Home Disney+ 11 Watak dalam Kdrama 2024 yang Mengalami Kenangan Buruk Zaman Kanak-Kanak, Penuh...

11 Watak dalam Kdrama 2024 yang Mengalami Kenangan Buruk Zaman Kanak-Kanak, Penuh Trauma

0

Setiap orang memiliki kenangan manis dan juga kenangan buruk yang sukar untuk dilupakan. Kenangan zaman kanak-kanak sangat memberi pengaruh kepada tingkah laku seseorang di masa depan.

Contohnya anda boleh melihat perkara yang dilalui oleh Lee Ji Han (Moon Sang Min) dalam drama Korea Wedding Impossible. Dia trauma pada hujan kerana dia terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu kecil. Lebih ngeri, kemalangan tersebut telah meragut nyawa kedua-dua ibu bapanya sehingga dia hidup dengan rasa bersalah.

Pengalaman buruk yang tidak dapat dilupakan juga turut dialami oleh beberapa watak lain dalam Kdrama 2024. Kebanyakan dari mereka mengalami gangguan mental yang kerap mempengaruhi kehidupannya mereka sekarang.

 

Watak
1. Alami kemalangan yang meragut nyawa ibu bapanya, Lee Ji Han (Moon Sang Min) hidup dengan rasa bersalah hingga trauma dalam Wedding Impossible

 

 

Kdrama
2. Di awal kisah drama The Impossible Heir, Han Tae Oh (Lee Jae Wook) menunjukkan ciri-ciri trauma akibat menjadi mangsa keganasan ayah tirinya

Baca juga: Cinta Mula Berputik dalam Flex X Cop, Ahn Bo Hyun Mula Menyukai Park Ji Hyun?

a92fd26f fa74 4804 b379 9029ed36bbbf

3. Baek Ha Rin adalah cucu kepada pemilik sekolah dan anak tunggal keluarga chaebol. Ha Rin yang memiliki trauma dan dendam masa lalu dengan kawannya Myong Ja Eun (Ryu Da In), ini membuatkan jiwa psikopatnya muncul

Baca juga: Siri Psikologi dan Survival “Pyramid Game”, Kdrama Adaptasi Webtoon Terbaru di Viu

 

b5331a82 919f 4361 9d01 82b9967cda52
4. Menjumpai ibunya yang bunuh diri, Jin Yi Soo (Ahn Bo Hyun) berhenti bercakap hingga akhirnya terpaksa dihipnotis supaya dia melupakan peristiwa itu dalam Flex X Cop

 

 

449352d6 43b8 4cee 89fe 75cc0785aa24
5. Begitu juga dengan Jeong Ji An (Kim Hye Jun) yang berhenti bercakap selepas menjadi target pembunuhan selepas ibu bapanya dibunuh dalam A Shop for Killers

Baca lagi: 3 Anak Chaebol Berjiwa Iblis, Kejam dan Psiko dalam Kdrama 2024

 

979be5a2 d3f3 4750 842c f4f4929608db6. Melihat tindakan-tindakan toksik dan juga cubaan bunuh diri ibunya membuatkan Seo Jae Won (Jang Na Ra) memiliki gangguan mental dalam drama My Happy Ending

 

 

fcf64e2d cd05 4afe 9d16 288c1d043d06
7. Menjadi mangsa keganasan dan penderaaan ayahnya, Kwon Yoon Jin (So Yi Hyun) semakin menyerupai perangai toksik ayahnya tanpa dia sedari dalam drama My Happy Ending

 

 

a7b2f2dd ebb6 464d acf6 5b940ff5f894

8. Kang Ji Won (Park Min Young) melihat ibunya pergi dan meninggalkan rumah kerana curang dalam Marry My Husband. Namun, dia tetap hidup bahagia

Baca juga: “My Happy Ending” Kdrama Thriller Misteri 2023, Dibintangi Jang Na Ra

 

40c13c3e 1e43 4360 8876 ae8b63672aa1
9. Berbeza dengan Jung Soo Min (Song Ha Yoon) yang berubah menjadi jahat selepas melihat kecurangan ayahnya dalam Marry My Husband

 

 

1539fc94 e6f3 4dab 8829 14217c2204f8
10. Kang Tae Ha (Bae In Hyuk) berada disisi ibunya yang sedang nazak dalam The Story of Park’s Marriage Contract. Dia trauma setiap kali melihat orang yang nazak dan menunggu maut

 

89ca7efb b7b8 443d 8b16 2811fd940052
11. Dalam drama Love Song for Illusion, Sajo Hyun (Park Ji Hoon) menjadi mangsa keganasan ayahnya hingga dia mempunyai perwatakan berganda

Pengalaman-pengalaman buruk tersebut sering kali membuatkan watak-watak dalam drama Korea 2024 di atas hidup menderita. Ada yang perlu hidup dengan trauma hingga perangai mereka berubah menjadi jahat. Adakah anda mempunyai kenangan buruk sewaktu kecil?

Baca lagi: 5 Watak Menjengkelkan dalam Queen of Tears, Menyakitkan Hati
Baca juga: The Midnight Studio, 7 Perkara Menarik tentang Studio Gambar untuk Hantu