Di setiap episod Running Man, anggota pasukan dan bintang undangan yang hadir menjalankan berbagai-bagai misi menarik untuk memenangi pertandingan.
Selain itu, perkara yang menarik perhatian penonton dalam Running Man ini adalah love line yang terjalin, antara anggota Running Man, atau dengan bintang undangan yang pernah hadir. Terbitnya love line ini seakan-akan menambah tarikan program ini.
Menariknya ada di antara love line yang pernah muncul, ada satu pasangan yang benar-benar melalui cinta lokasi dan telah menjalin hubungan sampai sekarang. Siapakah mereka?
1. Kang Gary dan Song Ji Hyo adalah love line yang terbentuk buat pertama kali dalam program ini. Mereka digelar Monday Couple kerana selalu bertemu pada hari Isnin semasa Running Man mengadakan penggambaran
2. Di awal penayangan Running Man, HaHa juga disebut-sebut menyukai Song Ji Hyo! Namun, kini mereka kelihatan seperti adik beradik dan digelar sebagai Mapo Siblings
3. Satu-satunya kelemahan Kim Jong Kook adalah sewaktu Hong Jin Young menjadi bintang undangan. Penyanyi trot itu selalu mendekatinya secara bersungguh-sungguh
4. Pada 2015, Kang Gary dikatakan menyukai salah seorang anggota kumpulan AOA iaitu Seolhyun. Mereka pernah menjadi pasangan dalam salah satu couple race
5. Walau kini merupakan kawan baik, Lee Kwang Soo dulu pernah menyukai Yuri SNSD! Siapa sangka sekarang mereka dipertemukan kembali dalam variety show
6. Di awal kemunculannya sebagai anggota baru, Jeon So Min selalu dijodohkan dengan Lee Kwang Soo. Kedua-duanya selalu mencuit hati penonton dengan aksi saling mengkhianati
7. Lee Kwang Soo pernah dipasangkan dengan Lee Da Hee di episod Family Package. Gelagat mereka yang selalu bertengkar kerana perkara remeh selalu menghiburkan penonton
8. Lee Kwang Soo akhirnya memberikan hatinya kepada Lee Sun Bin hingga tidak lagi menggoda bintang undangan lain. Lee Sun Bin pernah hadir dalam dua episod Running Man
9. Selepas Kang Gary menyepikan diri, ramai peminat yang menjodohkan Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo dan menggelar mereka sebagai Sparta-Ace Couple
10. Berjuang bersama dalam Running Man sejak awal lagi, Yang Se Chan dan Jeon So Min terlihat sangat rapat hingga dianggap mempunyai hubungan istimewa
11. Jeon So Min juga mempunyai kisah tersendiri dengan Jo Se Ho. Mereka pernah dijodohkan oleh Yoo Jae Suk walau hubungan mereka tidak menjadi
Selain menampilkan kisah romantik ala variety show, pasangan-pasangan di atas juga turut membuatkan para penonton terhibur dengan gelagat mereka.