Drama Korea selalunya berjaya menjelajah ke hati para penonton melalui kisah-kisah yang dekat di hati penonton. Kisah-kisah anak yang terpaksa hidup sengsara kerana perbuatan ibu bapa mereka juga sering dipaparkan.
Penderitaan akibat perbuatan ibu bapa juga dirasakan oleh beberapa watak dalam drama Korea pada tahun 2024 ini. Kebanyakan watak yang ditonjolkan juga ada yang menghidap gangguan mental kerana tertekan dengan perangai ibu bapa mereka.
Jom sama-sama kita lihat kisah mereka selengkapnya di bawah ini.
1. Ayah tirinya kerap menyeksa Han Tae Oh (Lee Jae Wook) dan ibunya dalam drama The Impossible Heir. Dia juga memiliki trauma akibat keganasan rumah tangga tersebut
2. Lahir luar nikah, Kang In Ha (Lee Jun Young) berjuang sendirian kerana tidak pernah disayangi oleh keluarganya sendiri dalam The Impossible Heir
Baca lagi: Suka Drama Korea Tentang Profiler Jenayah? Tonton 7 Drama ini, Penuh Tipu Daya dan Misteri
3. Sama juga dengan Na Hye Won (Hong Su Zu) yang mempunyai ibu yang toksik dalam The Impossible Heir. Dia pernah diburu oleh lintah darah kerana ibunya
4. Alami keganasan dan penderaan dari ayahnya sejak kecil membuatkan Sajo Hyun (Park Ji Hoon) trauma hingga wujud watak berganda dalam dirinya dalam drama Love Song for Illusion
5. Dalam drama Flex X Cop pula, ada Jin Yi Soo (Ahn Bo Hyun) yang lahir luar nikah. Dia juga tidak disukai oleh ibu tirinya
Baca juga: 8 Watak Menantu Keluarga Chaebol dalam Drama Korea 2024, Tertekan atau Bahagia?
6. Ibunya kerap berjudi hingga cuba bunuh diri, Seo Jae Won (Jang Na Ra) membesar dengan gangguan mental dalam drama My Happy Ending
7. Cita-cita ayahnya membuatkan Kwon Yoon Jin (So Yi Hyun) didera secara mental, verbal, dan juga fizikal dalam drama My Happy Ending
8. Disalahkan oleh ibunya kerana ayahnya curang, Jung Soo Min (Song Ha Yoon) mula jadi jahat pada kawannya dalam drama Marry My Husband
Baca lagi: 5 Drama Korea Menggunakan Latar Lapangan Terbang, Kisah Romantik dan Skandal Curang
9. Perselisihan antara datuk dan ibu tirinya membuatkan hidup Kang Tae Ha (Bae In Hyuk) menjadi lebih menderita dalam The Story of Park’s Marriage Contract
10. Sama juga dengan Kang Tae Min (Yoo Seon Ho) yang tidak mendapat kasih sayang dari keluarganya dalam drama The Story of Park’s Marriage Contract
11. Menjadi jahat kerana pengaruh ayahnya, Noh Do Gyeong (Kang Seung Ho) sebenarnya adalah mangsa kejahatan ayahnya yang kejam dalam My Demon
Ibu bapa sepatutnya menjadi tempat bergantung harap bagi anak-anak mereka. Umumnya, mereka selalu mengutamakan keselamatan dan juga kebahagiaan anak-anak mereka. Namun, watak-watak dalam Kdrama 2024 di atas terpaksa hidup sengsara akibat perbuatan ibu bapa mereka yang toksik. Walau begitu, kebanyakan dari mereka berusaha untuk tetap berbakti pada ibu bapa mereka.