Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok babmy13320, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita berkongsi cerita di mana beliau sudah 11 tahun hidup tanpa kad pengenalan, dan berulang-alik ke JPN untuk menguruskan permohonan kad pengenalan serta memakan masa yang sangat lama. Beliau juga mengatakan sering diejek oleh rakannya, dan dihina kerana tidak mempunyai kad pengenalan.
Selepas 11 tahun berusaha untuk dapatkan kad pengenalan, kini beliau berjaya.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan perkara ini sering juga berlaku kepada ibu bapa yang berlainan bangsa, yang mengambil anak angkat, keluarga susah, penduduk pedalaman ataupun daftar lewat. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga mengalami perkara yang sama dan masih berusaha untuk dapatkan kad pengenalannya.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 8110 penonton, 230 sukaan dan 60 komen.
Baca lagi: Dapat Mesej ‘Voice Note’ Seperti Orang Sedang Jampi, Lihat Apa Yang Berlaku Pada Wanita Ini
Baca lagi: Nak Gadai Gelang Emas Untuk Beli Laptop Anak, Tak Sangka Ini Reaksi Pemilik Kedai
Lihat klip durasi pendek perkongsian wanita ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Hajar_azmi: Alhamdulillah semoga sentiasa berada dlm lingkungan Allah
@Asmaa_Yusoff: Alhamdulillah..Allah sntiasa bersama org yg berusaha..Keep on moving..Fly high..
@Ayu zulaikha89: alhamdulillah.. semoga kamu terus bjaya dan bukti kan kata ii tu yang kata ii merely itu tidak melemahkan kamu..
@Mieya: skg sy difasa pemegang ic hijau, 17tahun asal pegng ic biru tp sekelip mata jpn tarikh ic depan mata sy hnya sbb ayah sy tk dpt kemukakn sijil nikah
@Mata21: kita senasib…akk dlu pon xde ic dik. guna buku klinik je sampai umur 18thn. umur 19thn br dpt sambung belajar sbb mse tu br ade ic
@Husmina: alhamdulillah, semoga dipermudah segala urusan awak.. Aamiin
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram