Met Gala 2023 baru sahaja menggegarkan dunia fesyen dan hiburan. Acara fesyen ini berlangsung pada Isnin, 1 Mei 2023 di New York. Met Gala kali ini semakin menarik perhatian dengan kehadiran beberapa orang selebriti Korea Selatan.
Tiga orang selebriti ternama Korea Selatan yang diundang pada tahun ini adalah Jennie BLACKPINK, Song Hye Kyo, dan juga Jackson Wang.
Untuk pengetahuan anda, pada tahun-tahun sebelumnya, sudah ada beberapa orang artis terkenal dari Korea Selatan yang pernah mencuri perhatian di Met Gala. Siapakah mereka itu? Jom sama-sama kita lihat:
1. Kedatangan Jennie BLACKPINK di Met Gala 2023 terus menjadi topik trending di laman Twitter. Mengenakan dress klasik Chanel, si cantik manis ini mengaku sangat gembira diberi kesempatan untuk menghadiri Met Gala
2. Pada waktu yang sama, Song Hye Kyo juga membuat semua mata tertancap ke arahnya di Met Gala 2023. Pelakon hebat yang baru sahaja memenangi anugerah Baeksang ini bergambar bersama-sama Jennie BLACKPINK
3. Jackson Wang GOT7 juga turut hadir memeriahkan Met Gala 2023. Jackson Wang menjadi satu-satunya selebriti lelaki dari Korea Selatan yang hadir di Met Gala pada tahun ini
4. Di Met Gala 2022, Johnny NCT menjadi tetamu undangan yang paling mencuri perhatian. Mana tidaknya, dia adalah satu-satunya idol KPop yang hadir pada waktu itu
5. Model dan juga pelakon wanita terkenal iaitu Jung Ho Yeon yang berada di puncak kariernya juga menghadiri Met Gala 2022. Wanita cantik ini dibawa khas oleh jemama mewah terkemuka iaitu Louis Vuitton
6. Sebelum Jennie, Rosé telah hadir di Met Gala 2021. Dia merupakan ahli BLACKPINK pertama yang diundang ke acara berprestij tersebut
7. CL juga turut sama memeriahkan Met Gala 2021 bersama Rosé. Dia tampak menawan dengan dress unik yang dipakainya
8. Sementara itu, pada tahun 2019, Lay EXO menjadi idol KPop yang diundang di Met Gala. Dia tampil sesuai dengan tema waktu itu, iaitu futuristik
9. Populariti Rain membuatnya diintai oleh Met Gala dan dia hadir pada tahun 2015. Waktu itu, pelakon dan penyanyi kacak ini mewakili jenama MCM
10. Tepat 1 dekad yang lalu, PSY menjadi salah seorang selebriti Korea Selatan pertama yang menghadiri Met Gala. Penampilannya dalam acara besar tersebut menjadi perbincangan!
11. Siwon Super Junior juga turut menarik perhatian ramai sewaktu hadir di Met Gala 2013 bersama PSY. Dia tampil klasik dengan tuksedo hitam
Dengan populariti dan imej menawan sebagai fashionista, semua selebriti Korea Selatan di atas mengukir sejarah dengan menghadiri acara megah dan mewah seperti Met Gala. Rasa-rasanya siapakah yang akan hadir pada tahun depan?
Baca Lagi: 12 Kdrama Yang Pernah Membolot Banyak Trofi Baeksang
Baca Juga: “Citadel”, Siri Aksi dan Perisik Terbaru Priyanka Chopra