Kdrama selalunya memang berjaya menarik perhatian ramai penonton dan para peminat, kerana kebolehan para pengkarya drama Korea meletakkan keseimbangan antara idea asal jalan cerita dan kemampuan menghubungkan emosi para penonton.
Dan ini telah menempatkan majoriti kdrama di posisi tersendiri di hati para peminat seluruh dunia. Sayangnya, banyak Kdrama hebat dan menarik tidak mendapat perhatian yang sama seperti drama-drama yang viral dan hits yang lain.
Jika anda pernah menonton Work Later, Drink Now dan My Mister, anda pasti mengetahui kekuatan jalan cerita drama-drama ini. Sayangnya, banyak drama Korea hebat seperti ini tidak mendapat tempat di hati kebanyakan penonton.
Berikut adalah beberapa buah drama Korea menarik dengan kepelbagaian genre dan para peminat drama Korea perlu mengambil peluang untuk menonton drama-drama yang dianggap underrated ini.
11. ‘Work Later, Drink Now’ (2022)
Kisah tiga orang sahabat baik ini iaitu Ahn So-hee (Lee Sun-bin), Han Ji-yeon (Han Sun-hwa) dan Kang Ji-gu (Jung Eun-ji) diteruskan lagi dalam Work Later Drink Now 2. Seorang Youtuber gila-gila, seorang penulis berbakat besar dan seorang jurulatih yoga bersama-sama meneruskan perjalanan hidup dan saling berkorban demi persahabatan mereka.
Kali ini ketiga-tiga mereka hilang tanpa jejak selama setahun. Tiada siapa tahu apa yang telah terjadi kepada tiga sahabat ini. Kang Buk-gu (Choi Si-won) yang telah mendapat tawaran projek besar bersama Ahn So-hee sangat kecewa kerana wanita tersebut telah menghilangkan diri. Setelah setahun kehilangan penulis utamanya itu, Kang Buk-gu membuat keputusan untuk keluar mencari Ahn So-hee dan kawan-kawannya. Kisah sebenar kehilangan ketiga-tiga wanita ini diceritakan dalam episod 1 dan episod 2 Work Later Drink Now 2.
Para penonton bakal dihidangkan dengan kisah persahabatan dan pengorbanan yang mengharukan jiwa. Selitan elemen komedi tidak dapat dielak untuk siri 12 episod ini apabila ketiga-tiga watak utama ini berjaya membuat para penonton tertawa tidak kering gusi.
10. ‘We Are Peaceful Brothers’ (2017)
Kdrama siri ini adalah merupakan adaptasi dari sebuah webtoon dengan tajuk yang sama. Drama We Are Peaceful Brothers mengisahkan tentang Lee Yoon (Steven Noh) dan Lee Sang (Kim Min Kyu) yang merupakan dua bersaudara. Mereka hidup bersama tetapi mereka mempunyai keperibadian dan tingkah laku yang pastinya berbeza. Abang sulong iaitu Lee Yoon adalah seorang arkitek bebas dan yang adiknya pula iaitu Lee Sang adalah seorang pelajar sekolah menengah.
Drama dengan 15 episod ini ditayangkan pada 20 Oktober 2017 di Naver TV Cast. Jangan terkejut! Setiap episod hanya berdurasi 5 minit sahaja, jadi drama ini sangat sesuai untuk anda yang sibuk tetapi mahu melepaskan lelah dengan menonton drama Korea.
9. ‘Kill It!’ (2019)
Kill It adalah kdrama yang mengisahkan tentang seorang doktor haiwan yang menyembunyikan masa lalunya sebagai pembunuh, dan juga mengisahkan tentang seorang detektif yang mengejar pembunuh bersiri. Jang Ki Yong membawa watak sebagai Kim Soo Hyun, seorang pembunuh yang menyembunyikan identitinya dan menjadi doktor haiwan.
Drama berjumlah 12 episod ini diarahkan oleh Nam Sung Woo yang turut mengarahkan My Roommate is a Gumiho, Love in Contract, dan My Lovely Liar. Jang Ki Yong, Nana, Roh Jeong Eui, Lee Jae Won, Jung Hae Kyun, Ji Il Joo, David Lee McInnis, Robin Deiana, dan ramai lagi pelakon lain membintangi drama karya penulis skrip Son Hyun Soo dan Choi Myung Jin ini.
8. ‘The Tale of Nokdu’ (2019)
The Tale of Nokdu merupakan kdrama romantik komedi sageuk berdasarkan webtoon. Drama ini mengisahkan tentang Jeon Nok Du (Jang Dong Yoon), seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita untuk memasuki komuniti misteri yang ahlinya adalah wanita semuanya. Di sana dia bertemu Dong Dong Joo (Kim So Hyun), seorang gisaeng pelatih yang tidak mahu menjadi gisaeng.
Kdrama ini diarahkan oleh Kim Dong Hwi yang pernah mengarahkan drama seperti Fight My Way dan The Merchant: Gaekju 2015. Drama ini ditulis oleh Im Ye Jin yang pernah menulis drama popular seperti If We Were A Season, Moonlight Drawn By Clouds, dan Who Are You, serta Baek So Yeon yang sebelum ini pernah menulis Kang Deok Soon’s Love History.
7. ‘The Light In Your Eyes’ (2019)
The Light in Your Eyes mengangkat kisah tentang seorang wanita yang hilang waktu muda remajanya secara tiba-tiba dan seorang lelaki yang tidak melakukan apa-apa, dia cuma mensia-siakan masanya. Drama ini menarik perhatian kerana pelakon veteran Kim Hye Ja membawa watak yang sama dengan namanya, serta Han Ji Min yang membawa watak yang sama pada usia yang berbeza.
Kdrama ini digarap oleh PD Kim Seok Yoon dan penulis skrip Lee Nam Kyu dan Kim Soo Jin. Mereka kembali berkolaborasi selepas berjaya menggarap drama-drama seperti Awl, My Wife is Have an Affair This Week, Old Miss Diary dan siri filem Detective K.
6. ‘Through the Darkness’ (2022)
Through The Darkness ternyata membawa kelainan untuk drama bersiri dengan genre misteri thriller yang mendebarkan. Tidak seperti drama siri-drama siri Korea Selatan lain yang lebih suka memfokus pada cerita heronya semata-mata, Through The Darkness membawa satu kelainan dengan atmosfera lebih segar apabila plot cerita berkisar tentang pergelutan kesemua watak yang bermain dengan emosi.
Setiap episod meninggalkan kesan dan tanda tanya yang penuh misteri di benak setiap penonton. Keterujaan untuk menanti dan menonton episod seterusnya amat sukar ditepis dan disangkal.
Kisah Through The Darkness bukan semata-mata mengangkat kehebatan pemprofil jenayah yang mengerah otak membaca perilaku pembunuh bersiri dan penjenayah jahat sahaja, tetapi Kdrama ini menonjolkan kepentingan rakan-rakan sepasukan yang turut bersama-sama menggembleng tenaga dalam membanteras jenayah berat.
Kisahnya bukan tentang Song Ha-young (Kim Nam-gil) sahaja malahan tentang Gook Young-soo (Jin Seon-kyu) yang merupakan mastermind di sebalik jabatan pemprofil jenayah. Hasil dari pemikiran kreatif dan bijak Young-soo maka wujudlah jabatan tersebut yang sangat proaktif dan berjaya membendung banyak jenayah berat.
Selain Young-soo, terdapat seorang lagi karakter penting yang tidak dapat diketepikan dalam pasukan Ha-young iaitu Yoon Tae-goo (Kim So-jin) yang merupakan seorang polis wanita yang amat cekap dan tegas. Gabungan trio mereka bertiga berjaya menghidupkan jalan cerita Through The Darkness.
Baca juga: “My Happy Ending” Kdrama Thriller Misteri 2023, Dibintangi Jang Na Ra
5. ‘Doctor John’ (2019)
Peminat-peminat Kdrama pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton Doctor John iaitu sebuah Kdrama yang membawa genre drama perubatan dengan tema yang amat luar biasa.
Drama bersiri Korea Selatan ini memberi pendedahan dan ilmu tentang sejenis penyakit yang jarang ditemui dan diketahui iaitu Congenital Insensitivity to Pain with Anhidrosis (PIPA). Penyakit PIPA ini menyebabkan pesakitnya tidak langsung merasai sakit, tidak dapat merasai keadaan panas dan sejuk serta badan pesakit-pesakit PIPA tidak berdaya untuk mengeluarkan peluh.
Kdrama ini berjumlah 16 episod semuanya dan durasi bagi setiap episod adalah selama 70 minit. Doctor John diarahkan oleh tiga orang pengarah iaitu Jo Soo-won, Kim Young-hwan dan Lee Gye-joon.
Doctor John adalah kisah mengenai seorang doktor yang menghidapi penyakit PIPA. Cha Yo-han (Ji Sung) adalah seorang doktor yang berperangai agak pelik tetapi sangat genius dan mahir dalam kerjanya. Cha Yo-han dan Kang Shi-young (Lee Se-young) adalah sangat handal dalam bidang masing-masing dan mampu memberi diagnosis terhadap para pesakit dalam jangka masa yang amat singkat.
Cha Yo-han yang mempunyai masalah PIPA merupakan pakar bius yang setiap hari berurusan dengan berurusan dengan pesakit-pesakit yang mempunyai tahap kesakitan melampau. Bagaimanakah seorang pesakit PIPA yang tidak pernah mengetahui rasa sakit merawat kesakitan pesakitnya? Drama siri ini sangat menarik dan penuh dengan pendedahan ilmu perubatan yang sangat luar biasa.
4. ‘Welcome to Waikiki’ (2018)
Tiga pemuda yang mempunyai karakter yang berbeza – Dong Goo (Kim Jung Hyun), yang bercita-cita untuk menjadi pengarah filem, Joon Ki (Lee Yi Kyung), seorang pelakon eksentrik, dan Doo Shik (Son Seung Won), seorang penulis bebas yang selalu tidak serius telah membuka sebuah rumah tamu yang diberi nama “Waikiki” di Itaewon,
Itaewon adalah tempat ramai warga asing datang untuk menginap. Walaupun mereka tidak tahu bagaimana untuk menjalankan perniagaan rumah tamu, mereka tidak sabar-sabar untuk mendapatkan wang untuk membayar pembiayaan filem mereka yang akan datang.
Turut tinggal bersama mereka ialah adik perempuan Dong Goo, Seo Jin (Go Won Hee), yang sebenarnya menguruskan keperluan rumah di Waikiki, serta seorang ibu tunggal Yoon Ah (Jung In Sun), yang telah muncul di rumah tetamu tersebut bersama seorang bayi perempuan. Mereka kemudiannya disertai oleh bekas teman wanita Dong Goo iaitu Soo Ah (Lee Joo Woo).
3. ‘Chicago Typewriter’ (2017)
Chicago Typewriter menceritakan tentang hubungan unik dan misteri antara tiga watak yang dibawa oleh Yoo Ah In, Im Soo Jung dan Go Kyung Pyo. Bagaimana mereka saling berkaitan antara satu sama lain sama ada di masa sekarang ataupin di masa lalu melalui sebuah mesin taip antik menjadi fokus utama drama ini.
Kdrama ini digarap oleh penulis Jin Soo Wan yang dangat dikenali kerana menulis drama popular seperti The Moon Embracing the Sun dan Kill Me Heal Me. Sementara itu pengarahnya pula adalah Kim Cheol Kyu, yang dikenali kerana mengarahkan drama-drama terkenal seperti Hwang Jin Yi dan On the Way to the Airport, Mother dan Flower of Evil.
Baca lagi: 11 Kdrama Misteri Terbaik, Penuh Persoalan dan Teka-Teki
2. ‘Navillera’ (2021)
Navillera merupakan adaptasi sebuah webtoon. Siri ini mengisahkan tentang persahabatan unik antara seorang lelaki tua berusia 70 tahun dengan seorang penari balet berusia 23 tahun.
Deok-chul, seorang lelaki tua berusaha sedaya upaya untuk mencapai impiannya untuk menjadi penari balet sebelum dia menutup mata. Dia tidak mahu hidup dalam penyesalan. Dia menyertai sekolah balet dan di sana dia bertemu dengan Lee Chae-rok (Song Kang). Lee Chae-rok merupakan remaja berusia 23 tahun yang sangat tertarik dengan tarian balet. Ibunya merupakan penari balet tetapi meninggal dunia kerana sakit. Ayah Lee Chae-rok pula jatuh muflis. Tekanan membuatkan Lee Chae-rok mula kehilangan langkah dalam tarian balet.
Waktu itu dia bertemu Sim Deok-chul yang benar-benar ingin menjadi seorang penari balet. Mereka pun bersatu dan menjalin persahabatan yang unik untuk menghadapi cabaran dan mengejar impian masing-masing. Drama ini merupakan hasil kolaborasi pengarah Han Dong-hwa (Squad 38, Miss Lee) dan penulis skrip Lee Eun-mi (Tunnel).
1.’My Mister’ (2018)
Kdrama ini merupakan drama yang mengandungi kompleksiti emosi dan pengembangan karakter yang mendalam. Menampilkan latar suasana kehidupan seharian di Seoul, kdrama ini mengisahkan tentang perjuangan hidup seorang gadis yang terbelit dengan jerat hutang piutang sejak kecil.
Kdrama ini berkisar pada watak utama wanita yang bernama Lee Ji An (IU). Mempunyai perwatakan yang dingin, dia seolah-olah menghindari untuk berinteraksi dengan sesiapa pun. Ada pula watak lelaki matang yang berusia 40an iaitu Park Dong Hun (mendiang Lee Sun Kyun). Dia adalah seorang lelaki yang baik, sabar, dan selalu mengalah.
Mereka berdua bekerja di pejabat yang sama, Dong Hun memegang jawatan tinggi, sementara Lee Ji An merupakan pekerja kontrak. Selain bekerja di pejabat tersebut, Lee Ji An juga bekerja sambilan demi mengumpulkan wang untuk membayar hutang kepada lintah darat.
Kehidupannya di pejabat memberi peluang untuk mendapatkan duit dengan lebih banyak. Tanpa sengaja, dia mengetahui bahawa isteri Dong Hun menjalin hubungan asmara dengan Do Joon Young (Kim Young Min), orang yang mempunyai jawatan lebih tinggi di syarikat tersebut. Kerana memerlukan wang, Lee Ji An bekerjasama dengan Do Joon Young untuk mencari kesalahan dan memerangkap Dong Hun.
Demikian sahaja 11 Kdrama underrated terbaik yang mungkin belum pernah anda tonton. Drama-drama ini walaupun underrated tetapi berjaya menampilkan jalan cerita yang sangat unik dengan persembahan lakonan hebat dan cukup berkesan dari para pelakon. Jadi, jangan lupa untuk menonton ya!