juga menyuntik semangat dan perjuangan tentang kehidupan rakyat biasa pada masa lalu.
Semuanya memang jelas telah termasuk dalam kategori antara Kdrama terbaik keluaran Korea Selatan, jadi semua 11 Kdrama di atas memang wajib dimasukkan ke dalam senarai tontonan anda!
Baca Juga: 9 Perkara Song Hye Kyo Yang Mungkin Anda Tidak Tahu